20 Perkara Yang Mungkin Anda Tidak Tahu Tentang Apple
| Syarikat pengeluar gajet canggih iPhone dan iPad memang terkenal
dengan sikap perahsia mereka. Akan tetapi ada juga perkara-perkara yang
sulit mengenai mereka diketahui ramai. Artikel ini akan menyenaraikan 9
‘rahsia’ yang menarik tentang syarikat yang berpengkalan di California
ini.
Apple Brand bukan buah epal..
1. Steve adalah anak angkat dan berdarah campuran Syria.
Mantan pengasas lagenda Apple yang juga
pengarah urusan syarikat tersebut sebenarnya berdarah campuran Syria.
Steve Jobs yang meninggal dunia pada Oktober 2011 sebenarnya anak kepada
pasangan Joanne Schieble dan Abdul Fattah Jendali. Pasangan ini bertemu
semasa berusia 23 tahun di Universiti of Winconsin.
Malangnya hubungan pasangan ini mendapat
tentangan ibubapa Joanne dan memaksa anak pertama mereka Steve Jobs
dihantar ke rumah anak yatim. Sungguhpun begitu pasangan tersebut
berjaya juga berkahwin selepas krisis tersebut dan dikurniakan seorang
puteri yang mana adik kandung Steve Jobs.
2. Komputer pertama Apple dijual pada harga Syaitan
Komputer pertama Apple, Apple I dijual
pada harga USD666.66. Steve Wozniak memutuskan untuk meletak harga
tersebut tanpa menyedari yang nombor-nombor tersebut seringkali
dikaitkan dengan nombor syaitan.
3. Kargo penghantaran Apple hanya melalui udara bukannya laut
Apple adalah pelanggan terbesar Cathay
Pasific. Ini adalah kerana Apple menghantar stok-stok mereka melalui
penghantaran udara. Kelebihannya kerana ianya lebih cepat dan syarikat
tersebut tidak terikat dengan lambakan stok memandangkan produk yang
dihantar boleh terus dijual.
4. Macintosh adalah jenis buah epal
Komputer Apple dinamakan Macintosh bersempena jenis buah epal kegemaran Jef Raskin.
Pada ketika itu Macintosh hanyalah kod
nama yang digunakan untuk melabelkan komputer Apple dan Steve Jobs
dilaporkan menukar nama tersebut ke ‘bicycle’ semasa ketiadaan Jef
Raskin tetapi tidak berjaya.
5. Steve Wozniak masih lagi pekerja Apple
Pengasas bersama Apple, steve Wozniak
yang mana antara individu terawal membantu Steve Jobs menubuhkan
syarikat Apple pada tahun 1976 tidak lagi aktif bersama Apple. Akan
tetapi dia masih pekerja Apple dengan rasminya dan menerima imbuhan
kira-kira USD120,000 setahun dari Apple.
6. Oh wow, oh wow. Oh wow
Kata-kata terakhir Steve Jobs sebelum
menghembuskan nafas terakhirnya ialah “oh wow, oh wow, oh wow” menurut
adik perempuannya Mona Simpson. Mona Simpson adalah antara individu yang
dibenarkan menyampaikan kata-kata sanjungan ketika hari memorial Steve
Jobs.
7. Apple punya 3 orang pengasas bersama
Ronald adalah salah seorang pengasas
Apple yang bertanggungjawab mereka logo Apple, menulis perjanjian
perkongsian antara pengasas Apple dan menulis manual komputer Apple yang
pertama Apple I. Akan tetapi dia menjual saham 10% miliknya yang
bernilai USD800 kerana gusar dengan risiko hutang.
Nilai saham yang sama bernilai USD35 billion hari ini.
8. Ive pilih warna putih untuk iPad
Steve Jobs sangat menentang tentang idea
menggunakan warna putih untuk produk mereka tetapi berjaya dipujuk oleh
pereka produk Apple Sir Jony Ive
Dalam satu biografi terbaru Ive, bekas
pereka produk Apple, Doug Satzger mengatakan yang Steve Jobs hanya
mengalah untuk menggunakan warna putih selepas ditunjukkan variasi warna
yang lain yang dipanggil ‘moon grey’.
