7 Pesanan Cinta Dari Lagu-Lagu Dendangan Tailor Swift...!!!

Seperti yang di ketahui ramai, Taylor Swift mempunyai cara tersendiri menangani masalah perhubungan dalam percintaan. Menariknya, setiap kali si dia putus dan mulakan hubungan si dia pasti akan mengilhamkan sebuah lagu yang terselit tip, panduan serta pengajaran dalam perhubungannya.
So, jom ketahui tip cinta yang di kongsi oleh Taylor Swift pada peminatnya.

1) Jangan Cepat Menganggap Soulmate (Back To December)

Siapa yang tak pernah dengar lagu Taylor swift Back To December. Khabarnya lagu ini ditulis khas buat bekas kekasihnya Taylor Lautner. Lagu ini menceritakan bertapa Taylor kecewa dengan sikap Jackob serigala jadian yang popular dalam filem Twilight. Katanya si dia benar-benar menyesal kerana terlalu mudah dan cepat menganggap Taylor Lutner sebagai soulmate kerana di hujung perhubungan mereka, akhirnya pasangan ini berpisah juga.

Teruskan Selongkar...



2) Move on from Bad Boy
Taylor swift sering mengingatkan peminatnya jika dikecewakan dan di tinggalkan oleh kekasih yang curang, jangan terlalu bersedih teruskan hidup dan mulakan hidup yang baru kerana lelaki memang begitu!


3) Umur Bukan Penghalang
Taylor Swift pernah mempunyai hubungan dengan Jake Gyllenhaal. Dalam perhubungan itu Taylor belajar bercinta dengan individu yang lebih berusia memang mencabar lebih lagi jika kita masih muda. Namun, selagi masih ada kasih sayang dan perasaan hormat menghormati, hubungan itu akan berjalan dengan lancar seperti biasa.

4) Jangan Minta Putus di Dalam Talian
Masih ingat dengan cerita percintaan Taylor dengan Joe Jonas ? Ya, percintaan mereka memang pendek dan cara mereka putus juga sangat mengejutkan orang ramai. Oleh itu, Taylor telah meluahkan isi hatinya di dalam sebuah lagu dan mengatakan jika kamu mahu memutuskan hubungan dengan seseorang, jangan minta putus di dalam talian seperti SMS, call atau chatting. Ini kerana, tindakan ini seakan tidak menghormati hati dan perasaan si mangsa. Malah, dia juga menegaskan adalah lebih baik jika terus berdepan dan terangkan segalanya berbanding membiarkan mangsa terus tertanya-tanya apakah salahnya.


5) Jangan Ubah Pendirian Hanya Kerana Lelaki (I Know You Were Trouble)
“I guess I just lost my balance, I think that the worst part of it all wasn't losing him, It was losing me.” Pasti kamu pernah dengar petikan lirik lagu ini bukan ? Ya betul, lirik ini di petik dari lagu I knew You Were Trouble yang pernah menjadi ‘hits’ di awal tahun 2013 dahulu. Dalam lagu ini Taylor berkongsi tidak kira macam masa sekalipun kita jatuh cinta dengan seseorang itu jangan sampai kita hilang atau ubah pendirian diri.



6) Terima Kenyataan (White Horse)
White horse nyanyian Taylor mempunyai makna yang sangat mendalam. Ia berkisahkan tentang seorang gadis yang di tipu oleh seorang jejaka yang sudah mempunyai keluarga. Apa yang menariknya, dalam lagu ini walaupun Taylor sedang kecewa dan bersedih si dia masih terima kenyataan dan cuba bangkit dari kesakitan!

7) You Belong To Me

Taylor juga tidak lupa berkongsi tip jangan putus berharap dengan individu yang kita suka. Malah, Taylor juga membuatkan gadis lain yakin dengan kelebihan diri sendiri walaupun jika di bandingkan dengan orang lain yang jauh lebih ‘sempurna’.

Kredit : Remaja

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post