5 Alasan Kenapa Air Asia Enggan Berpindah Ke KLIA2...!!!

KLIA2 sepatutnya siap pada 2013 namun sehingga kini masih belum lagi siap. Kelewatan ini sebenarnya berpunca dari penambahbaikan pelan asal oleh MAHB bagi menampung penambahan penumpang AirAsia yang saban tahun meningkat bagi memudahkan orang ramai mendapat kemudahan yang diperlukan di KLIA2 itu nanti.

Kelewatan ini juga berpunca dari ‘kecerewetan’ AirAsia sendiri dan MAHB sudah banyak melayan karenah AirAsia.

KLIA2 - Lapangan terbang baru di Malaysia


Walaupun MAHB telah memberikan penjelasan terperinci mengenai kelewatan projek KLIA2, namun AirAsia tetap tidak peduli dan terus menunding jari terhadap MAHB.

Jadi, adalah wajar rakyat tahu apa alasan sebenar AirAsia enggan berpindah ke KLIA2. Berikut adalah 5 alasan utama yang menjadi batu penghalang AirAsia berpindah ke KLIA2 seperti didedahkan oleh Facebook Page Saya Sayang Tun Dr. Mahathir Mohammad [RUJUK SINI] :

Penyebab Utama Air Asia Tak nak Berpindah ke KLIA2

1. Refusal to use SITA Baggage system of
RM0.95 per passenger.
AirAsia enggan menggunakan sistem pemprosesan penumpang seragam oleh SITA dan menganggap jambatan aero membazir. 

2. Refusal to use Aerobridge
RM0.20 per passenger.
Sistem pemprosesan SITA dikatakan teknologi tercanggih di dunia dalam penyelesaian bersepadu IT manakala jambatan aero dicipta khusus untuk memudahkan penumpang kurang upaya seperti warga emas, kanak-kanak dan ibu bersama bayi.

3. AirAsia wants PSC (Pax Service Charge) incentives, instead of
RM6.00 per passenger.
AirAsia juga dikatakan menginginkan insentif Caj Perkhidmatan Penumpang (PSC) diberikan kepada mereka selain sebuah muzium penerbangan.

4. AirAsia wants an
Aviation Museum
AirAsia juga dikatakan menginginkan insentif Caj Perkhidmatan Penumpang (PSC) diberikan kepada mereka selain sebuah muzium penerbangan. 

5. AirAsia’s new HQ
is not ready.
Ibu pejabat baru AirAsia di KLIA2 juga dikatakan belum siap sepenuhnya, benarkah? 

But AirAsia makes
RM15.1 BILLION PER YEAR !


Dibina dengan kos pembangunan RM4 bilion, KLIA2 bakal digunakan syarikat penerbangan tambang rendah tempatan, antarabangsa serta syarikat penerbangan perkhidmatan sepenuhnya.
KLIA2 berukuran 257,000 meter persegi dan dilengkapi dengan 60 pintu, lapan stesen kawalan, 80 jambatan aero serta ruang runcit berkeluasan 32,000 meter persegi untuk menempatkan 225 tempat jualan dan direka untuk menampung 45 juta penumpang setahun.

Apa pun, seluruh rakyat Malaysia sudah tentu mahu agar kesemua kemelut diselesaikan dengan baik dan akhirnya menguntungkan semua pihak.

Maklumat Lanjut 
https://www.facebook.com/klia2.info

No comments

Powered by Blogger.