10 Tempat Makan Ayam Penyet Terbaik Sekitar Lembah Klang..!!!

Pasti ramai di luar sana yang sukakan makanan Indonesia lebih-lebih lagi ayam penyet. Nasi dengan ayam penyet berserta ulam dan sambal tumbuk  + tempe goreng dan sayuran  memang terangkat bila makan. Lebih-lebih lagi anda makan bila sedang lapar memang naik selera bukan. Cuma masalahnya nak cari tempat makan ayam penyet kadang-kala terhad dan nak cari yang betul-betul sedap juga jarang.

Yang menarik dengan ayam penyet ialah sambalnya. Harga ayam penyet pula sekitar RM4.90 sehingga RM11.90, berbaloi sangat!  jadi jom kita selongkar 10 tempat makan ayam penyet terbaik di sekitar lembah Klang.

http://selongkar10.blogspot.com/2014/09/10-tempat-makan-ayam-penyet-terbaik.html

Baru-baru ini penulis ke Indonesia dan sempat singgah makan di salah sebuah restoran di Bandung. Bila ditanya, apa rahsia sambal tumbuk sedap walau pedas. Sesudah mereka giling atau tumbuk sambal tersebut, mereka akan menggorengnya untuk hilang kepedasan sedikit dan juga untuk tambahkan rasa lebih enak.

Kami kongsikan 7 tempat makan ayam penyet yang boleh dikatakan antara yang best.

1. Restoran Waroeng Oma Khas Jawa Timur, Bandar Sunway, Petaling Jaya
– betul berhadapan dengan Sunway Piramid, dekat dengan Domino Pizza.

http://selongkar10.blogspot.com/2014/09/10-tempat-makan-ayam-penyet-terbaik.html

http://selongkar10.blogspot.com/2014/09/10-tempat-makan-ayam-penyet-terbaik.html

Yang menarik di sini ialah nasi bersama lauk ayam penyet berserta sambal hijau. Penulis banyak kali makan di sini dan tempat ini memang sedap, lagi sedap daripada makan di Indonesia sendiri. Sambal hijaunya cukup enak dan tidak terlalu pedas. Dan istimewanya ialah hidangan terung magik, wajib cuba! Pemilik restoran juga sangat peramah dan baik malah servis juga cepat. Rata-rata pengunjung yang datang ialah orang Indonesia sendiri. Yang paling penting harganya murah. Ramai yang bagi respon yang baik.

Teruskan Selongkar...


2. Restoran Wong Solo, Seksyen 7, Shah Alam
http://selongkar10.blogspot.com/2014/09/10-tempat-makan-ayam-penyet-terbaik.html

Sini juga menawarkan ayam penyet yang sangat sedap. Istimewa di sini ialah menawarkan 2 jenis ayam iaitu ayam penyet dan ayam panggang. Apa yang penulis suka ialah nasi berlaukkan ayam penyet, tempe, tauhu dan juga sambal terung yang boleh dikatakan sangat sedap dan lembut sekali. Ramai orang datang berpusu-pusu ke sini sehingga kadang-kala perlu menunggu di luar. Tempat makan juga selesa, anda diberi pilihan sama ada mahu makan duduk bersila ataupun meja. – Wong Solo banyak cawangan di tempat lain, banyak area KL.


3. Restoran Ayam Penyet Nusantara, Pusat Komersial, Seksyen 7, Shah Alam

http://selongkar10.blogspot.com/2014/09/10-tempat-makan-ayam-penyet-terbaik.html

Boleh dikatakan di Seksyen 7 banyak terdapat ayam penyet yang sedap. Ini salah-satunya, Ayam Penyet Nusantara, sama popular seperti Wong Solo. Yang menarik ialah hidangannya sangat banyak dan besar, ayam dan ulaman sangat segar berserta sambal. Cuma sambal agak sedikit pedas berbanding yang lain. Harga juga murah. Kira berbaloi anda pergi ketika anda memang sangat lapar. Anda boleh baca antara review dan respon.

4. Ayam Penyet Ria, Wangsamaju

http://selongkar10.blogspot.com/2014/09/10-tempat-makan-ayam-penyet-terbaik.html
Jika anda tinggal area Wangsamaju, anda boleh cuba ayam penyet di sini. Seperti biasa hidangannya nasi, ayam penyet, ulaman, tauhu, tempe dan sambal. Sambal juga agak pedas dan kick. Kalau yang tidak tahan, kena letak kicap. Harga juga murah.

5. Ayam Penyet Jalan Maluri, KL


http://selongkar10.blogspot.com/2014/09/10-tempat-makan-ayam-penyet-terbaik.html

Ramai yang datang makan di sini katakan ini antara ayam penyet paling sedap. Harga murah dan berbaloi. Cuma masalahnya jika terlalu ramai, servis agak lambat dan membuatkan orang yang menunggu agak bosan. Sambal sedap, kick dan terangkat bila makan. Istimewanya disertakan dengan sup kosong. Jadi pada sesiapa yang tak tahan pedas, makan sekali dengan sup.

