15 Aplikasi Android Terbaik Sepanjang Tahun 2013..!!!

Android bukan sahaja mempunyai pengguna paling ramai di dunia malahan juga di Malaysia. Android masih menguasai 2/3 pengguna telefon pintar di Malaysia. Google mengatakan Android kini mempunyai lebih 1 Juta aplikasi untuk dimuat turun. Bagi pengguna android, Google Play Store merupakan tempat utama untuk memuat turun aplikasi peranti tersebut.

Pelbagai jenis aplikasi boleh didapati disitu termasuk aplikasi permainan. Oleh itu, admin senaraikan beberapa aplikasi yang terbaik pernah digunakan bagi tahun 2013 ini. Aplikasi dibawah tidak termasuk aplikasi popular seperti facebook, twitter, vine, instagram, whatsApp, wechat, pocket dan lain-lain. Jika anda mempunyai cadangan sila kemukakan di ruangan komen.

1. REPIX
Aplikasi meng-edit gambar yang boleh dikatakan lengkap dengan pelbagai fungsi menarik. Rekabentuk yang kemas dan mudah untuk digunakan.


http://selongkar10.blogspot.com/2014/01/15-applikasi-android-terbaik.html

2. CLUEFUL PRIVACY ADVISOR
Aplikasi ini berupaya untuk mengesan tahap privasi aplikasi yang dipasang pada telefon pintar anda. Ianya memudahkan pengguna untuk mengetahui sama ada aplikasi tersebut menyalahgunakan maklumat peribadi pengguna.

http://selongkar10.blogspot.com/2014/01/15-applikasi-android-terbaik.html http://selongkar10.blogspot.com/2014/01/15-applikasi-android-terbaik.html

3. FTBPRO - THE FOOTBALL NEWS APP
Aplikasi untuk perminat bolasepak yang mana segala berita, kedudukan semua liga, keputusan dan live score perlawanan terkini boleh didapati disini. Pengguna akan diminta untuk memilih pasukan kegemaran dan pasukan yang mahu diperhati bagi mendapat berita dan keputusan terkini secara notifikasi. Aplikasi ini hadir dengan rekabentuk yang kemas, menarik dan mudah untuk digunakan.

http://selongkar10.blogspot.com/2014/01/15-applikasi-android-terbaik.html http://selongkar10.blogspot.com/2014/01/15-applikasi-android-terbaik.html

4. CLEAN MASTER
Program CCleaner untuk Android. Segala baki-baki fail yang tidak digunakan dibersihkan dari telefon pintar bagi memastikan privasi anda selamat dan ruangan storan digunakan dengan efektif.

http://selongkar10.blogspot.com/2014/01/15-applikasi-android-terbaik.html http://selongkar10.blogspot.com/2014/01/15-applikasi-android-terbaik.html

5. SHOW BOX
Aplikasi menonton drama TV secara online secara percuma. Menyajikan drama Inggeris yang popular dan terbaru. Kualiti video sangat baik besertakan sarikata dan mempunyai pilihan mengikut kehendak pengguna. Terdapat juga beberapa siri anime popular. Boleh juga untuk memuat turun setiap episod yang dikehendaki.
Aplikasi ini tidak terdapat didalam Google Play Store. Anda perlu download .apk dan install secara manual.
http://selongkar10.blogspot.com/2014/01/15-applikasi-android-terbaik.html http://selongkar10.blogspot.com/2014/01/15-applikasi-android-terbaik.html

6. TOP ANIME POPULAR
Aplikasi menonton anime secara online. Kualiti video sangat baik dan mempunyai sari kata bahasa Inggeris.
http://selongkar10.blogspot.com/2014/01/15-applikasi-android-terbaik.html

7. DRAMANIA
Aplikasi ini menyediakan cerita China, Jepun dan Korea sama ada drama mahupun filem. Boleh menonton secara online ataupun melalui muat turun. Kualiti video boleh dikatakan baik dan disertakan juga sari kata Inggeris.
http://selongkar10.blogspot.com/2014/01/15-applikasi-android-terbaik.html http://selongkar10.blogspot.com/2014/01/15-applikasi-android-terbaik.html

8. FEEDLY News Reader. Blogs. RSS

Aplikasi ini membenarkan pengguna untuk sentiasa updates dengan artikel blog yang diminati secara RSS. Pengguna boleh menyusunnya mengikut kategori dan berkemampuan untuk kongsi dan menyimpan artikel disukai.
http://selongkar10.blogspot.com/2014/01/15-applikasi-android-terbaik.html http://selongkar10.blogspot.com/2014/01/15-applikasi-android-terbaik.html


9. GOOGLE KEEP
Aplikasi untuk menyimpan nota ringkas. Berupaya untuk membuat nota secara audio, gambar ataupun secara cheklist. Setiap nota juga boleh ditentukan masa untuk peringatan. Ringkas dan mudah untuk digunakan.
http://selongkar10.blogspot.com/2014/01/15-applikasi-android-terbaik.html http://selongkar10.blogspot.com/2014/01/15-applikasi-android-terbaik.html

10. CHANGELOG DROID

Aplikasi untuk sentiasa updates dengan aplikasi terbaru yanag ada pada telefon pengguna. Pengguna juga boleh mengetahui perubahan yang terdapat pada aplikasi tersebut.

http://selongkar10.blogspot.com/2014/01/15-applikasi-android-terbaik.html


11. MALWAREBYTES
Aplikasi ini memastikan telefon tidak dijangkiti malware ataupun apa-apa yang boleh merosakkan sistem dalam telefon.

http://selongkar10.blogspot.com/2014/01/15-applikasi-android-terbaik.html

12. iQURAN
Aplikasi membaca kitab suci Al-Quran secara digital besertakan terjemahan dalam pelbagai bahasa termasuk bahasa Melayu. Boleh juga perdengarkan bacaan setiap ayat daripada pelbagai audio pilihan. Fungsi lain seperti membuat nota, tajwid, bookmark dan senarai doa-doa didalam Al-Quran

http://selongkar10.blogspot.com/2014/01/15-applikasi-android-terbaik.html

Aplikasi lain yang bagus dan patut dimiliki seperti BBM, Appaware, Airdroid, MangaPlus, My Alarm Clock, MySolat, Malaysia Prayer Times, MyJakim, dan Android Device Manager

Sumber >> Aplikasi Android Terbaik | SANoktah
via sanoktah.blogspot.com

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post