Orang Malaysia memang kebanyakannya terlalu pentingkan diri. Kita jarang fikir pasal orang lain. Apa2 pun kita akan utamakan diri kita dahulu, kemudian orang yang terdekat dengan kita. Kita langsung tak peduli pasal kesusahan dan masalah orang lain. Budaya mementingkan diri ini seolah2 sudah sebati dan menjadi budaya dalam jatidiri orang Malaysia.
1. Kita sudah lambat untuk ke tempat kerja, sekali trafik pulak sesak.
Kita terus buat barisan baru di lorong kecemasan dan potong orang lain. Ya memang kita sahaja yang lambat untuk ke tempat kerja, orang lain tak lambat.
2. Kita memandu di jalan utama dan tiba di sebuah simpang tiga.
Ada kereta dari simpang kiri hendak masuk ke jalan utama menunggu untuk kereta kita melepasinya dahulu sebelum dia keluar simpang. Rupa2nya kita nak belok ke kiri tapi tak bagi lampu signal. Ya memang lampu signal tu hanya untuk hiasan.
Teruskan Selongkar...
3. Sedang memandu di lebuhraya, nampak ada lori di laluan kiri.
Ok kita potong lah kejap. Bila dah memotong, rasa malas pula nak tukar balik lane kiri, maka kita pun duduk jelah di laluan kanan dengan kelajuan 80km sejam. Datang kereta dari belakang dengan laju sambil bagi high beam. Kita buat kering je sambil merungut "Menggelabah la wei. Nak bawak laju2 nak ke mana je pun?", lalu kereta tersebut memotong kita dengan laluan kiri.
4. Sedang kita bergegas ke tempat kerja
Ternampak sebuah motor tergelincir dan jatuh di bahu jalan. Kelihatan penunggang motor tersebut terbaring di atas jalanraya sambil merintih kesakitan. Kita tengok jam dan berfikir, "Alamak dah lambat dah ni, kalau aku berhenti tolong nanti, mesti nak kena tolong bawa dia ke hospital, nak kena tunggu lagi, nak kena uruskan macam2 lagi, mesti lambat sampai pejabat, nanti bos pula marah. Silap2 haribulan kena ambil cuti pula. Takpelah nanti ada lah tu orang lain tolong", fikir kita dan terus berlalu pergi.
5. Sampai di sebuah pasaraya, kita cari parking
Pusing2 ada sebuah tempat letak kereta kosong yang agak jauh dari pintu masuk. Rasa jauh pula, kita pusing semula dan parking betul2 di depan pintu masuk di tempat parking OKU. Dalam hati kita, "Takde kot orang OKU nak pergi pasaraya time2 macam ni".
6. Pusing2 cari tempat letak kereta depan bank tapi takde parking kosong.
Tengok depan ada parking kosong tapi jauh dalam 100 meter. Mengenangkan betapa malasnya kita nak berjalan, kita berhenti depan bank dan buat double parking, dengan alasan "Alah sekejap je ni, orang yang parking ni lama lagi kot".
7. Pergi ke stesyen Komuter atau LRT
ah ramai yang menunggu. Bila Komuter datang, orang yang datang awal mula membentuk barisan. Kita yang datang lambat ni terus mencelah2 ke depan dengan harapan dapat tempat duduk. Orang lain tak dapat duduk takpe, janji kita dapat duduk.
8. Bila dah masuk ke dalam Komuter
Nampak kerusi kosong bertulis "Khas untuk OKU/Warga Tua/Wanita Mengandung". Tengok kiri kanan, takde pun orang yang dinyatakan, so kita pun duduk kat situ. Nak bagi agar tak nampak bersalah, kita buat2 tidur.
9. Pergi ke hospital kerajaan
Tengok dah ramai orang. Ada bakul disediakan untuk pelawat/pesakit letakkan kad temujanji mereka. Pergi kat situ tengok dah ada 10 kad temujanji pesakit lain. Dalam kepala fikir kalau letak kat atas ni nanti mesti lambat kena panggil, so kita pun dengan bijaknya meletakkan kad temujanji kita di bawah sekali seolah2 kita orang yang pertama datang.
10. Terima jemputan jamuan makan
Bila sampai, ternampak ada satay di meja buffet. Satay ni memang favorite ni, kalau beli kat luar satu cucuk dah 70 sen sekarang, rugi kalau ambil sikit. Maka kita pun ambil la 30 cucuk satu pinggan, tanpa memikirkan orang di belakang.
Ini baru sedikit contoh yang memang terlalu sangat biasa berlaku dalam kehidupan2 kita seharian. Ini baru dalam perkara2 asas seperti sikap kita atas jalanraya, pengangkutan awam, hospital, jamuan makan, belum lagi melibatkan perkara2 yang lebih besar seperti urusan pekerjaan, politik, perkara yang melibatkan kepentingan masyarakat dan lain2. Mungkin korang sendiri boleh bagi lagi banyak contoh yang menunjukkan betapa kita terlalu pentingkan diri sendiri dan tidak memikirkan pasal orang lain.
Semua orang ada masalah sendiri.
Semua orang juga ada urusan sendiri.
Semua orang juga nak cepat.
Tapi janganlah jadi orang yang pentingkan diri seolah2 kita sahajalah yang paling ada masalah paling besar, urusan kita sahajalah yang paling penting melebihi urusan orang lain dan kita sahajalah yang perlu cepat.
Kenapa tak boleh jadikan sabar, tunggu giliran dan peduli dengan orang lain sebagai budaya dalam jati diri kita?