10 Jenis Status Facebook yang Membuatkan Orang LIKE..!!!

Antara 10 Perkara Yang Menyebabkan kita ‘LIKE’ Sesuatu Post Di Facebook ialah:-

Like.. salah satu button yang menarik di facebook..

1. Kaki Update
Orang tu Selalu muncul dalam news feed kita, Slalu update jadi kita pun terasa dekat ngan orang tu.. 

2. Penyampai Berita
Apabila seseorang itu Post info2 menarik tentang hal ehwal semasa, pelajaran, hal2 rumahtangga, hal2 agama.. Sesuatu yang memberikan inspirasi dan pedoman sesuatu yang berkaitan sesuatu isu yang kena dengan kita..

3. Secret Admire
Orang yang post status tue lawa @ hensem dan dah lama dok stalk dia senyap2.. secret admire la katakann.. Nak komen segan... like aja la yang mampu dengan harapan orang itu sedar akan kehadiran..

4. Tanda Sayang
Orang tu like status kita jadi kita pun like la balik sbagai tanda menghargai like orang tu... Tidak kira la status tu hanya tulis 'selamat pagi' jer pun...

5. Jiwang Tangkap Leleh
Tertarik dengan post tentang ayat2 puitis dan ayat2 cinta...kena dengan jiwa yang ketika itu sedang dilamun atau mengalamun cinta ( ramai yang kata ayat jiwang, still tak faham.. ) Skung ni kan susah nak jumpa mat mat jiwang kt luar sana.. medium seperti facebook nilah menjadi medannya...jadi apabila ada posting ayat2 bunga tu... rasa len la..

6. Kenalan Kita
Suka like status kawan baik sendiri.. motiff... (lepastu gaduh wall to wall dekat FB)

7. Kau Rasa apa yang ku Rasa
Sebab merasakan apa yang dikatakan dalam POST someone to betul!! dan kita pon tergerak nak tulis macam apa yang dia tulis, tapi dia dah tulis dulu.. Dia pun pikir benda yang sama..

8. Memeriahkan Majlis
Selalu LIKE post orang2 yang berpengaruh.. dalam erti kata lain hotstuff… seperti artis ke..yang ramai follower tu ke... Bila ramai yang LIKE, kita pon teringin nak LIKE sama-sama menambahkan like posting itu.

9. Kaki Like
Yang ni memang dah takda keja sangat.. DIA BUKAK TIMELINE seseorang tu, then dia LIKE ja tak kira gambar, status, komen, semua dia nak LIKE.. *syokla tu menambahkan notifications orang..bila tgok noti , FUYYOHH 159… tapi last2 108 dari like2 sorang tue..

10. Kasihan  
Tengok status tu suram je..takde yang like..jadi kita pun like..la.. like kasihan orang kata..hahaha ada ke mcm tu..

Anda kategori yang mana..? hehe

No comments

Powered by Blogger.