10 Teka-Teki Lawak Terkini, Terlegend, Terlegit, Terbaek Bos

Teka teki ah...teka teki uh...sapa yang kena dia lah yang jadi...haa harini kita nak berteka-teka sikit la..sekarang ni macam-macam ada sampaikan ada apps sendiri di android teka-teki ni...  jadi nak kongsikan la serba sedikit..10 teka-teki lawak terkini...
Kebun getah...Pak Ali


Soalan 1: 
Ada seorang wanita yang sarat mengandung dan nak bersalin, lalu suami dia bawa isteri tu ke hospital. Dia melalui ladang kopi dan lombong bijih timah. Lepas anak dia lahir, dinamakan Fatimah. Kenapa ?

Jawapan: Sebab anak dia tu perempuan

Soalan 2: 
Pak Ali ada sebuah ladang, tetapi dia nak tanam 2 jenis pokok iaitu getah dengan koko. Untuk memenuhi cita-citanya dia pun tanamlah pokok getah separuh dan pokok koko separuh, Soalannya pokok apa tumbuh dulu?

Jawapan: Dua-dua tak tumbuh, sebab dia tanam separuh je. Hehehe!!

Soalan 3: 
Kenapa ayam lepas minum dia dongakkan kepala.kalau makan tak pulak?

Jawapan: Sebab dia fikir nak buang air kecil tak boleh-boleh.

Soalan 4: 
Kalau kancil dengan rusa berlaga, siapa yang akan mati?

Jawapan: Pemandunya lah yang mati…… kalau kereta kancil dengan rusa berlanggar….mati lah orang tu, kan-kan?

Soalan 5: 
Negara apa yang banjir dulu lepas tu baru hujan?

Jawapan: Bahrain – bah tu banjir, ‘rain’ tu hujan…

Soalan 6: 
Mula-mula aku buka baju, lepas tu aku sapu bedak, setelah badanku disapu bedak, aku pun terjun kedalam tasik. Lalu aku mandi. setelah selesai mandi, aku pun naik dari tasik. Siapakah aku?

Jawapan: Pisang Goreng

Soalan 7: 
Haiwan apakah perutnya di kepala, kakinya dikepala,bahkan mata dan mulutnya juga di kepala?

Jawapan: Kutu ler…Sebab memang dok kat kepala orang!

Soalan 8: 
Apakah hidupan yang masa kecilnya berkaki 4, bila besar berkaki 2 kaki dan bila tua pula berkaki 3?

Jawapan: Manusia! Semasa kecil merangkak, bila besar berjalan dengan dua kaki dan bila tua bertongkat.

Soalan 9: 
UnderTaker Naik motor The Rock naik Apa..?

Jawapan: Naik kening laa... ;)

Soalan 10: 
Kenapa kebanyakkan motosikal namanya YAMAHA?

Jawapan: Kerana yang menciptanya orang jepun. Kalau arab yang cipta mungkin namanya YAMAHMUD.

Sekian

5 Comments

Apa Kata Anda?

  1. fantastic..lawak masuk lh jugak

    ReplyDelete
  2. hahaha .. lawak nya ..

    ReplyDelete
  3. Binatang ap kh tanduk nye di kaki

    ReplyDelete
  4. simkad yang boleh menyebabkan ANDA AKAN DAPAT DUITYANG SANGAT BANYAKSETIAP BULANTANPA HENTIHANYA DENGAN DUDUK DIRUMAH SAHAJA. http://toneexcel.biz/?id=739559

    ReplyDelete
Previous Post Next Post