19 Peserta Selebriti Berentap Dalam Masterchef Selebriti Malaysia Musim 2 (2013)

Seramai 19 selebriti akan bertarung di dalam musim kedua MasterChef Selebriti Malaysia kali ini. Pemilihan 19 peserta program pertandingan realiti MasterChef Selebriti Malaysia musim kedua dibuat berdasarkan kepada perwatakan menarik yang dimiliki mereka tanpa perlu melalui sebarang uji bakat. Pengurus saluran Astro Ria, Raqim Ahmad Ramli berkata, pemilihan cara itu dilakukan bukan kerana ingin mewujudkan elemen drama mahupun kontroversi dalam program pertandingan realiti itu.


Bila Dapur panas, Watak jadi jelas...slogan Masterchef Selebriti Malaysia Musim ke 2.



“Pemilihan selebriti pada kali ini lebih kepada karakter mereka di mana program MasterChef Selebriti kali ini akan tampil lebih ceria dengan perwatakan ‘gila-gila’ mereka. “Tetapi sebelum ditawarkan menyertainya sudah pasti pihak kami telah bertanyakan mengenai kepakaran mereka memasak.

“Lagipun menjadi perkara biasa dalam sebuah program realiti di mana akan ada elemen-elemen drama,” katanya pada sidang akhbar pelancaran MasterChef Selebriti Malaysia musim kedua di restoran The Bee, Publika, di sini pada Selasa.

Tambah Raqim, bagaimanapun, program itu masih lagi mengekalkan kualiti yang memberi fokus terhadap persembahan masakan di mana 80 peratus selebriti yang dipilih sememangnya pakar dalam masakan manakala 20 peserta lain perlu digilap bakat mereka.


Dato Fazley berjaya di dalam masterchef selebriti malaysia di musim pertama....di musim kedua ini pula siapakah agaknya yang bakal menjadi masterchef selebriti malaysia...!!
 


Antara barisan peserta yang menyertai MasterChef Selebriti 2:-

Sharifah Shahora, Lydiawati, Micheal Ang, Afiq Muiz, Kenchana Devi, Keroz Nazri, Aznil Hj Nawawi, Norish Karman, Radhi OAG, Syura, Zain Saidin, Cat Farish, Syanie Hisham, Sabhi Saddi, Rozita Che Wan, Aliza Abdullah (Enot), Celina Khor, Sathiya, Yassin

Masterchef Selebriti 2 masih lagi mengekalkan konsep serupa di mana barisan selebriti akan diuji daripada aspek kebolehan memasak, kreativiti serta ketahanan mental dan fizikal di dapur.

Program ini juga akan disiarkan selama empat kali seminggu dan akan bersiaran selama 10 minggu dengan mengekalkan barisan juri iaitu Chef Jo, Chef Zubir, dan Chef Adu Amran.

“Kami percaya, para penonton akan lebih teruja melihatkan kepakaran selebriti memasak pada musim kedua ini.

“Apatah lagi, apabila melihat keletah spontan mereka ketika diberi tugasan memasak,” kata Raqim.

Jom kita selongkar biodata selebriti2 yang bertanding kali ini...terdiri daripada model, pelakon, penyanyi, pengacara yang pastinya membawa drama dan celoteh di dapur nya yang tersendiri...

Muhamada Afiq Muiz

Cat Farish

Enot

Kenchana Dewi

Keroz Nazri

Datuk Aznil Haji Nawawi

Lydiawati

Michael Ang

Celina

Norish Karman

Rozita Che Wan

Sathia

Sabhi Saddi

Radhi OAG

Sharifah Shahorah

Syanie

Syura Badrom

Zain Saidin

Yassin Yahya

Bila Dapur Panas, Watak Lain Jadi Jelas. Saksikan #MasterChefMY Selebriti Malaysia Musim Ke-2, mulai 20 April 2013, Sabtu hingga Selasa, 9 mlm, di Astro Ria (104) & Mustika HD (134)

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post