16 Lokasi Berbulan Madu Pilihan Pasangan Artis Malaysia

Bulan madu di awan biru...Tiada yang mengganggu.. Cuma ada dia dan aku aku dan dia...Hanya berdua..Yeah masa yang dihabiskan bersama yang tersayang... 

Banyak tempat2 menarik di dunia yang boleh dilawati dan menjadi pilihan selebriti Malaysia berbulan madu bersama yang tersayang... jom kita selongkar...


1. Fizo Omar & Mawar 
Dubai & London + Paris
Di hadapan bangunan tertinggi dunia, Burj Al Khalifa


Selepas percutian mereka ke Dubai, Pasangan feveret ini meruskan percutian mereka ke beberapa tempat di Eropah

2. Irma Hasmie & Syah Redza
Gold Coast, Australia

bulan madu irma dan suaminya Redza Syah di Gold Coast, Australia. Beruntunglah Irma kerana pakej bulan madunya ini ditaja oleh D’Haja Boutique yang merupakan sebuah butik pakaian muslimah. Irma ialah merupakan model bagi tudung-tudung butik tersebut.


3. Beego & Linda Hashim
Bali, Indonesia 


Ramai juga artis Malaysia yang memilih Bali sebagai tempat percutian mereka, terbaru ialah pasangan pengantin baru Beego dan Linda Hashim yang turut memilih Bali sebagai lokasi bulan madu untuk mereka.

4. Che Ta & Zain
Rome, Itali
 
he Ta ada memaklumkan yang mereka juga akan berbulan madu ke Rom, Milan, Venice, Frankfurt dan Amsterdam yang menjadi lokasi percutian idaman mereka.  

 
Berbulan madu di Rome, Itali. Memang satu tempat yang romantik dan sesuai untuk bermadu kasih buat pasangan baru berkahwin.

 
kemudian, mereka berdua telah terbang ke Bali, Indonesia untuk “honeymoon” kedua dengan ditemani oleh rakan-rakan rapat. Antara yang turut sama ialah Man Kajang dan AnnasEaskey yang merupakan tunjang utama majlis perkahwinan mereka tahun lalu.

5. Ashraf Muslim & Noor Dayana
Pom Pom Island, Sabah

Asyraf Muslim, bersama isteri pertama, Noor Dayana Lokman, 26, memilih lokasi POm Pom Island Sabah untuk berbulan madu.

Teruskan Pembacaan...


6. Anne Ngasri & Mohd Sumali
London

Anne Ngasri dan suaminya Mohd Sumali Reduan, kini sedang menikmati fasa berbulan madu. Kemesraan dapat dilihat didalam foto ketika mereka berdua memilih untuk berbulan madu di Kota London.


7. Black Mentor & Cira Khairi
Langkawi, Kedah

Black Mentor atau nama sebenarnya Black Hanafiah telah berkongsikan gambar beliau dan isteri berbulan madu di langakawi. Melalui akaun Instagramnya, Black memaklumkan bahawa beliau telah mengalami keracunan makanan sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di Hospital Besar Langkawi.

 
Black dan Cira Khairi terlebih dahulu terbang ke Langkawi untuk pra bulan madu selama beberapa hari sebelum bertolak ke Korea pada 23 September



8. Izzue Islam & Awin Nurin
Bangkok, Thailand

Izzue Islam dan isterinya Awin Nuri, telah berbulan madu di negara jiran, iaitu Ban6gkok, Thailand.

9. Awal Ashaari & Scha Al Yahya
New York, USA
 Scha dan Awal tahu bahawa mereka memilih ke New York untuk berbulan madu. Mereka yang sebenarnya ingin berbulan madu di beberapa negara eropah. Disebabkan masa untuk mereka honeymoon singkat, mereka mengambil keputusan untuk honeymoon di New York sahaja.



10. Fasha Sandha & jejai
Pulau Redang

Kemain Fasha Sandha upload gambar-gambar percutian mereka di fanpage beliau sendiri di facebook. Kepada peminat Fasha Sandha, sila tengok gambar honeymoon beliau bersama suami tercinta di Pulau Redang

11. Mawi & Ekin
Korea

Mawi dan Ekin berbulan madu di Korea. Nampak romantis ditemani dengan salji yang turun dan cuaca yang dingin.
Dengar khabar Ekin dah muntah-muntah dibuat Mawi sejak balik berbulan madu dari Korea. Abang Mawi memang mantap!!!



12. Farid Kamil & Diana Danielle
Sydney, Australia

Apa yang menariknya adalah seorang peminat bertuah yang menetap di Sydney telah mendapat peluang makan malam bersama dengan pasangan ini selepas bertegur sapa dengan Farid Kamil di laman Instagram.


13. Fauziah Gous & Zhafran
Krabi, Thailand
 
Menaiki star cruise..percutian di atas kapal ala-ala filem Mann

Krabi sememangnya satu tempat yang sangat cantik. Pantainya yang cantik, desiran ombaknya yang memukau sangat sesuai untuk pasangan pengantin baru berbulan madu. Satu pilihan yang tepat buat Fouziah Gous dan Zhafran yang memilih Krabi sebagai tempat mereka mengeratkan lagi hubungan perkahwinan yang baru dibina.

14. Yusry & Lisa Surihani
Zurich
sewaktu keberangkatan Lisa & Yusry, di Zurich sedang mengalami Musim sejuk.  

 
Sempoi... posing bersama salah satu statue di sana..


15. Jovian Mandagie & Nina 
Istanbul & Rome
 
Jovian Mandagie dan Nina Ismail Sabri. Mereka berdua telah terbang ke Eropah dan antara tempat yang dilawati ialah Istanbul dan Rome.


Antara tempat yang dilawati ialah bangunan Hagia Sophia. Bangunan ini adalah gereja yang telah ditukarkan kepada masjid setelah ditawan oleh empayar Uthmaniah.



16. Diana Amir & Habib
Cameron Highland
Diana Amir telah berkongsi beberapa gambar romantis dirinya dan suami ketika berkunjung ke Cameron Highlands.

 
Dipahamkan juga, percutian mereka ke sana adalah untuk menjalani penggambaran program Romantika terbitan Astro Ria.
P/S : haa...amacam...kalau bersama yang tersayang tak kira jauh ke dekat semuanya indah..

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post