5 Situasi Lazim Kebanyakan Orang Ketika Berhari Raya Aidilfitri

Mengkaji Tabiat Manusia Ketika Berhari Raya  (Versi 2013)

Hai apa khabar semua? Hari ini merupakan hari raya keenam dan saya masih bercuti. Raya tahun ni saya beraya di Bangi. Tapi di atas dasar kompromi dan sayangkan isteri (dibaca: takut bini), hari raya keempat saya pun pulanglah ke Kangar. 

"Perjalanan jauh tak kurasa" dalam lagu Sudirman tu ternyata menipu kerana letih kot memandu 7 jam.


Anyway oleh kerana kita menyambut hari raya setiap tahun, kita pasti dapat mengenali corak ataupun pattern perangai seseorang itu tak kiralah yang suci mahupun keji di Aidilfitri. Semasa pulang berhari raya di kampung ataupun bandar, tabiat tahunan yang klise ini secara automatik muncul di dalam diri sama ada kita sedar ataupun tidak. Tidak percaya? Ayuh teruskan membaca.
1) Pakcik makcik dengan ayat / soalan-soalan klise


Perkara ini memang anda tak dapat nak elakkan. Balik kampung jumpa Pak Long ke Mak Teh ke Pak Andak ke, semuanya ada predetermined set of questions yang akan ditanya kepada anda. Soalan-soalan ini adalah soalan yang sama setiap tahun, dan walaupun anda dapat menjawab soalan-soalan tersebut, anda akan dihidangkan dengan soalan lanjutan pula. Cycle ini tidak akan berhenti sehinggalah tiba giliran anda untuk menjadi tua dan annoying dan membalas dendam dengan bertanyakan soalan yang sama kepada generasi seterusnya, unless anda dihantar ke SPCA tiada siapa nak lawat. Eh nauzubillah. Berikut adalah set-set ayat / soalan ramalan yang bakal ditanya:

a. Bila nak kahwin?

b. Jika sudah berkahwin, bila nak dapat anak?

c. Jika sudah ada banyak anak, kau ni tak ada kerja lain je tiap-tiap tahun nak mengandung? Bila nak buat vasektomi?

d. Eh dah besaqlaaa diaaaa

Sebagai calon untuk menjawab soalan-soalan sama setiap tahun, kita pasti akan rasa tertekan dengan situasi tersebut sehinggakan secara tidak langsung, perasaan benci untuk menyambut hari raya akan terbentuk. Jika hendak diikutkan nafsu amarah, mau saja kita mengaplikasikan teknik kunci pergelangan kaki Kurt Angle kepada Pak Long kita yang sudah tua kerana asyik bertanyakan soalan-soalan yang merimaskan. Tapi tak eloklah buat begitu dulu-dulu masa kita kecil mereka juga yang menjaga kita. Jadi apa yang anda patut buat adalah menyediakan template jawapan yang padu sehingga mereka terkedu agar anda tidak akan ditanya lagi dengan soalan-soalan klise tersebut. Contohnya:

a. Bila nak kahwin? = 1) Susahla Mak Ngah, kat sini perkahwinan lesbian tak dibenarkan. Tak tahu dah nak ikhtiar macamana. 2) Emmph tengah tunggu nak langsung sekali dengan Pak Ngah nanti....

b. Bila nak dapat anak? = 1) Saya mandul mak ngah 2) Saya mengamalkan seks luar tabii mak ngah tak boleh nak berlaku persenyawaan.

c. Kau ni tak ada kerja lain je tiap-tiap tahun nak mengandung? = YOU WANT A PIECE OF ME BITCH?

d. Eh dah besaqlaaa diaaaa = Eh Mak Ngah ni janganlah ketara sangat.... (sambil tutup kelangkang)

2) Memakai baju Melayu lengkap hanya pada hari raya pertama

Pemandangan yang terindah di hari raya adalah melihat gadis-gadis berkebaya ketat menampakkan liuk lentuk tubuh mereka yang ramping setelah sebulan berpuasa ataupun sekadar memasang gajet Premium Beautiful. Biasalah syaitan dan bebas puasa mata memang dah tiada makna. Perkara yang sama juga yang dialami oleh kaum wanita. Mereka menanti-nantikan saat untuk pergi ke masjid untuk solat sunat Aidilfitri tetapi mata galak memandang kaum lelaki segak berbaju Melayu lengkap dengan sampin dan songkok tinggi Jins Samsudin. Bagi kaum wanita, lelaki yang berbaju Melayu adalah super seksi dan boleh membuat mereka mendengus seperti kuda.

Tetapi jika anda perhatikan dengan teliti, fenomena pemakaian baju Melayu ini hanya berlangsung pada hari raya pertama sahaja. Ketika pergi beraya pada hari raya kedua dan seterusnya, anda dapat lihat kebanyakan lelaki akan menggantikan baju melayu dengan baju kemeja, seluar jeans, kasut SB Dunk mereka dan spek mata hitam Uptown. Tapi orang perempuan masih lagi pakai baju kurung ataupun baju kebaya terbelah sehingga ke perut. Kenapa kalian orang lelaki tidak meneruskan pemakaian baju Melayu? Sebagai ahli jawatankuasa Belia Segak Berbaju Melayu cawangan Bangi, aku sering menerapkan konsep berbaju Melayu dalam semua acara seperti majlis perkahwinan, rumah terbuka mahupun kenduri lenggang perut. So hari raya kedua pun of courselah aku masih memakai baju Melayu lengkap pergi ke rumah Pak Long di Shah Alam. Ayuh kawan-kawan ubah persepsi anda dan teruskan pemakaian baju Melayu pada hari raya kedua dan ketiga juga tahun depan ok?

