20 Lukisan Naif Kanak-Kanak Diolah Menjadi Patung Mainan..!!!

Wendy Tsao membuat mainan patung pertamanya berdasarkan atau diinspirasikan daripada lukisan anaknya, Dani yang berusia 4 tahun apabila pihak sekolah telah menyuruh kanak-kanak untuk membawa permainan daripada rumah. Wendy takut mainan anaknya akan hilang apabila dibawa ke sekolah justeru itu timbulnya idea untuk menghasilkan mainan ini.

Menggunakannya sebagai langkah kecemasan apabila kanak-kanak mengamuk secara tiba-tiba dan tidak dalam mood yang baik.  



5 Tahun kemudian, Wendy mempunyai perniagaan sendiri dan dia menghasilkan patung mainan secara komersial. Dia telah menerima permintaan daripada ibu bapa seluruh dunia untuk membuat beratus-ratus mainan lembut berdasarkan lukisan kanak-kanak

"Ia satu proses yang memberi ganjaran yang menyeronokkan, dan kanak-kanak suka melihat lukisan mereka menjadi hidup " , kata Wendy

Jadi jom kita selongkar hasilnya apabila lukisan Naive kanak-kanak digubah menjadi mainan patung yang real.... weee



Teruskan Selongkar...





















P/S : Kreatifnya...teringat waktu kecil dulu-dulu ayah buatkan senapang daripada kayu... feelingnya memang awesome...!!!

 
via UOL.com
 

No comments

Powered by Blogger.