Bila anda menonton rancangan gosip di televisyen, pernah tak anda
terfikir, "Adakah semua artis kena menghadiri seminar cara menjawab
soalan media sebelum jadi artis?" Kami rasa pernah kerana jelas sekali
kebanyakan jawapan yang diberikan artis sama saja. Tanyalah soalan apa
pun kepada mereka, kami pasti satu daripada sepuluh ayat ini akan
digunakan.
Artis golongan selebriti ini sering mendapat liputan media dan dari situlah berbagai soalan dilemparkan dan tentunya ada sebuah template atau jawapan safe setiap kali soalan diajukan wartawan.
1. "No comment"
Jawapan ini merupakan jawapan universal kerana bukan sahaja artis di Malaysia akan menggunakannya, malah artis Hollywood, Indonesia, Filipina, Eropah dan semua negara yang disahkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Ia merupakan jawapan paling mudah yang memberikan tiga makna. Pertama, artis tersebut tidak mahu melayan kerana mereka penat. Kedua, mereka tidak tahu apa-apa tentang isu yang dibangkitkan. Ketiga, mereka memang melakukan kesalahan yang dipersoalkan, jadi mereka tidak tahu cara untuk memutar belitkan fakta.
2. "Kami hanya berkawan"
Mereka hanya berkawan. Jangan tanya lagi. Mungkin mereka saling berpelukan di sebuah kelab malam, mungkin mereka ada bercumbu dalam foto yang disebarkan di internet, mungkin mereka ada menerima wang daripada pihak yang terbabit. Tapi jangan tanya apa hubungan mereka kerana mereka hanya berkawan. Cara yang mudah untuk menjawab soalan berkenaan kerana dengan cara ini, ia tidak boleh dijadikan bukti di mahkamah.
3. "Itu bukan persoalannya"
Anda boleh tanya sama ada seseorang artis itu bercerai kerana hubungan sulitnya dengan wanita atau lelaki lain dan dia akan jawab, "Itu bukan persoalannya". Mungkin kerana artis tersebut tidak tahu apakah persoalannya, atau mungkin dia tidak faham soalan. Ya, adakalanya wartawan juga bertanyakan soalan yang tidak berkaitan dan soalan perangkap, maka kami tidak mahu mempersoalkan jawapan sebegini oleh golongan artis. Itu bukan persoalannya. Apa soalannya tadi?

4. "Biarlah Tuhan yang menentukan"
Jawapan sebegini biasanya diberikan oleh artis berkenaan dengan topik pakaian yang menjolok mata atau gambar mesra dengan subjek berlainan jantina. Dalam dunia sesetengah artis, anda tidak berhak mempersoalkan adat dan agama kerana kononnya itu kerja Tuhan. Maklumlah, manusia merupakan mamalia yang hidup berasingan dan tidak perlu risau tentang kesan sesuatu perbuatan terhadap gejala sosial. Biar Tuhan saja yang tentukan, orang lain perlu diam dan lihat saja artis itu jatuh.
5. "Doakan supaya suatu hari nanti saya berubah"
Bukan hendak mengkritik, tapi hidayah perlu dicari, bukan ditunggu datangnya. Ia juga bukan sesuatu yang anda tulis di atas kertas, masukkan dalam botol dan dialirkan ke laut. Tentu sekali ia bukan sesuatu yang datang dengan doa orang lain tanpa usaha diri sendiri. Berhenti minta doa orang lain dan mulakan perubahan tu ya? Lagipun amat sukar untuk berdoa apabila anda tayang peha anda depan mata.
6. "Mulut tempayan boleh ditutup, mulut orang tak boleh"
Jawapan ini mungkin bernas sekiranya seseorang artis difitnah sedangkan dia tidak melakukan apa-apa kesalahan. Adakalanya dunia memang tidak adil. Namun sekiranya anda sudah jelas melakukan sesuatu kesalahan dan kesalahan tersebut boleh digunakan menjadi teladan bagi orang lain, dunia memang adil.

7. "Ye ke?"
Dari pengamatan yang dilakukan, jawapan "Ye ke?" merupakan jawapan yang biasanya datang daripada artis baru yang menggunakan ayat tersebut sebagai satu pemesongan atau pengalihan sementara otak mereka ligat mencari jawapan yang lebih bernas, bijaksana dan lucu. Oh, semua orang suka artis yang pandai memberikan jawapan yang lucu. Jadi sementara lucu itu belum keluar, gunakan "Ye ke?" sebagai lencongan.
8. "Saya tak kekwat"
Siapa tak suka perkataan 'kekwat', angkat tangan macam saya. Berdasarkan kamus Urbandictionary.com, perkataan kekwat berasal dari slanga yang digunakan oleh golongan transeksual di Malaysia yang bermaksud angkuh atau sombong. Ia kemudiannya menular ke dunia artis dan menjadi slanga dunia hiburan. Namun tanyakan saja pada mana-mana orang awam yang tidak terlibat dalam dunia artis, mereka pasti rasa sangat jengkel dengan perkataan tersebut. Berhenti menggunakannya!
9. "Semua itu fitnah!"
Kalau memang fitnah, semua orang pun tak kisah. Tapi bila sudah sah ia memang benar-benar berlaku, ayat ini menjadi satu ayat yang sangat menjengkelkan dan penggunanya hanya mencemarkan ayat tersebut sehinggakan orang lain yang memang benar-benar difitnah pun nampak bodoh bila menggunakannya.
10. "You know..."
"you know" menjadi sesuatu yang sangat menjengkelkan bila ia diucapkan oleh mereka yang cuba berpura-pura seperti mereka sangat cool. Golongan ini akan cuba menjawab soalan yang ditanya dalam Bahasa Melayu dengan menggunakan Bahasa Inggeris yang agak mengarut, kemudiannya meletakkan perkataan "you know" merata-rata tempat.
Sumber : YahooMalaysia