7 Trend Tempat Berbuka Puasa Lazim Bagi Orang Malaysia

Terdapat banyak tempat yang menjadi pilihan orang ramai untuk berbuka puasa, mengikut kesesuaian dan masa yang ada. Jadi jom kita selongkar tempat-tempat lazim untuk berbuka puasa di malaysia. Ada kemungkinan anda akan berbuka puasa di salah satu situasi di bawah ni..jadi jom selongkar...

1. Rumah


Tak kisahlah siapa yang menyediakannya, samada ibu, isteri dan mungkin juga suami atau bapa. Cara ini biasanya dilakukan oleh orang kampung atau keluarga yang mempunyai isteri sebagai surirumah. Selain itu, ia boleh dilakukan kalau mempunyai pembantu rumah yang memasak untuk waktu berbuka.  Menu juadah dimasak bersama, ataupun dibeli di bazar ramadan dan makan di rumah semestinya lebih privacy.


2. Padang

Sekarang ni ‘trend’ orang berbuka di kawasan lapang seperti di padang terbuka samada bawa bekal ‘pot luck’ atau beli juadah di bazar ramadan atau pasar malam. Nampak menarik juga bila makan secara beramai-ramai di satu kawasan terbuka seperti ini.

Lokasi padang saban hari semakin menjadi tumpuan orang ramai untuk berbuka puasa, sebagai contoh padang dataran bawah Shah Alam, serta  Padang MPK2, Kuantan yang menjadi tumpuan ramai orang setiap kali tiba bulan ramadan. Tidak kisah dengan keadaan kurang cahaya sewaktu maghrib, dengan nyamuk dan hama, kelihatannya begitu seronok berbuka beramai-ramai dengan membentang tikar dah cukup. cukup ringkas dan rasa seperti menempiaskan aktiviti picnic berkelah di tepi sungai atau pantai.
 

3. Hotel

Bila sebut hotel bukanlah untuk bermalam tapi pihak hotel juga ada menyediakan juadah berbuka puasa. Untuk mereka yang mahukan lebih kepuasan dan ada budget lebih boleh la memilih berbuka di hotel. Kebiasaannya di hotel mereka menawarkan makan buffet ramadan yang pastinya meriah dengan dekorasi yang bertema serta  hidangan menu yang lebih menarik siap ada daun-daun dan elemen hiasan lagi ala-ala mewah.

4. Restoren 


Semestinya bila tiba bulan ramadan, terdapat pelbagai jenis promosi menarik yang disediakan bagi menarik orang ramai berbuka puasa. FREE air minuman, Beli satu percuma satu, SET promosi istimewa dan banyak lagi promosi yang tersedia menarik kunjungan orang ramai untuk berbuka.

Selalunya Restoren yang menjadi tumpuan, pasti akan penuh dan perlu book tempat duduk terlebih dahulu kalau tak melepaslah dan tiada tempat duduk bila tibanya waktu berbuka. Al maklumlah semua orang makan dalam satu masa pastinya sesak.

5. Masjid

Berbuka di masjid seringkali ada menyediakan juadah berbuka percuma untuk orang ramai. Selain dari jemaah biasa kadang-kadang ia akan didatangi oleh orang-orang yang jarang atau tak pernah ke masjid. Kaedah ini biasanya dilakukan oleh pelajar-pelajar yang mempunyai kewangan terhad. 
Makan bersama saudara lain pastinya mengeratkan sillaturahim sesama muslim.

Ini bagus sebab selain dapat menjimatkan wang ringgit membeli juadah, pastinya dapat terus sembahyang Maghrib secara jemaah. Nak lagi bagus, sambung terus ke tarawih.

6. Office / Tempat Kerja


Sesiapa yang kerja shift dan jatuh pada waktu maghrib shiftnya terpaksa berbuka di office. Terdapat  juga office yang menyediakan makanan juadah berbuka untuk staff mereka.Bagi mereka yang ingin meraikan sesama officemate dengan membawa makanan potluck atau sharing beli juadah dan berbuka bersama. Amalan ini pastinya akan mengeratkan lagi hubungan sesama rakan kerja yang pasti dengan suasana yang lain kerana bila bekerja lain situasinya.

7. Atas Jalan Raya


Bila tiba bulan puasa, pastinya semua pun akan pulang kerja awal dan mengejar untuk mencari makan sebelum waktu berbuka.Walaupun waktu kerja jadi singkat dapat pulang awal, tetapi semua orang pun tertumpu pulang dalam waktu yang sama, Ini menyebabkan jalan raya jadi sesak berjam jam lamanya dan adakalanya sampaikan waktu berbuka tiba pun masih tersekat di atas jalan raya. 

Untuk mengelakkan situasi ini bagi mereka yang rumah jauh perlulah standby air atau biskut buat makanan sampingan bila tiba waktu berbuka dan boleh berbuka penuh dengan makanan lain pada masa kemudiannya.

P/S : Selamat berpuasa.... walaupun di mana anda berada ;)

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post