22 Ciri-Ciri Lelaki Gentleman...Bertuahlah Kalau Masih Wujud..!!!

Lelaki selalu dikaitkan dengan lasak, ketua, mastermind dan banyak lagi...dalam banyak-banyak itu, tersimpul sifat gentleman yang sememangnya dicari... Jadi apakah dia ciri-ciri lelaki gentleman bagi lelaki...


1. Janji Temu

 Kalau anda terlewat bersiap untuk temu janji, dia tidak marah-marah, Jauh sekali membebel. Sebaliknya dia akan tersenyum sahaja dan mungkin dia akan menegur dengan cara paling sopan dan berlapik.

2. Hati yang Tersakiti
 Anda menyakitkan hati si dia secara tidak sengaja. Tapi lelaki yang ‘gentlemen’ tidak akan marah melulu dan memilih untuk meluahkan secara terus terang. Tetapi jika sudah hilang kesabaran, mungkin dia bertindak mendiamkan diri atau menjauhkan diri daripada anda. Dia tidak akan bergaduh atau menghempas telefon. Bergaduh dengan wanita hanya membuang masa baginya.

3. Salah Faham
Anda bersamanya di sebuah restoran dan terjadi satu salah faham di mana lain hidangan yang dipesan, lain pula yang dihantar. Namun dia bukanlah orangnya yang suka membebel, menjerit-jerit dan memakihamun.

4. Pemandu Jalanan
Sewaktu memandu, biarpun ada kereta yang membuat kurang ajar seperti isyarat tangan, sambil memberi isyarat lampu tinggi mengajak si dia berlumba, dia tetap tenang. Provokosi? Maaf, lelaki ''''gentlemen'''' tidak berminat untuk melayan!

5.Membuat Kebajikan
 Jejaka ‘gentlemen’ jika membuat kebajikan tidak selesa menjadi tumpuan ramai. Baginya, kalau tangan kanan menderma dan memberi, tangan kiri tidak perlu tahu.

6. Sedang Makan
 Lelaki ‘gentlemen’ tidak akan bercakap ketika makanan penuh di dalam mulut.

7. Kala Hujan

Ketika hujan lebat si dia sanggup menjemput anda di tempat kerja betul-betul di tempat yang berbumbung. Dia tidak mahu anda terkena hujan. Kalau laluan kereta tidak berbumbung, dia akan menyuruh anda tunggu sementara dia keluar untuk memayungkan anda.

8. Terserempak
Ketika berjalan berdua, kalian terserempak dengan keluarga saudara anda. Si dia dengan ramah menegur dan bertanya khabar, malah mempelawa mereka menyertai anda berdua.

9. Perbualan Telefon
Dia tidak pernah berbual di telefon dengan suara yang boleh didengar dalam jarak selang sebuah rumah. Jauh sekali bercakap berdegar-degar seolah-olah dialah lelaki paling hebat.

10. Korek Hidung
Dia tidak akan mengorek hidung di depan anda walaupun anda sudah menjadi pasangannya selama 10 tahun.

11. Bersin
Lelaki ‘gentlemen’ tidak akan bersin atau menghembus hingus tanpa tisu. Mereka juga tidak akan meludah merata rata. Lelaki ‘gentlemen’ juga tidak akan sesekali melaras-laras alat sulitnya di khalayak ramai.

12. Saling Memahami
Dia tahu anda penat kerana seharian bekerja. Kerana itu dia tidak berleter jika anda timbunkan pinggan mangkuk di singki semalaman. Sebaliknya dia dengan tenang menyingsing lengan baju dan membasuh setakat yang termampu.

13. Buat Sendiri
Anda kelam-kabut pada waktu pagi untuk bersiap ke tempat kerja. Butang kemeja bajunya tercabut. Dia terus mencapai benang dan mencari jarum. Dia akan menjahit sendiri tanpa mengharap bantuan daripada anda.

14. Opsss Darah
Jika ada tompokan darah haid di atas cadar dan anda tidak menyedarinya, dia tidak akan berleter sebaliknya dia hanya memberitahu dan menghulurkan cadar baru untuk anda tukar.

15. Gosok Gigi
Lelaki ‘gentlemen’ mesti menggosok giginya sekurang kurang dua kali sehari.

16. Mangkuk Tandas
Seorang lelaki ‘gentlemen’ sanggup berada di dalam tandas dalam tempoh masa yang lama jikalau dia gagal mengepam selepas berurusan di mangkuk tandas. Dia akan memastikan tiada kesan ditinggalkan sehingga membuatkan insan lain ‘terseksa’.

17. Ringan Tulang
Kalau melihat anda membawa barangan yang banyak, dia akan menghulurkan tangan membantu.

18. Menggunakan Gelas
Walaupun hanya sendirian di rumah, dia sesekali tidak akan minum air dengan meneguknya terus dari botol minuman. Dia akan mencari gelas dan menuangnya untuk minum.

19. Tahu Sendiri

Lelaki ‘gentlemen’ tak perlu diajar kerana mereka tahu bila masanya wanita merajuk dan bila pula masa wanita harus dipujuk.

20. Tenang
Lelaki ‘gentlemen’ jika terpandangkan perempuan seksi ataupun sesuatu yang menjolok mata, dia tidak akan bersorak apa lagi memandang dengan penuh ghairah. Dia tetap tenang.

21. Tidak berkira
Kalau anda meminta dia membayar bil atau membeli sesuatu, dia tidak pernah gelapkan duit baki. Sebaiknya dia akan menyerah setiap sen kepada anda.

22. Memendam Rasa
Dia tidak akan mengungkit kisah lama anda, biarpun dia tahu dan sedar dirinya adalah cinta kedua anda.

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post