6. Ayam Penyet Best Wangsa Walk Mall

http://selongkar10.blogspot.com/2014/09/10-tempat-makan-ayam-penyet-terbaik.html

http://selongkar10.blogspot.com/2014/09/10-tempat-makan-ayam-penyet-terbaik.html

Harga murah dan selalu ada promosi. Cuma masalahnya servis agak lambat dan anda kena bersabar sedikit. Hidangan sangat banyak dan besar.


7. Ayam Penyet AP Seksyen 9, Shah Alam


http://selongkar10.blogspot.com/2014/09/10-tempat-makan-ayam-penyet-terbaik.html
Hidangan sambal sedap tapi kaw dan terangkat bila makan. Ayam Penyet yang rangup dan lembut, daging lembu yang lembut dan sedap, malah ikan keli juga rangup. Harga pula murah.

8. Ayam Bakar Mas Mono, Pusat Komersial Sek 7, Shah Alam
http://selongkar10.blogspot.com/2014/09/10-tempat-makan-ayam-penyet-terbaik.html
Yang menarik di sini ialah ayam bakar dan sos cilinya sangat sedap. Yang datang pasti akan datang lagi. Lagi satu pisang goreng coklat cheese juga mendapat tempat di hati pengunjung. Servis yang baik cuma pelanggan jarang datang. Mungkin tak ramai yang tahu akan kesedapannya. Anda yang belum pernah cuba, bolehlah lepas ini bawa keluarga datang makan.

9. Restoren Pecal Lele, Padang Jawa Seksyen 17
http://selongkar10.blogspot.com/2014/09/10-tempat-makan-ayam-penyet-terbaik.html  
http://selongkar10.blogspot.com/2014/09/10-tempat-makan-ayam-penyet-terbaik.html
Hidangan pecal ayam - Dihidangkan di atas pinggan kayu ! Sangat unik dan terserlah ciri-ciri indonesianya.

Lokasinya terletak di padang jawa, directionnya selepas jambatan belok kanan dan nampaklah sign board besar Pecal lele. Parking kat sini memang mudah kerana ianya menyediakan 2 lot tapak parking kenderaan.

Majoriti student UiTM ramai yang makan di sini kerana hidangan ayam penyet semurah RM4.50 sepinggan. Nasi & kuah sup boleh diambil sebanyak mana dengan konsep layan diri, ambil lah sebanyak mana pun. Para pekerjanya sendiri adalah asli dari Indonesia jadi anda akan terasa seperti berada di Indonesia sewaktu makan di sini.

Menu utama nya adalah pecal Lele (ikan keli) yang dihidangkan 2 ekor, Pecal bebola daging (bebola bakso), dan pecal ayam. Dipadankan pula dengan minuman Extra Joss memang lengkap dan berbaloi rasanya..!!!

10. Pecal Lele Lela, Seksyen 13
http://selongkar10.blogspot.com/2014/09/10-tempat-makan-ayam-penyet-terbaik.html  
 
Set Nasi Ayam Bakar Madu. Harganya RM10.80. Ayam tu agak sedap. Rasanya dah tentu ada manis-manis sebab nama pun Ayam Bakar Madu. 

Restoren ni adalah rangkaian restoren yang berasal daripada Indonesia dan ini adalah salah satu cawangannya di Malaysia. Service layanan yang sangat baik dari pekerja restoren yang sangat menghargai pelanggan seperti makan di Sushi king. Suasana dan mood di restoren tu pun agak baik. Kontemporari, interior nya sesuai untuk dijadikan restoren keluarga. 


P/S : Amacam? Dapat idea tak macamana nak makan pecal lele terbaik di sekitar lembah Klang? apa lagi sarankan kepada teman-teman, sanak saudara. Apabila majlis konvo, melawat shah alam dan sekitar lembah Klang jangan lupa berkunjung ke restoren yang menghidangkan ayam penyet ni.

 Jika di tempat anda ada tempat makan ayam penyet yang best, kongsilah dengan kami.. Mungkin kami boleh review di tempat anda pula..:)

Kredit : Malisa Aina
Via Selongkar10 

1 comment

PAK BUDIMAN DI MALANG said...

Saya sangat berterima kasih banyak MBAH RAWA GUMPALA atas bantuan pesugihan dana ghaib nya kini kehidupan kami sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ternyata apa yang tertulis didalam blok MBAH RAWA GUMPALA itu semuanya benar benar terbukti dan saya adalah salah satunya orang yang sudah membuktikannya sendiri,usaha yang dulunya bangkrut kini alhamdulillah sekaran sudah mulai bangkit lagi itu semua berkat bantuan beliau,saya tidak pernah menyangka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan kami sekeluarga tidak akan pernah melupakan kebaikan MBAH,,bagi anda yang ingin dibantu sama MBAH RAWA GUMPALA silahkan hubungi MBAH di 085 316 106 111 insya allah beliau akan membantu anda dengan senang hati,pesugihan ini tanpa resiko apapun dan untuk lebih jelasnya buka saja blok MBAH PESUGIHAN DANA GHAIB

Powered by Blogger.