Saya sayang awak kerana allah S.W.T
Awak, saya sayang awak kerana Allah. Saya harap cinta dan sayang saya untuk awak akan sentiasa dijaga Allah.

Saya sayang awak kerana Allah. Saya tidak sayang awak kerana rupa, atau kerana awak suka memuji, jauh sekali kerana awak berharta tapi hanya satu sebab kenapa saya sayang awak iaitu kerana Allah. Dan saya berdoa kepada tuhan semoga hanya itulah satu-satunya sebabnya sampai bila-bila. Saya sayang awak dengan tulus dan ikhlas dan semoga sayangku ini kekal untuk awak walaupun saya tahu bahawa awak ada yang lain.
Awak, saya sayang awak kerana Allah. Saya harap cinta dan sayang saya untuk awak akan sentiasa dijaga Allah.
Saya sentiasa berdoa selepas solat, saya mohon padaNya, "Ya Allah, aku sayang dia kerana Mu, kau jagalah dia dan lidungilah dia setiap masa" Amin..
Saya tidak mengharapkan balasan dari awak, saya cuma inginkan awak sentiasa bahagia disisi insan yang awak sayang.

Saya sayang awak kerana Allah. Saya tidak sayang awak kerana rupa, atau kerana awak suka memuji, jauh sekali kerana awak berharta tapi hanya satu sebab kenapa saya sayang awak iaitu kerana Allah. Dan saya berdoa kepada tuhan semoga hanya itulah satu-satunya sebabnya sampai bila-bila. Saya sayang awak dengan tulus dan ikhlas dan semoga sayangku ini kekal untuk awak walaupun saya tahu bahawa awak ada yang lain.
Saya akan sentiasa mendoakan kebahagiaan awak. Saya tahu awak ada pilihan hati awak sendiri, sebab itulah saya tak luahkan apa yang ada dalam hati ini demi kebahagiaan awak. Saya pendam rasa sayang ini dan saya akan simpan sehingga Allah izinkan kita bersama.
Jika tidak diizinkan Allah kita bersama, saya dengan rela hati akan mengundurkan diri. Saya undur diri bukan juga kerana sesiapa tapi hanya kerana Allah. Awak juga jagalah hati awak supaya tidak dikotori dengan titik-titik hitam. Jagalah hati kerana jika rosak hati maka rosak lah segala-galanya.
Saya sayang awak kerana Allah dan saya tidak mahu awak menjadi hamba Allah yang lupa akan kewajipannya. Saya sentiasa berdoa akan diri awak. Semoga cinta yang ada dalam hati saya ini akan membawa saya ke Syurga bukan ke Neraka. Amin.
Saya tidak akan takut untuk melepaskan pergi awak yang belum berhak untuk saya miliki. Awak pasti akan kembali seandainya Allah menjadikan awak untuk saya miliki atau Allah akan menggantikan awak dengan seseorang yang lebih baik untuk saya. Mencintai seseorang itu adalah hak kita tapi memiliki seseorang yang kita cintai tanpa ikatan yang sah dan halal itu bukanlah hak kita "y"
100 sebab kenapa saya cinta awak
Bukan kerana rupa, harta, pangkat atau nafsu saya memilih awak. Mungkin awak adalah doa yang selama ini saya pohon yang ALLAH makbulkan.
100 sebab kenapa saya cinta awak
- Kesetiaan awak pada saya dan segala-galanya yg berkaitan dengan diri awak
- Perasaan belas kasihan awak pada orang disekeliling awak
- Sikap awak yang tidak mementingkan diri sendiri
- keikhlasan awak pada saya
- Kekuatan awak pada setiap perkara yang menimpa diri awak
- Perhatian yang awak berikan pada saya
- Bagaimana awak sentiasa jujur pada saya dengan apa perkara sekalipun...tiada rahsia antara kita
- Awak seorang yang baik hati
- Saya suka cara awak menolong orang disekeliling awak.
- Bagaimana awak berdiri diatas kaki sendiri dan percaya dengan apa yang awak lakukan
- Awak seorang yang tidak kedekut
- Awak seorang yang berkeyakinan tinggi
- Saya suka bila awak sentiasa berfikiran positif mengenai sesuatu perkara
- Awak seorang yang optimis...
- Awak sentiasa berfikir mengenai perjalanan hidup awak dan masa depan kita berdua
- Keberanian awak menghadapi sesuatu.. walaupun awak takut pada hantu ..hahaha
- Ketabahan hati awak menangani masalah dan liku-liku kehidupan
- Kelembutan awak pada saya
- Bagaimana awak sentiasa memahami saya disaat saya memerlukannya
- Bagaimana awak dan saya sentiasa berkongsi cerita bersama tentang apa saja...
- Bagaimana awak sentiasa membuatkan saya tersenyum dan ketawa walaupun saya tak memerlukannya pada saat itu
- Sebab awak suka mengacau saya malam2 dalam telefon..dah la saya tengah mamai
- Sebab awak takot kehilangan saya
- Suara awak yang memang best bila nyanyikan saya lagu ....
- Sebab awak ni penyayang pada binatang..
- Sebab awak akan sedih bila saya menangis..
- Bagaimana awak sentiasa tolong saya bila saya perlukan bantuan
- Bagaimana awak sentiasa ambil berat pasal saya dan semua pasal saya
- Saya suka bagaimana cara awak memegang tangan saya..
- Sebab awak jadi diri awak sendiri...
- Bagaimana awak ajar saya tentang kehidupan dan diri sendiri
- Sebab awak ni intelligent..pandai..
- Sebab tangan awak ni macam mesin..buat apa pun cantik..kreatif...
