10 Sebab Doa Ditolak (Perlu Tahu)

Ketika Ibrahim bin Khadam (seorang ahli tasauf yang masyhur) ketika berada di tengah-tengah pasar Basrah, beliau dikerumuni oleh orang ramai. 

Di antara mereka ada yang bertanya : Mengapakah doa mereka tidak dikabulkan Allah pada hal mereka selalu berdoa kepadanya? 

Beliau menjawab : Kerana hati kamu buta disebabkan sepuluh perkara iaitu :





Kamu mengenal Allah, tetapi kamu tidak tunaikan hakNya.

Kamu berkata bahawa kamu cinta Rasulullah SAW tetapi kamu tinggalkan sunahnya.
Kamu telah membaca Al Quran, tetapi kamu tidak beramal dengannya.

Kamu telah makan nikmat-nikmat Allah, tetapi kamu tidak bersyukur kepadaNya.

Kamu telah berkata bahawa syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu tidak menentangnya.

Kamu telah berkata bahawa syurga itu benar, tetapi kamu tidak beramal untuknya.

Kamu telah berkata bahawa neraka itu benar, tetapi kamu tidak lari daripadanya.

kamu telah berkata bahawa mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia baginya.

Kamu bangun dari tidur, lalu kamu ceritakan keaiban manusia, tetapi kamu lupa keaiban diri
kamu sendiri.
 
Kamu kebumikan mayat-mayat sahabat kamu tetapi kamu tidak mengambil iktibar ( pengajaran) daripada mereka.

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post