Anugerah Skrin (ASK) 2013 telah berlangsung di Stadium Melawati Shah Alam dengan tema kaca yang mengangkat nama-nama besar untuk perform. berbanding tahun lepas dengan tema teater, tema tahun ini boleh dikatakan berjaya menarik perhatian penonton.
Berikut adalah senarai penuh pemenang Anugerah Skrin 2013:
KATOGERI DRAMA
1. DRAMA TERBAIK
Mawar Putih Tanda Perpisahan – Suhan Movies & Trading Sdn Bhd
2. PELAKON LELAKI TERBAIK DRAMA
Wan Hanafi Su – Har-Hari Terakhir Seorang Seniman
3. PELAKON WANITA TERBAIK DRAMA
Datin Umie Aida – Aku Bukan Malaikat
4. PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK DRAMA
Hasnol Rahmat – Tunggu Sekejap
5. PELAKON PEMBATU WANITA TERBAIK DRAMA
Izreen Azminda – Perempuan Itu Ibuku
6. PENGARAH DRAMA TERBAIK
Erma Fatima – Aku Bukan Malaikat
7. ARTIS HARAPAN PANTENE
Shasha Al Khred – Kawan
Surat Dari Langit Biru – Rashbir Media Sdn Bhd
#ask2013 Tahniah! Surat Dari Langit Biru - Rashbir Media Sdn Bhd!
9. DRAMA KOMEDI TERBAIK
Mentua VS Menantu – Primeworks Studios
Anugerah Khas ASK2013
#ask2013 Tahniah kepada #ssid sebagai penerima Anugerah Khas #ask2013 ! KATEGORI FILEM
10. FILEM TERBAIK
KIL – Grand Brilliance
11. PENGARAH TERBAIK FILEM
Nik Amir Mustapha – KIL
LAKON LAYAR TERBAIK
KIL
12. PELAKON WANITA TERBAIK
Cristina Suzanne – KIL
13. PELAKON LELAKI TERBAIK FILEM
Shaheizy Sam – SAM
14. PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK FILEM
Miera Liyana – Pecah
15. PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK FILEM
Khir Rahman – Rock Oo
KATEGORI PENERBITAN DALAMAN
16. RANCANGAN DOKUMENTARI/MAJALAH TERBAIK
Salam Muslim (ASTRO OASIS)
17. RANCANGAN BUAL BICARA TERBAIK
Bella (Ntv7)
18. RANCANGAN HIBURAN TERBAIK
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (TV3)
19. RANCANGAN MUZIKAL TERBAIK
Anugerah Juara Lagu 27 (TV3)
20. RANCANGAN REALITI TERBAIK
Maharaja Lawak Mega (Astro Warna)
21. LAPORAN KHAS / BERITA TERBAIK
Kanta K-Pop (Buletin Utama, TV3)
23. Artis Harapan Pantene : Shasha Al Khrd (KAWAT)
Tahniah buat filem ‘Kil’ yang mengungguli kategori filem dengan merangkul Anugerah Filem Terbaik, Pengarah Terbaik Filem, Pelakon Wanita Terbaik dan Lakon Layar Terbaik.
Manakala drama terbitan Suhan Movies, ‘Mawar Putih Tanda Perpisahan’, mengungguli kategori drama dengan merangkul Anugerah Drama Terbaik. Anugerah Drama Rantaian terbaik pula dimenangi oleh drama bersiri ‘Surat Dari Langit Biru’, terbitan Rashbir Media Sdn Bhd. Diterajui oleh pelakon hebat seperti Datuk Rosyam Nor, Nad Zainal dan Ruminah Sidek, karya arahan Bade Azmi itu menewaskan drama lain seperti Aku Bukan Malaikat, Di Bawah Langit Mu, Neraka Abah dan Fatihah Untuk Abah. Drama ini juga menggondol dua lagi anugerah iaitu Videografi Terbaik dan Lakon TV Terbaik. Syabas!
Bagi Pengarah Terbaik, Erma Fatima menewaskan suaminya menerusi arahan cemerlang dalam drama berjudul Aku Bukan Malaikat. Manakala adik kepada Erma, aktres terkenal, Datin Umie Aida pula dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik Drama menerusi drama tersebut dan aktor Wan Hanafi Su (Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman) pula memenangi bagi kategori lelaki.
Antara calon yang tewas dalam kategori tersebut adalah Sharnaaz Ahmad, Faizal Hussien, Nora Danish, Sharifah Amani dan Nad Zainal.
Dalam pada itu bagi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Drama dimenangi oleh Hasnol Rahmat menerusi lakonan cemerlangnya dalam Tunggu Sekejap .
Manakala Izreen Azminda membuat kejutan apabila memenangi kategori Pelakon Pembantu Wanita Drama menewaskan calon-calon hebat lain seperti Khatijah Tan, Ruminah Sidek dan Liza Abdullah.
ASK 2013 turut menganugerahkan pelakon drama Kawan, Shasha Al Khred sebagai penerima Anugerah Artis Harapan Pantene.
Manakala Shaheizy Sam mengulangi sejarah apabila merangkul trofi Pelakon Lelaki Terbaik Filem menerusi filem SAM. Pada ASK 2012, Sam memenangi kategori sama hasil lakonan mantapnya dalam filem Songlap.
Sementara itu, bagi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem dimenangi oleh Khir Rahman (Rock Oo) dan Miera Liyana ( Pecah). Kesemua pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan menerima sebuah trofi.
Rohani turut menyampaikan dua anugerah ASK 2013 iaitu Drama Rantaian Terbaik (Surat Dari Langit Biru dan Drama Terbaik.
Kategori lain turut menampilkan barisan artis seperti Datuk Aznil Nawawi, Wan Zaleha Radzi, Nubhan, Nora Danish, Syafie Naswip, Rita Rudaini, Emma Maembong sebagai penyampai anugerah.
Manakala persembahan pada malam itu diserikan oleh penyanyi seperti Datuk Jamal Abdillah, Fauziah Ahmad Daud, Hazama, Hafiz dan Adira.
Secara keseluruhan, ASK 2013 mempertandingkan sebanyak 30 kategori meliputi drama, filem dan penerbitan dalaman.

Local talkshow fav sy Bella menang! Yay! ;p
ReplyDelete