12 Peserta Raja Lawak Musim Ke 7 2013..!!!

KUALA LUMPUR, 12 APRIL 2013: Selepas sebulan mencari bakat komedi di seluruh tanah air, Raja Lawak Musim Ketujuh (RL 7) kini kembali untuk menggamatkan kaca televisyen anda.

 
Raja Lawak Musim Ke 7

Sesuai dengan slogannya 'Takkan Lawak Hilang Di Dunia' RL 7 menjanjikan lawak yang lebih happening, segar dan berkualit. Gelanggang RL 7  akan menyaksikan pertarungan di antara 14 peserta iaitu Kumpulan Bora, Kintan, Pahat, Gamat, Taras, Okay, Sakan, Wala, Tuah, Xtra dan Ganu serta tiga peserta solo Ali, Emy dan Boy.

Para peminat setia program ini juga akan menyaksikan gandingan mantap pemenang kategori 'Gandingan Layar Serasi' Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012, Johan dan Zizan sebagai pengacara. Selain menonton secara langsung di Astro Warna dan Mustika HD anda juga boleh menonton secara 'online' di laman web www.rajalawak.com.my.

Jangan ketinggalan kerana..Gelanggang Raja Lawak minggu pertama ini juga bakal menjawab teka teki barisan pengkritik untuk musim ini. Siapakah mereka? Sama-samalah kita saksikannya.

1. Ali

2. Bora

3. Boy

Teruskan Selongkar...


4. Emy

5. Gamat 

6.Ganu

7. Kintan

8. Okay

9. Pahat

10.  Sakan

11.Tagas

12. Tuah

13. Wala

14. Xtra


SHAH ALAM: Kumpulan yang berasal dari Sabah iaitu Wala membuat kejutan apabila diumumkan sebagai juara program Raja Lawak musim ketujuh pada pertandingan akhir yang diadakan malam Jumaat.

Dianggotai oleh Walawd Parman dan Wan Mustafa Muntek, mereka berjaya menewaskan peserta lain dengan membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM100,000 berserta trofi sumbangan Astro.

Kumpulan Sakan yang dianggotai oleh Husni Hussain, Ku Ismafaizul Ku Ismail dan Mohd Saiful Nizam Mansor sekadar berpuas hati berada ditempat kedua. Manakala tempat ketiga menjadi milik kumpulan dari Singapura iaitu Bora dan Gamat berada di tempat keempat.

Barisan peserta akhir Raja Lawak musim ke-7

Kumpulan Sakan, Bora dan Gamat tidak pulang dengan tangan kosong apabila masing-masing berjaya meraih hadiah wang tunai RM50,000, RM30,000 dan RM10,000 berserta trofi.

Pada pertandingan itu, para peserta diberikan dua tugasan iaitu bebas dan komedi muzikal. Seorang artis jemputan juga turut dijemput untuk membantu mereka dalam persembahan yang diadakan di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini.


Tempat Pertama


Wala

Tempat Kedua

Sakan

Tempat Ketiga
Bora

Tempat Keempat

Gamat

Peringkat akhir Raja Lawak 7 kali ni ada dua pusingan. Pusingan pertama dengan tema bebas manakala pusingan kedua dengan tema muzikal. Dan setiap kumpulan dapat buat persembahan dengan sorang pelawak. Kumpulan Gamat dengan Yassin, Bora dengan Shahrol Shiro, Sakan dengan Ajak Shiro dan Wala dengan Rahim R2.

Pusingan Pertama
Peserta kumpulan Gamat kurang menjadi. Sorang jadi Isma Aliff, sorang jadi Kak Ton versi lelaki. Persembahan dorang malam ni macam persembahan dorang masa minggu keberapa entah sebelum ni. Tu yang macam dah tak boleh nak gelak lagi sebab dah tengok sebelum ni. Kumpulan Bora? Menghambarkan. Kehadiran Shahrol daripada kumpulan Shiro pun tak dapat bagi impak yang diharapkan. Persembahan kumpulan Sakan seperti biasa memang menarik tapi aku harapkan lebih daripada dorang. Pada pendapat aku pusingan pertama ni dimenangi oleh kumpulan Wala.

Pusingan Kedua
Persembahan yang sedih daripada kumpulan Gamat dan Bora. Sepatutnya kumpulan Bora boleh pukul habis pusingan kedua ni sebab sebelum sebelum ni pun dorang memang menonjol bila elemen muzikal terselit dalam persembahan dorang. So pusingan kedua ni pada aku seri antara kumpulan Sakan dan jugak kumpulan Wala.

Antara pelawak yang dijemput untuk membantu peserta adalah Shahrul dan Ajak dari kumpulan Shiro, Rahim dan Yassin. Raja Lawak ketujuh dihoskan oleh Johan dan Zizan. Sementara itu, kumpulan Wala ketika ditemui melahirkan rasa terkejut dengan kemenangan mereka dan menganggap semua peserta hebat-hebat belaka.
"Kami masih tergaman sehingga tidak tahu apa ingin diucapkan namun kemenangan ini adalah bukti kesungguhan dan pengorbanan kami yang merantau dari jauh," kata Walawd mewakili Wala. Pertandingan akhir itu diadili oleh tiga orang juri tetap iaitu Datuk AC Mizal, Saiful Apek dan Isma Alif.

Aksi salah satu kumpulan di malam akhir Raja Lawak 7.

Keputusan penuh pula ditentukan oleh penonton seratus peratus menerusi undian Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).

No comments

Powered by Blogger.