17 Petua Untuk Mengekalkan Ketenangan Jiwa

Petua Untuk Mengekalkan Ketenangan Jiwa



1. Selalu bersolat dengan khusyuk.

2. Sentiasa berwudhu' terutamanya semasa menghadapi tekanan.

3. Berzikir, beristighfar, berselawat dan membaca Al-Quran.



4. Berpuasa dan bersolat sunat.

5. Beribadah di tengah malam seperti bertahajjud dan membaca Al-Quran.

6. Tidur yang mencukupi.
 

7. Suasana dan kediaman yang teratur.

8. Menyaksikan keindahan alam, berkelah, melancong dan bersiar-siar.

9. Menziarahi sahabat-sahabat lama kerana ia boleh mengingatkan pengalaman lampau yang mengembirakan.



10. Elok pergaulan dengan keluarga, jiran-jiran dan orang ramai.

11. Melangsaikan semua hutang.

12. Atasi segera masalah-masalah yang merungsingkan hati.

13. Lakukan hobi dan perkara-perkara yang diminati.

14. Lakukan senaman atau gerak badan sekitar 30 minit setiap hari. Semakin tegang perasaan, semakin banyak gerak badan diperlukan untuk melepaskan ketegangan tersebut.



15. Elakkan hiburan yang haram dan melalaikan serta pergaulan bebas kerana ia membawa kepada kekosongan jiwa dan keserabutan fikiran.

16. Banyak makan makanan berkarbohidrat seperti nasi, roti, buah-buahan dan sayur-sayuran sewaktu menghadapi tekanan(stress). Ia mengandungi kimia serotonin yang boleh mengurangkan stress dan menghasilkan ketenangan.

17. Percaya kepada Qadha' dan Qadar iaitu segala perkara yang berlaku yang telah ditentukan oleh Allah, sama ada baik atau buruk yang mungkin ada hikmah di sebalik kejadian itu.

~Jj

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post