9 Perkongsian Rahsia Kejayaan Dalam Perniagaan Oleh Dr. Azizan..!!!

9 KUNCI TERHEBAT DALAM PERNIAGAAN
Berdasarkan pengalaman serta kajian saya sendiri, 90% daripada usahawan yang baru berniaga, mereka akan mengalami dua situasi ngeri iaitu: Tidak berjaya buat banyak duit. Akhirnya mendorong kepada satu lagi situasi, di mana perniagaan mereka lingkup teruk dan akhirnya “tutup kedai”.

Dr. Azizan

Perkongsian ini bukan bertujuan untuk membuatkan bakal usahawan trauma atau takut untuk memulakan perniagaan. Apa yang mahu ditekankan adalah kepentingan memahami formula, yang terbukti membantu kita untuk mencipta jalan kejayaan menerusi perniagaan. Kuasai Formula M.E.S.T.I. Formula itu adalah M.E.S.T.I (M = Mentor, E = Elmu, S = Sistem / Strategi yang betul, T = Tindakan yang betul, & I = Impian yang jelas).

Ramai yang ghairah dan teruja apabila melihat orang lain berniaga dan berjaya mengubah kehidupan mereka. Namun mereka terlupa beberapa elemen penting. Tanpa ilmu perniagaan, tanpa mentor yang terbukti berjaya, mereka akan terus dihimpit kegagalan dalam perniagaan.

Situasi kurang enak ini berlaku dalam 90% diri usahawan. Di mana mereka lebih rela melanggar dinding berkali-kali, membakar duit sendiri tanpa memperoleh sebarang pulangan, membuang masa dan tenaga melakukan perkara yang masih diragui keberkesanannya, dan terus mencuba nasib. Akibat daripada situasi-situasi ini, keputusan terakhir mereka adalah mengangkat bendera putih dan menyerah kalah.

Untuk mengelakkan diri kita daripada tergelincir dalam situasi-situasi ngeri seperti yang disebutkan di atas, penting untuk kita faham tentang 9 formula mencipta landasan kejayaan dalam perniagaan. Khususnya untuk bakal usahawan dan usahawan yang baru mula bertapak. 9 formula ini dapat membantu kita untuk mengubah rentak perniagaan serta merta.

1. Matlamat Perniagaan & Peribadi yang Jelas.
Sebelum berniaga, fahami dan jelas tentang sebab utama kita memulakan perniagaan. Kenapa kita memilih untuk berniaga? Apakah matlamat yang ingin kita kecapi daripada perniagaan? Apakah impian kita? Ini kerana, perniagaan sebenarnya bertindak sebagai alat. Matlamat, impian dan sebab kita adalah faktor pemangkin kejayaan dalam perniagaan. Kebanyakan mereka yang berjaya dalam perniagaan, terdiri daripada golongan yang mempunyai matlamat yang jelas. Dalam masa sama, matlamat peribadi yang jelas juga biasanya menyebabkan kita terpaksa berjaya.

Contohnya dalam kes kejayaan pelabur bertaraf bilionair, iaitu Warren Buffett. Sejak 35 tahun dahulu, beliau memang mempunyai minat yang dalam terhadap produk-produk baru, yang ada dalam pasaran. Secara tidak langsung, mendorongnya untuk membeli saham-saham yang ditawarkan oleh syarikat pengeluar produk-produk itu.

Setelah sekian lama bergiat dalam industri saham dengan hanya berdasarkan minat dan matlamat yang jelas, Warren Buffet berjaya mengaut keuntungan sehingga ribuan kali ganda dalam masa beberapa puluh tahun.

Selain beliau, anak muda yang mengasaskan laman sosial Facebook iaitu Mark Zuckberg juga mempunyai cerita kejayaan yang hampir sama. Beliau bermula dengan mempunyai matlamat peribadi yang jelas. Mark Zuckerberg mahu mengenali ramai gadis-gadis di universitinya. Oleh sebab itu, beliau mencipta satu sistem di Internet yang digelar sebagai “Facebook”. Malah, hari ini beliau memegang status sebagai bilionair termuda di dunia.

Situasi seperti ini juga berlaku dalam diri para peserta program saya yang sudah bergelar jutawan. Mereka bermula dengan wang poket yang sedikit. Namun disebabkan matlamat mereka jelas, iaitu mahu memberikan kehidupan yang lebih baik kepada insan yang mereka sayangi, maka mereka tidak mencipta sebarang alasan.