- Sebab awak ada matlamat dalam hidup awak
- Sebab awak suka mekanikal, so awak seorang yang teliti..
- Sebab awak nak saya pun pandai n selalu kejar ilmu macam awak..
- Sebab cara awak bercakap dengan saya laju sampai saya pun tergamam..
- Sebab kulit awak licin dan bersih
- Sebab kadang-kadang kepala awak pun gila-gila jugak macam saya
- Sebab badan awak tough
- Sebab tangan awak kuat...keras giler tangan awk..saya rasa awak boleh lindung n jaga saya
- Sebab awak sayang kehidupan awak.that why awak berubah
- Sebab awak sentiasa bertolak ansur dgn saya walaupun saya yang salah..
- Bagaimana awak cakap kat saya, awak nak jadi bapa yang terbaik satu hari nanti..dan awak yakin awak boleh..
- Saya suka cara awak berjalan sambil tunduk kat bawah..ada muka saya kot kat lantai
- Saya suka bila awak bercakap tak henti-henti..sampai xnak bagi chance lngsung kat saya
- Sebab awak sayang adik-adik saya dan banyak bagi nasihat kat diorang
- Sebab awak selalu bagi pujian kat saya...hihihi
- Sebab awak seorang yang berpengetahuan..banyak menda awak tau..
- Sebab awak sentiasa best dalam apa jua keadaan
- Bagaimana awak selalu cakap kat saya, awak kna percaya kat saya 100% ok..sebab awak pcaya kat saya 100%..
- Sebab awak ni seorang yang nakal..
- Sebab awak membuatkan saya jadi perempuan yang lemah lmbut gitu...
- Sebab awak sentiasa cakap I love U setiap hari pada saya...
- Sebab awak tak kisah berjalan dgn saya n pgang tangan saya walaupun muka saya buruk time tu..(tbe2 lak muka naik jerwat n rambut kusut masai)
- Sebab awak janji nak belikan hadiah untuk saya..saya tau awak xkan mungkir janji
- Sebab awak menerima diri saya seadanya
- Sebab awk ni manja
- Sebab awak sentiasa beri galakan pada saya agar saya berjaya dalam hidup
- Sebab awak tak nak lelaki lain rampas saya dari awak..awak cakap, beranila..tendang budak tu nanti....hihihi
- Sebab awak ni kelakar la..walaupun awak xsedar
- Sebab awak ni lelaki sejati...
- Sebab awak tak kisah melayan kerenah saya yang kuat makan..
- Sebab awak ni sensitif...jadi awak faham hati perempuan yang selalu sensitif
- The way you’ve opened up your heart and life to me..
- Sebab saya happy bila saya dengar cerita baru tentang awak setiap hari
- Saya suka bila awak tenung dan pandang saya..cair saya dibuatnya..hahah
- Sebab awak sentiasa tunjuk rasa cinta awak pada saya..n saya merasainya
- Saya suka bila awak sentiasa cakap menda yang baik2 pasal saya kat orang lain
- Sebab awak bagi kegembiraan pada saya setiap hari
- Sebab awak sentiasa nak kan yang terbaik untuk saya
- Sebab awak ni kuat..awak teror berlawan..dalam taekwando la..
- Saya suka bila awak sentiasa bagi inspirasi kat saya
- Sebab dalam mimpi awak sentiasa ada saya..
- Sebab awak tak sangsi n ragu-ragu dengan apa yang saya cakap..awak pcayakan saya
- Sebab awak je boleh bukak hati saya semula lpas hati saya hancur berkecai..
- Sebab awak sentiasa serious dalam hidup...saya plak selalu gler2..awk suruh saya jadi matang..
- Sebab awak seorang yang pemaaf
- Sebab awak tak ego..i hate laki ego..dushhhh..dushhh.rasa nak tumbuk je
- Sebab awak sanggup ambil risiko couple dengan saya
- Sebab awak tak pernah angkat tangan kat saya...i hate laki kaki pukul...dushhh.dusshhumm..tendang laki kaki pukul
- Sebab saya suka bila dengar awak ketawa..hahaha.comel sangat..awak ktawa xbhenti
- Sebab awak sayang budak-budak
- Sebab saya percaya satu hari nanti awak akan berjaya dalam hidup dan capai segala cita-cita dan impian awak
- Sebab awak selalu dapat rasa tentang saya..dan semuanya betol walaupun saya tak pernah bagitau awak...ur six sense always right...
- Sebab awak sanggup berubah demi masa depan awak dan saya
- Kesabaran awak yang sangat tinggi walaupun kadang2 prangai saya melampaui batas
- Sebab awak pembersih dan pandai jaga kebersihan diri...
- Sebab awak sentiasa dengar kata dan nasihat saya walaupun saya ni perempuan
- Sebab awak sentiasa tenangkan saya bila saya sedih dan perlukan seseorang
- How I know you’ll always be here for me through good times and bad no matter what
- Sebab awak call saya setiap hari n setiap masa
- Sebab awak ni pandai pujuk saya bila saya merajuk
- Sebab awak ni ada pendirian tetap..kalu awak xsuka, awak tetap xsuka..tak de org bole ubah
- Sebab awak ni kekadang cute jugak..kihkihkih
- Sebab awak tak pernah menyusahkan sesiapa....even ur parents, ur siblings n ME
- How much you know about me now and that you’ve seen both my good sides and bad and that you still love me anyway
- Sebab hanya saya sorang je dalam hati awak...n awak harap hubungan kita kekal sampai akhir hayat
- Sebab awak terlampau cintakan saya dan saya pun cintakan awak
- Sebab awak adalah awak...n saya trima buruk baik awak seadanya..saya tau setiap orang ada kekurangan dan kelebihan masing-masing..
