Merancang untuk berhenti kerja boleh mendatangkan tekanan buat
anda. Ada sesetengah orang meninggalkan kerjaya secara tiba-tiba dan ada
sesetengah lagi mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan dan
persediaan. Namun, jika anda mempunyai petanda-petanda di bawah, kami
fikir anda perlukan 'nafas' baru!
1. Anda sudah tidak mempunyai minat terhadap syarikat sekarang
Jika anda sudah tidak mempunyai minat untuk jawatan sekarang, anda mungkin sudah memikirkan jalan keluar untuk meninggalkan syarikat sekarang dan mencari pekerjaan baru yang diminati. Mencari pekerjaan yang benar-benar serasi boleh membantu anda lebih bertenaga, 'segar' dan bersemangat terhadap hidup yang lebih gembira.
2. Anda banyak berkhayal
Saban hari, anda kerap memikirkan apa yang akan berlaku pada masa akan datang jika anda terus dengan pekerjaan sedia ada. Anda semestinya tidak mahu merasa kehidupan terlambat dan membiarkan impian anda berlalu pergi. Jika anda kerap berkhayal bekerja di tempat baru, mungkin berhenti kerja sekarang akan memberi kehidupan yang lebih baik akan datang.
3. Anda tidak menikmati masa rehat
Percutian adalah masa rehat untuk dinikmati sebelum kembali bekerja. Jika anda tidak menikmati percutian dengan gembira sebaliknya terlalu memikirkan bagaimana caranya untuk mendapatkan tenaga kembali 'mood' bekerja, sememangnya anda memerlukan pekerjaan baru yang boleh membuatkan anda sentiasa tidak sabar kembali ke pejabat.
Teruskan Pembacaan...
4. Anda tidak mempunyai peluang untuk berkembang
Anda mungkin merasakan pekerjaan sekarang sangat selesa dan dikelilingi rakan sekerja yang baik. Malangnya, anda merasa terkongkong kerana pekerjaan sekarang seolah-olah tidak memberi anda peluang untuk meningkat malah masa depan anda masih kabur. Sudah tiba masanya anda mencari pekerjaan lain yang memberi anda jaminan terbaik pada masa depan.
5. Anda merasa tekanan
Adakah anda merasa begitu tertekan kerana jawatan dan tugasan di pejabat? Sesetengah tahap tekanan adalah mampu ditangani tetapi sekiranya tekanan anda memberi kesan terhadap kehidupan anda, anda perlu fikirkan cara untuk mencari pekerjaan baru sebelum anda disahkan mempunyai masalah kemurungan melampau.
6. Anda tidak produktif di tempat kerja
Jika anda duduk di tempat anda sepanjang hari tanpa menggerakkan sebarang tugasan yang diberi, ia bermakna anda sudah tidak produktif terhadap pekerjaan anda. Adalah tidak adil buat syarikat apabila membiarkan anda makan gaji buta, bukan? Anda sepatutnya mencari pekerjaan yang boleh memberi sumbangan terhadap kualiti kerja setiap hari.
7. Anda tidak suka dengan rakan sekerja
Elak membiarkan diri terus menjadi 'kera sumbang' dan terus bermusuh dengan rakan sekerja yang tidak sekepala. Anda tidak perlu menjadikan rakan sekerja sebagai kawan baik tetapi memadai menjadikan mereka rakan untuk berkongsi idea di pejabat. Namun, jika anda merasakan persekitaran di pejabat kurang selamat dan sering memberi masalah, anda perlu mencari persekitaran dan rakan baru kerana rakan-rakan juga faktor untuk mendapatkan 'mood' bekerja yang baik.
Bukan mudah untuk mendapatkan pekerjaan yang benar-benar mampu memberi kepuasan. Hakikatnya, kehidupan akan lebih indah jika anda berjaya melepasi cabaran yang datang. Bersediakah anda untuk berdepan dengan persekitaran bersama bos dan rakan sekerja ditempat baru?
Kredit : Maskulin