Matlamat yang jelas ini sangat penting. Selain membantu kita mempunyai fokus yang kuat untuk mencapai apa yang kita mahu, ia dapat menyelamatkan diri kita daripada terpengaruh dengan emosi negatif, apabila menghadapi sebarang cabaran dan halangan dalam perniagaan.

Justeru itu, tulis dengan jelas matlamat yang kita benar-benar mahu capai. Tulis sekali tarikh atau tempoh untuk kita realisasikan matlamat itu. Kemudian lihat bagaimana rentak perniagaan kita mula berubah sedikit demi sedikit.

2. Kenal Pasti Masalah, Kenal Pasti Solusi
Ini adalah masalah utama yang berlaku dalam diri usahawan yang gagal memasarkan produk atau perkhidmatan mereka dengan berkesan. Mereka tidak mampu untuk menjawab soalan seperti, “Apakah masalah kritikal yang dihadapi oleh orang ramai, yang menyebabkan mereka memerlukan produk atau perkhidmatan anda?” Jika soalan ini tidak boleh dijawab dengan padat dan penuh keyakinan, maka ia menjelaskan bahawa kita sendiri tidak memahami perniagaan yang dijalankan.

Untuk menjadi usahawan berjaya, penting untuk kita mengenalpasti masalah sebanyak yang mungkin. Kerana tugas bisnes yang hakiki adalah menyelesaikan setiap masalah yang ada, menerusi produk atau perkhidmatan yang kita tawarkan. Contohnya, kita menjual karipap panas berintikan daging serta kentang pada waktu petang. Masalah yang dapat kita selesaikan adalah masalah individu yang bekerja di pejabat di luar sana, yang ingin mendapatkan karipap sedap di waktu petang.

Bukan itu sahaja. Kita juga boleh menyelesaikan masalah isteri-isteri yang ingin menghidangkan karipap panas yang sedap di rumah, untuk seisi keluarga bagi menikmati waktu petang. Malah bagi yang mempunyai masalah emosi terganggu kerana merindui karipap panas masakan ibunya, kita sebenarnya sedang menghulurkan bantuan untuk menyelesaikan masalah itu. Dalam perniagaan, lagi banyak kita dapat kenal pasti masalah, lebih mudah untuk kita melaksanakan strategi pemasaran dan mencipta keyakinan dalam diri pelanggan terhadap bisnes kita.

3. Strategi "Bootstrap"

Usahawan yang gagal sering menyalahkan isu modal sebagai alasan mereka gagal, atau tidak berjaya dalam perniagaan. Hakikat yang sebenar adalah, kita tidak perlu modal perniagaan yang besar untuk bermula. Kebanyakan peserta program saya memulakan perniagaan dengan jumlah modal yang kecil. Strategi ini digelar sebagai strategi “bootstrap”.

Maksudnya, kita memulakan perniagaan menggunakan apa yang ada dalam diri. Kita gunakan bakat, minat atau kemahiran sedia ada untuk menawarkan servis atau produk kepada para pelanggan yang memerlukan. Selain itu, kita juga boleh menjual produk atau perkhidmatan milik orang lain.

Kisah Mat Jenin dapat dijadikan sebagai iktibar untuk memahami strategi ini dengan lebih mendalam. Beliau bermula dengan mengambil upah panjat kelapa. Kemudian duit upah itu digunakan untuk membeli ayam. Apabila ayam bertelur, telurnya itu dijual di pasar. Selepas itu, beliau kumpul duit supaya dapat membeli kambing. Mat Jenin mula menjual susu kambing dan mengumpul duit untuk membeli lembu. Sebaik sahaja lembu dibeli, beliau menjual susunya pula. Sehinggalah satu hari semua lembunya berjaya dijual dan akhirnya Mat Jenin menjadi kaya raya.

Namun satu daripada masalah ketara beliau adalah, Mat Jenin hanya berangan-angan tanpa sebarang tindakan. Namun apa yang jelas di sini adalah pendekatan strategi “boostrap” yang beliau angankan. Dalam masa yang sama, kesabaran juga memainkan peranan penting untuk melaksanakan strategi ini.

4. Test, Trial dan Adjust (Dare to Explore)


Istilah menguji adalah istilah yang terbaik bagi menjelaskan formula yang keempat ini. Penting untuk usahawan menguji permintaan di pasaran, dengan menjalankan percubaan demi percubaan supaya produk atau servis kita dapat diterima pasaran.

