20 Fakta Menarik Tentang Filem Titanic Yang Mencetuskan Fenomena

Filem romantik legenda lakonan Leonardo Di Caprio dan Kate Winslet yang berdurasi lebih kurang 3 jam 14 minit itu. Menjadi antara filem yang paling laris dalam sejarah perfileman dunia, Titanic mencetuskan fenomenanya yang tersendiri.

Jadi jom kita selongkar beberapa fakta menarik tentang filem Titanic sebagai trivia dan pengetahuan tambahan kepada anda.



Kapal Titanic tenggelam
1) Filem Titanic arahan James Cameron menelan belanja sebanyak 200 juta usd untuk dihasilkan.


2) James Cameron yang melukis semua gambar dalam buku lakaran Jack. Babak dimana kelihatan tangan Jack melukis potret Rose sebenarnya adalah tangan James Cameron.


kita ditipu ~.~ ini bukan tangan Leo huhuhu

3) Titanic adalah filem pertama James Cameron yang tidak melibatkan atau menyebut tentang senjata nuklear

4) Pihak penerbitan mahukan Matthew McConaughey untuk watak Jack, tapi James Cameron berkeras untuk mengambil Leonardo DiCaprio.

Kalau Mathew McConaughey jadi Jack.. hohoho
 
5) Gwyneth Paltrow antara calon untuk watak Rose selain Nicole Kidman, Madonna, Jodie Foster, Cameron Diaz dan Sharon Stone


Kalau Gwyneth Paltrow jadi Rose hehehe
 
6) Gloria Stuart yang melakonkan watak Rose tua adalah satu-satunya orang yang terlibat dalam produksi ini yang hidup pada tahun 1912

7) Pencalonan Gloria Stuart dalam kategori Best Supporting Actress pada umur 87 tahun menjadikan beliau orang yang paling tua pernah dicalonkan untuk Oscar


Ini Gloria kalau korang tak kenal
 
8) Robert De Niro telah ditawarkan watak Kapten Smith tetapi terpaksa menolaknya kerana jangkitan gastrousus pada masa itu.


Robert De Niro yang macho
 
9) James Cameron pada awalnya tidak mahu meletakkan sebarang lagu dalam filem ini. Tapi pengarah muziknya, James Horner telah mencipta lagu “My Heart Will Go On” secara senyap-senyap


10) Paramount terpaksa menghantar filem gantian kepada banyak panggung kerana filem asal telah rosak akibat dimainkan dengan sangat kerap

11) Titanic adalah filem pertama yang telah dikeluarkan dalam versi video walaupun masih ditayangkan di pawagam (masa ni masih guna VHS)


titanic VHS korang ada? hohoho
 
12) Kos untuk membina kapal Titanic yang sebenar pada tahun 1912 adalah 7.5 juta USD, bersamaan 120 -150 juta USD nilai pada tahun 1997



13) Kebanyakkan rekaan kapal Titanic dalam filem ini dibuat dan dipantau oleh White Star Lane, syarikat yang membuat kapal Titanic sebenar



14) Dalam babak dimana air menghancurkan “Grand Staircase Room”, krew produksi hanya ada sekali shot sahaja kerana keseluruhan set dan perabot akan dimusnahkan dalam shot berkenaan


babak Grand Staircase

15) Set laut dalam filem ini hanya mempunyai kedalaman 3 kaki sahaja.

16) Keseluruhan set kapal telah dipasang pada jet hidraulik dan boleh condong sehingga 6° dalam tangki


Kapal Titanic
 
17) Kebanyakkan pelakon dalam scene bilik enjin hanya berketinggian 5 kaki supaya bilik enjin tersebut kelihatan lebih besar


Babak Engine Room perghhh
 
18) Kepingan kayu yang membantu Rose terapung selepas Titanic tenggelam adalah berdasarkan artifak sebenar yang tersimpan dalam Muzium Maritim Atlantik di Halifax, Nova Scotia


Babak berpaut pada kayu
 
19) Selepas pengambaran, set yang masih ada dijual sebagai besi buruk (-.-)

20) Suite mewah kelas pertama yang paling mahal di kapal Titanic berharga $4350 bersamaan lebih kurang $75,000 USD masa kini

Suite mewah Secara jujurnya kami sendiri sangat kagum dengan filem Titanic ini, jalan cerita yang sangat mantap dan berkesan. Boleh buat air mata meleleh tu haha. 

Info tambahan, James Cameron juga merupakan pengarah filem Terminator dan Avatar, hebat bukan?

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post