13 Perkara Lazim Yang Mesti Berlaku Setiap Kali Bulan Puasa

Bulan Ramadhan memang bulan yang dinanti-nantikan seluruh umat Islam. Setiap tahun, pasti akan ada beberapa perkara yang sama dan tidak berubah.

 1. Soalan Lazim
Akan ada orang tanya soalan "kau puasa ke tak?". Perempuan kadang-kadang malu nak jawab. Yang lelaki pulak, kalau tak puasa pun dia akan jawab "Ey mestilah puasa."




2. Waktu Berbuka 
Waktu Maghrib secara automatiknya akan dipanggil waktu berbuka. Paling menarik, orang siap tahu waktu berbuka puasa dengan tepat. Kalau bukan bulan puasa orang buat tak peduli je.
Last updated by Farouq johari about 7 hours ago





3. Solat Terawih.
Bulan puasa je ada solat Terawih. Bulan lain takde. Tu pun ramai yang malas pegi. Kalau rajin pun, mungkin 10 malam pertama je.



4. Sahur

Sahur. Banyak keberkatan yang boleh kita dapat dari amalan bersahur. Kalau bangun sahur minum air segelas pun dah dapat pahala.




5. Jadi lemah

Ramai yang suka bagi alasan penat, letih, malas dan sewaktu dengannya. Pejabat pun jadi lengan sikit masa bulan puasa sebab ramai yang MC




6. Bulan berbuat baik
Kebiasaannya, orang Islam akan jadi lebih warak dan lebih pemurah pada bulan puasa. Bulan puasa kan bulan yang mulia. Siapa yang taknak buat baik kan?



7. Bazar
Bazaar. Kalau takde bazaar, bukan bulan puasa lah namanya. Tapi jangan membazir pulak masa membeli belah kat bazaar. Membazir kan amalan syaitan.




8. Notification
Tiba-tiba dapat banyak 'notifications' kat Facebook, Twitter atau Instagram. Maklumlah, ramai yang buat bisnes jual kuih raya la, baju raya la, tudung la, itu la, ini la. Lepastu semua pun nak 'tag'.




9. Perhitungan Budak2
Budak-budak sibuk kira duit puasa. Biasanya, mak bapak akan bagi RM1 untuk sehari puasa penuh. Kalau puasa setengah hari takkan dapat apa-apa.



10. Ustaz Sosial
Ramai yang suka post status keagamaan kat laman sosial seperti doa, nasihat, hadis Rasulullah dan macam-macam lagi. Tapi bukan tu je. Ada jugak yang suka post status "Harini nak masak apa ye?"



11. Juadah Berbuka
Gambar-gambar juadah berbuka turut di'upload'. Masa ni boleh nampak la tabiat orang Malaysia bila berbuka. Sekali berbuka sampai 4-5 lauk. Tu belum masuk dessert lagi. Kuih muih lagi.




12. Buffet Ramadan
Muncul lah pelbagai buffet Ramadhan di hotel-hotel atau restoran-restoran yang kebanyakannya sangat 'overpriced'. Tapi walaupun mahal, tiap-tiap hari mesti penuh.




13. Yusuf Taiyoob
Bisikan gemersik "Yusuf Taiyoob" yang amat menusuk kalbu mesti kita akan dengar. Kalau bukak radio ada orang bisik. Bukak tv pun ada orang bisik. Kat mana-mana pun ada orang bisik.



Kredit : Says.com

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post