Apabila kita menjual karipap berintikan daging dan kentang, langkah pertama adalah memberikannya kepada beberapa orang untuk merasa terlebih dahulu. Kemudian minta maklum balas daripada mereka. Ambil perhatian terhadap maklum balas yang diberikan. Lakukan ubahsuai dan penambahbaikan sehingga kita benar-benar berpuas hati.

Langkah ini penting sebelum kita memasarkan produk atau servis secara agresif dan besar-besaran. Lagi Formula Dalam Edisi Seterusnya. Dapatkan lima lagi baki formula mencipta landasan kejayaan dalam perniagaan, dalam edisi Majalah Maskulin Januari 2013

5. Guna Keuntungan Untuk Kembangkan Perniagaan

Formula ini adalah formula yang kritikal dalam perniagaan, khususnya untuk perniagaan yang baru bertapak. Perniagaan yang berjaya menjana keuntungan semasa ia masih kecil, akan terus berjaya mengaut keuntungan sebaik sahaja bisnesnya berkembang besar. Ini kerana untung yang konsisten dapat membuatkan perniagaan kita untuk mempunyai aliran tunai yang bagus. Oleh itu, rancang aliran tunai bisnes kita. Simpan duit sebanyak mungkin supaya kita dapat kembangkan perniagaan, tanpa perlu melakukan pinjaman.

Sebagai contoh, kita memulakan perniagaan karipap secara kecil-kecilan dan memiliki satu tapak sahaja. Keuntungan bersih yang kita berjaya peroleh adalah RM100 sehari. Duit untung ini kemudian digunakan untuk membuka tapak yang kedua, ketiga dan seterusnya. Cara ini dapat mengelakkan diri kita daripada membuat sebarang pinjaman. Bayangkan kita mempunyai sekurang-kurangnya 10 tapak perniagaan, yang menghasilkan RM100 sehari dalam tempoh beberapa tahun dari sekarang. Ini bermakna jumlah keseluruhan untung bersih kita adalah RM1,000 sehari.

6. Pilih “Tentera” Bisnes Dengan Teliti & Betul

Maksud “tentera” adalah pekerja. Kita tidak akan mampu menguruskan perniagaan seorang diri. Usahawan yang bijak adalah usahawan yang pandai memilih pekerja yang bagus, untuk membantu mencipta lebih banyak kejayaan. Untuk mendapatkan tentera yang berkualiti, komited dan bagus, langkah terbaik yang boleh kita lakukan adalah menulis senarai “pekerja impian”. Tulis mengikut kriteria yang kita mahukan, supaya ia dapat dijadikan sebagai satu garis panduan apabila memilih pekerja.

7. Kembangkan Perniagaan Menerusi Fasiliti Perniagaan

Apabila kita berjaya menjana keuntungan yang konsisten dan mempunyai aliran tunai yang positif, ia adalah signal yang mencerminkan kredibiliti kita untuk diberikan pinjaman. Walaupun membuat pinjaman adalah satu tindakan yang berisiko, namun ia sebenarnya adalah langkah yang bijak bagi usahawan yang celik wang. Wang itu boleh digunakan untuk mengembangkan perniagaan dengan lebih pantas. Namun perkara paling penting di sini adalah mempunyai disiplin dalam memperkemaskan aliran wang tunai syarikat. Pastikan setiap transaksi duit keluar masuk dilakukan dalam satu akaun bank sahaja. Ini adalah kesilapan besar yang sering dilakukan oleh majoriti usahawan. Hatta yang baru atau mereka yang sudah berpengalaman bertahun-tahun dalam perniagaan. Aliran tunai adalah indikator penting pihak bank. Mereka tidak peduli kisah jualan perniagaan kita, jika aliran tunai itu tidak dapat dibuktikan menerusi akaun bank syarikat yang dimiliki. Justeru itu, untuk memudahkan kita mendapat fasiliti kewangan atau pinjaman daripada pihak penting, penting untuk kita menunjukkan aliran tunai yang konsisten, positif dan bagus.