3) Gadis-gadis (dan mungkin sedikit jejaka) memakai baju raya yang sama

Tudung Fareeda = RM 200
Baju Jovian = RM 500
Reaksi gadis-gadis apabila berjumpa dengan gadis lain yang memakai baju raya yang sama = PRICELESS

Saya menggunakan contoh Fareeda dan Jovian kerana mereka adalah brand yang paling popular buat gadis-gadis sempena hari raya ini. Kat Bangi ada butik Fareeda. Ramai makcik-makcik yang terlalu obses dengan tudung Fareeda ni sehinggakan ada yang sanggup beratur selama 2 hari untuk membeli tudung Fareeda model terbaru. Memang convenient la lepas beratur 2 hari, kau boleh singgah ke Darussyifa Bangi untuk pergi berubat sekali. Tudung Fareeda ni dahla mahal, boleh cecah sehingga RM 200. Bila aku buat kajian, tudung Fareeda ni mahal sebab dia ada Wifi. Jenis yang ada batu besar kat tengah-tengah tu antara model yang popular juga. Batu besar warna biru tu boleh berubah warna mengikut emosi pemakai. Contohnya batu biru tersebut akan bertukar menjadi merah ketika gadis sedang period, dan berubah menjadi warna merah jambu ketika mereka sedang berovulasi.

Jovian ni pulak toksah cakapla. Sila buat pengakuan; berapa ramai daripada anda yang membaca entri ini membeli baju kurung Jovian untuk hari raya? So since semua orang pun nak beli Jovian dan tudung Fareeda, kebarangkalian memakai baju yang sama tu memang tinggi. Anda patut Instagram baju raya anda sebelum raya lagi agar orang boleh letak komen "Eh baju kita samala" dan anda ada masa untuk pergi ke Wisma Yakin membeli baju kurung generic. Ah orang lelaki pun tak boleh nak kata lebih-lebih, mereka tu semua pakai Baju Melayu Aaron Aziz. Mende tah baju Aaron Aziz tu kalau muka dah semulajadi Abon tak boleh nak buat apa-apa juga.

4) Kanak-kanak zaman sekarang


Aku rasa yang paling seronok beraya adalah kanak-kanak. Mana taknya semua benda akan disiapkan tanpa perlu mengeluarkan sesen pun. Lagipun time raya ni diorang fikir satu benda saja, nak kumpul duit raya. Manusia ni kalau dah lihat wang di depan mata, minda akan menjadi korup. Kanak-kanak yang tidak mendapat didikan yang sewajarnya pun sama, hanya berfikir untuk menggandakan wang tanpa mendalami maksud hari raya yang sebenar. Time tengah duduk lepak depan TV tengok sarkas, tiba-tiba dengar "ASSALAMUALAIKUMMMM". 

Kita pun bangunlah sarung boxer pakai ubat ketiak semua buka pintu nak bagi mereka masuk tetapi mereka kata mereka taknak masuk sekadar mahu duit raya. Sebagai lelaki yang masih muda mestilah kita rasa panas dan tidak boleh bertoleransi dengan sikap sedemikian bukan? So lain kalau kalau kau dengar mereka beri salam kau jawab je salam diorang, tapi takyah buka pintu.

Di zaman teknologi maklumat ni, kanak-kanak datang beraya pasti bawa gajet IT mereka sekali. Ah takyah cakap kanak-kanak, orang tua pun sama. Raya kali ni, orang akan lebih banyak tumpang charger daripada tumpang tandas. Lepastu siap tanya, "Mmm bang, password wifi apa?" Kau patut setkan password wifi kau "Pergi_meninggal" so bila mereka tanya apa password kau, kau boleh cakap password kau sambil tersenyum riang. Takpun buat je macam iklan Maxis tu tutup modem dengan songkok.

5) Tak boleh berhenti makan


Entah kenapa setiap kali pergi ke rumah orang, kau rasa perlu untuk mentekedarah setiap juadah yang dihidangkan walaupun 90% daripada mereka menghidangkan hasi himpit / lemang / ketupat dengan rendang / kuah kacang. Perut kau yang sudah penuh secara automatik dikosongkan apabila pergi beraya di rumah seterusnya. Lemak yang hilang daripada puasa sebulan, lepas beraya sehari terus datang kembali. Kita yang pesen makan tak henti-henti ni, orang-orang tua mesti perli "Aihh hujan pun tahu berhenti....". Biadab kau orang tua.

Begitulah antara tabiat klise manusia di hari raya. Tabiat klise lain yang saya malas nak huraikan adalah aktiviti menonton filem di hari raya sama ada terbongkang menonton filem Metrowealth di kaca TV ataupun filem. Jika anda ada tabiat klise lain yang sering anda perhatikan, ayuh kongsikan bersama. Di sini saya ingin mengambil kesempatan meraba anda eh maksud saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua pembaca, maaf zahir sahaja. Jangan lupa menjemput saya ke rumah terbuka anda.

Kredit : ijaicool

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post