9. Obsesi pembungkusan
Pereka pembungkusan menghabiskan masa
berjam-jam membuka kotak dalam sebuah bilik khas. Mereka cuba mencungkil
keadaan sebenar emosi pembeli semasa membuka bungkusan produk Apple
pada kali pertama. Memetik kenyataan Adam Lashinsky dalam buku terbaru
beliau Inside Apple, beliau mengatakan bagaimana terperincinya Apple
untuk memuaskan hati pelanggan semasa membuka bungkusan produk Apple.
10. Nama APPLE diperkenalkan oleh Steve Jobs selaku pengasas syarikat terbabit. Banyak yang membicarakan tentang misteri mengapa nama tersebut dipilih. Akan tetapi secara jujurnya, nama Apple diambil hanya disebabkan Jobs menyukai Apple dan seterusnya menamakan syarikat yang didirikan dengan nama tersebut.
11. Apple sangat sensitif dengan larangan merokok bersama komputer keluaran mereka. Nampak macam mengarut tetapi jika anda didapati merokok ketika menggunakan komputer keluaran Apple, warranty anda akan terbatal secara sendirinya.
12. Pekerja Apple sangat ramai iaitu sekitar 90,000 orang. Jumlah tersebut hampir menyamai jumlah penduduk bandar.
13. Pengguna Apple sebelum ini boleh bermain permainan bernama “Breakout”. Permainan ini telah dibangunkan oleh Steve Jobs dan Steve Wozniak apabila mereka bekerja di Atari suatu ketika dahulu.
14. Apple menikmati kejayaan besar ketika pelancara iPod. Pencipta peranti ini iaitu Tony Fadell sebelum ini telah menawarkan rekaan peranti terbabit kepada Real Networks dan Philips. Kedua-dua syarikat terbabit menolak tawaran terbabit.
15. Pada tahun 1983, Apple pernah melancarkan komputer Lisa. Namun gagal dikhabarkan hampir 2,700 buah komputer terbabit telah dilupuskan di tapak pelupusan Utah.
16. Logo pertama syarikat Apple memaparkan lukisan bapa fizik dunia iaitu Sir Isaac Newton
17. Nama iPod diinspirasikan daripada filem 2001 : A Space Odyssey
18. Apple dianggarkan berjumlah USD155Billion, apabila dibahagikan kepada seluruh rakyat Amerika Syarikat, setiap seorang boleh mendapat USD490
19. Jika Apple adalah sebuah negara, Apple akan menjadi negara terkaya ke-27 di dunia.
20. iPhone bukanlah smartphone pertama yang diumumkan Apple. Sebelum iPhone diperkenalkan pertama kali pada 2007, Apple berkolaborasi dengan Motorola untuk menghasilkan Smartphone. Hasilnya sebuah peranti yang bernama Rokr E1. Smartphone ini dilancarkan pada 7 September 2005.
21. iPhone diperkenalkan pada awal tahun 2007. Mendiang Steve Jobs, saat itu CEO Apple, memperkenalkan iPhone generasi pertama di Macworld pada 9 Januari 2007 di San Francisco, California.
22. Jam 9:41 sering digunakan Apple untuk promosi tampilan produknya seperti iPhone, iPad, hingga Mac. Tradisi penggunaan waktu tersebut masih sering digunapakai sehingga pelancaran iPhone7. Mantan eksekutif Apple Scott Forstall pernah mengungkapkan sebabnya. 40 minit merupakan waktu yang ideal untuk membentangkan sebuah produk ke khalayak umum sebelum ke acara puncak, iaitu penampilan produk.
23. Ketika Steve Jobs memperkenalkan iPhone di 2007, layarnya yang 3,5 inch terbuat dari plastik. Namun saat dilancarkan ke umum, berubah jadi layar Gorilla glass. Rupanya Jobs tak senang layar plastik mudah tergores sehingga dia menuntut iPhone harus memakai layar kaca.
24. Untuk mendapatkan modal mendirikan Apple, pendiri Apple, Steve Wozniak harus menjual kalkulator ilmiahnya.
25. Pada 5 Oktober 2011, Steve Jobs meninggal dunia setelah berjuang melawan kanser.
26. Pada Ogos 2018, Apple menjadi perusahaan US pertama yang nilainya di atas US$1trilion.
Secara keseluruhannya, Apple masih lagi menjadi salah satu daripada kuasa besar di pasaran yang menguasai bidang perkomputeran dan mudah alih dan pada masa yang sama ia masih terus mengejutkan dunia dengan produk dan servis yang inovatif.