8. Mulakan Bisnes Sampingan.

Jika kita masih bekerja, maka saya cadangkan supaya mulakan perniagaan secara sampingan. Salah seorang peserta seminar saya mempunyai perniagaan butik pakaian kanak-kanak dan bayi yang terletak di pasaraya.Lebih menarik, pasangan suami isteri ini masih bekerja sebagai jurutera dan pembantu perubatan. Mereka memulakan bisnes ini secara sampingan dan menjana keuntungan yang lumayan.Bukan itu sahaja, saya juga mempunyai beberapa peserta program yang masih bekerja dan mengambil tempahan membuat kek di rumah. Ia dilakukan sebaik sahaja waktu pejabat mereka tamat. Kita tidak perlu terburu-buru berhenti kerja untuk memulakan perniagaan. Keputusan itu hanya sesuai dilakukan, sebaik sahaja kita mempunyai keyakinan yang tinggi untuk menguruskannya secara sepenuh masa.

9. Kuasai Pemasaran - Sentiasa Bersedia Untuk “Kembali Ke Sekolah”

Konsistensi adalah kunci utama kejayaan sesebuah perniagaan. Jika kita mempunyai produk yang bagus dan tidak ada seorang pun yang tahu tentang kewujudannya, maka produk itu adalah sia-sia. Ilmu pemasaran adalah ilmu yang wajib dikuasai oleh setiap usahawan. Ini kerana ia adalah ilmu yang digunakan untuk menarik ramai pelanggan, supaya jualan dan keuntungan kita meningkat secara drastik. Oleh yang demikian. Sentiasa bersiap sedia untuk kembali ke sekolah. Maksudnya di sini, sentiasa terbuka minda untuk menimba ilmu pemasaran. Belajar selok belok ilmu menarik pelanggan ini menerusi buku-buku atau seminar-seminar yang dianjurkan pakar.

Dengan ilmu pemasaran yang betul dan terbukti berkesan, kita dapat menjana keuntungan dengan pantas. Seperti kata bilionair Donald Trump, “Produk yang bagus akan tetap gagal, apabila usahawan itu tidak mempunyai ilmu pemasaran.”

4 comments

Glory Chilly said...

Adakah anda berfikir untuk mendapatkan bantuan kewangan, Adakah anda serius memerlukan pinjaman segera, Adakah anda berfikir untuk memulakan perniagaan anda sendiri, anda berada dalam hutang, ini adalah peluang anda untuk mencapai keinginan anda kerana kami menyediakan pinjaman peribadi, pinjaman perniagaan, dan korporat pinjaman, dan semua jenis pinjaman pada kadar faedah sebanyak 2%, kami menjamin semua pelanggan berharga kami bahawa mereka akan mendapat semua pinjaman masing-masing dan menjadi tahun baru dengan senyuman di wajah mereka.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami sekarang melalui e-mel {} gloryloanfirm@gmail.com

Maklumat peminjam:

Nama Penuh: _______________
Negara: __________________
Seks: ______________________
Umur: ______________________
Jumlah Pinjaman Diperlukan: _______
Tempoh pinjaman: ____________
Tujuan pinjaman: _____________
Nombor Telefon Bimbit: ________

Puan Glory

Margaret Cartner said...

berita kepada semua pelanggan yang dihormati, kami di MARGARET CARTNER PINJAMAN SERVICES baik menawarkan pinjaman faedah 2%, tetapi kini kami menawarkan pinjaman faedah 1.5% disebabkan oleh akhir kami bonanza tahun. Anda datang pada masa yang tepat, kami menggesa anda bahawa jika anda mengikuti arahan dan arahan kami, anda akan dapat untuk mendapatkan pinjaman anda dalam masa 24 jam selepas permohonan. hubungi kami melalui margaret_cartnerloanservices@financier.com
Terima kasih Untuk Naungan Anda. Tuhan merahmati

Asa Loan Savings LENDING LTD said...

Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

pengkhususan Syarikat.
1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
2) Kami boleh juga membeli anda rumah anda pilihan dalam mana-mana anda pilihan lokasi.

KATHLEEN FOSTER LOAN FIRM said...

Adakah anda memerlukan 100% Loan?
Saya boleh memenuhi keperluan kewangan anda dengan masalah kurang pulangan itulah sebabnya kita dana anda untuk hanya 2%. Apa sahaja yang anda keadaan, bekerja sendiri, pesara, mempunyai penarafan kredit yang lemah, kami boleh membantu anda pinjaman yang paling cepat dalam masa kurang daripada satu jam.
pembayaran yang fleksibel lebih 2 hingga 20 tahun.
Hubungi kami melalui: ( kathleenfosterloanfirm@gmail.com ) OR ( kathleenfosterloanfirmUS@gmail.com )

Powered by Blogger.