KUALA LUMPUR, 20 DIS 2013: Bakal graduan berkulit
hitam manis kelahiran Perak, Sabrina Benett, 23 telah dimahkotakan
gelaran Miss Universe Malaysia 2014 pada acara peringkat akhir
pertandingan ratu cantik itu di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam
malam tadi.
Sabrina Bennett / 23 / Perak
Sabrina Bennett
Dari Kiri, Lalitha Monisha, Sabrina Bennet
Sabrina telah menumpaskan saingan terdekatnya Lalitha Monisha, 20 dari
Sabah yang disebut-sebut mampu membawa pulang gelaran berkenaan.
Beliau telah membawa pulang wang tunai bernilai RM50,000 termasuk
hadiah sampingan lain dan tidak ketinggalan mahkota indah yang
diidam-idamkan oleh 19 peserta akhir Miss Universe Malaysia musim ini.
Saat Crowning...
Kelihatan wajah Sabrina bagai tidak mempercayai kemenangan berpihak
kepadanya selepas bekas ratu tahun lalu, Carey Ng menyarungkan mahkota
kejayaan di atas kepalanya.
Ini bermakna, Sabrina akan mewakili negara ke pertandingan Miss Universe 2014 pada penghujung tahun depan.Sabrina juga akan sibuk menghadiri banyak aktiviti kemanusiaan, amal, fesyen dan kecantikan sebagai persediaan ke acara gilang-gemilang berkenaan.
Tempat ketiga telah dimenangi Kausalya Ida dari Kuching, Sarawak yang turut mendapat perhatian ramai dengan bentuk badannya yang menawan.
Sepuluh finalis telah menyarungkan gaun malam rekaan pereka fesyen Syomir Izwa dan segala penganjuran telah dikendalikan oleh Penasihat dan Mentor Miss Universe Malaysia, Elaine Daly.
Photo by : Miss Universe Malaysia Official Facebook Page
@missuniversemalaysia at her first photo shoot and interview as the new queen! Watch out for the spread v soon on @star2style