Cahaya mata...adalah sesuatu yang tak ternilai harganya.. Setiap tawa dan senyumnya mampu mengubat duka... Pastinya bila tahun lepas heboh dengan perkahwinan setahun kemudiannya kembali dengan cerita anak pula...
Jadi jom kita selongkar baby-baby artis di malaysia yang comel-comel lahir di sepanjang tahun 2014.
Khairul Fahmi Che Mat & Launiey Natasha
Nama Anak : Kayla Elayna (Anak Pertama)
3 Feb 2014
Apex juga telah memberi nama KAYLA ELAYNA untuk Puteri sulung nya , Apex telah memuat naik surat beranak nama anak nya di laman sosial untuk memberi tahu nama tersebut kepada umum.
Bagi Apex tarikh 03.02.14 adalah sangat bermakna bagi nya kata nya jika di campur ke tiga nombor tersebut 3+2+14 = 19 , 19 adalah nombor kegemaran Apex yang mana jersi yang di pakai nya dengan pasukan Kelantan adalah ber no 19. Namun bagi Apex semua itu adalah secara kebetulan dan Apex juga berharap dengan kelahiran cahaya mata nya akan bertambah kebahagian hidup mereka sekelurga.
Khai & Rosma
4 Jan 2014
Anak Kedua
"Inilah buah hati terbaru kami..skrg danish dh jd abg yeayy!!.. Tq kpd semua yg mendoakan rosma.alhamdulillah, Rosma selamat bersalin pd hari sabtu,pukul 6.56ptg.name kami akan bg tau nanti yek."
Beego & Linda Hashim
Nama Anak : Jelita Clarissa (Anak Pertama)
24 April 2014
Beego memberitahu, dia dan isterinya sepakat memberikan nama Jelita Clarissa kepada bayi mereka yang membei maksud 'Jelita Yang Jelas'. Pelakon itu juga memberitahu dia dan isterinya menitiskan air mata apabila Jelita selamat dilahirkan selain berasa cukup gembira dengan kehadiran Jelita kerana ia melengkapi rumah tangga mereka yang dibina.
Aishah Sinclair telah berkongsi sekeping foto di laman Instagram miliknya selepas selamat melahirkan cahaya mata kedua pada 6 April lalu. Menerusi kapsyen ‘And so they finally meet… After 39 weeks and 5 days. #sisters #motherhood #blessed’, ramai yang mengagak ahli keluarga barunya itu adalah bayi perempuan.
Untuk pengetahuan, Aishah atau nama sebenarnya Aishah Jennifer Sincalir mendirikan rumah tangga dengan Sheikh Abdul Shahnaz pada 2006 dan dikurniakan puteri sulung bernama Soraya Ann pada 2010. Hasil perkongsian hidup itu, mereka telah dikurniakan seorang anak perempuan bernama Soraya Ann yang kini berusia 4 tahun.
Untuk pengetahuan, Aishah atau nama sebenarnya Aishah Jennifer Sincalir mendirikan rumah tangga dengan Sheikh Abdul Shahnaz pada 2006 dan dikurniakan puteri sulung bernama Soraya Ann pada 2010. Hasil perkongsian hidup itu, mereka telah dikurniakan seorang anak perempuan bernama Soraya Ann yang kini berusia 4 tahun.
Ashraf Muslim & Wan Sakinah
Nama Anak : Sarah Ashraf (Anak pertama)
5 April 2014
Melalui mesej bergambar di instagram, Wan Sakinah melahirkan rasa gembira kerana anak nya itu mempunyai 2 orang ibu, Dayana yang merupakan isteri pertama Ashraf Muslim.
Farah Asyikin & Suami
27 Mac 2014
Anak Pertama
Bayi lelaki tersebut telah dilahirkan secara pembedahan dengan berat 3.87 kilogram pada jam 2.40 petang.
"Alhmdulillah... A healthy baby boy was born yesterday (27 March 2014) at 2.40pm, weighs 3.87kg. Thank You, Ya Rabb Ya Rahman Ya Rahiiim... for making me a proud Mommy," tulis Farah menerusi akaun Instagramnya.
Daus Af 8& Isteri
Nama Anak : Delysha Senzela (Anak Pertama)
7 April 2014
Menerusi foto yang dikongsi oleh rakan artis, Anne Farina di Instagram, Syaza telah melahirkan bayi perempuan dengan berat 3.41 kilogram di Bintulu Medical Centre.
"Saya suka nama-nama klasik dan nama bunga, namun isteri pula suka nama yang ada makna dalam bahasa Arab. Akhirnya saya mengalah dan bersetuju dengan pilihan nama oleh isteri saya iaitu Delysha Senzela. Dalam bahasa Arab, Delysha ialah gembira, manakala Senzela adalah sejenis bunga," kata Daus.
Untuk rekod, Daus dan Syaza telah mendirikan rumah tangga pada 6 Jun 2013.
Fazreen & Isteri
Nama Anak : Rizqin Uwais (Anak Pertama)
6 Mei 2014
Pelakon dan penyanyi Liyana Jasmay, 25, selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 2.9 kilogram, tepat pukul 7.40 malam di Hospital Prince Court pada 12 Mei 2014
Zaquan Adha & Ayu Raudhah
Nama Anak : Aryann - Anak Kedua
2 Mei 2014
Safura & Sharonizam Noor
Anak Keenam
Memetik laporan sebuah portal hiburan, Safura yang juga isteri kepada pelakon, Shahronizam Noor melahirkan bayi perempuan dengan berat 2.55 kilogram. Keadaan kedua-dua beranak ini dilaporkan sihat.
Lisdawati & Fauzi Nawawi
Nama Anak : Ahmad Nur Fyrdaus
14 Jun 2014
Lisdawati telah selamat melahirkan Ahmad Nur Fyrdaus pada 14 Jun di Hospital Selayang secara normal. Sebelum ini, Lisdawati dan Fauzi Nawawi mempunyai 2 orang cahaya mata perempuan
Didie Alias & Norisham Ismail
Nama Anak : Muhammad Dayyan (Anak ke Enam)
27 Jun 2014
Ini merupakan anak pertama Didie, 41 dan suaminya, Norisham Ismail sejak mendirikan rumah tangga kali kedua pada 2009. Menerusi perkahwinan pertamanya, Didie telah dikurniakan lima orang cahaya mata.
Shajiry & Yusnita Yusof
Nama Anak : Nur Keysha Amanda (Anak pertama)
1 Julai 2014, 8.48pg
Amar Asyraf & Arna Salleh
Nama Anak : Amar Taufiq (Anak Pertama)
7 Ogos 2014
Popular menerusi drama Setia Ke Hujung Nyawa satu ketika dahulu, Amar Asyraf kini sudah pun bergelar seorang bapa kepada seorang anak lelaki yang diberi nama, Amar Taufiq. Telah berkahwin dengan Arna Salleh pada 7 Jun 2013 di rumah pengantin perempuan di Bidor, Perak. kehadiran cahaya mata pertama ini pastinya melengkapkan lagi keluarga pelakon tampan ini.
Isterinya, Arna Salleh selamat melahirkan anak sulung mereka di Hospital Pusrawi Kuala Lumpur pada jam 4.50 petang melalui kaedah Caesarean. Amar turut berada di samping isterinya ketika melalui proses kontraksi, namun doktor mencadangkan agar isterinya bersalin menerusi kaedah Caesarean kerana terdapat komplikasi.
“Saya memang sudah mengambil cuti selama dua minggu khas untuk berada di samping isteri saya. Tak sampai hati apabila rakan-rakan berkongsi cerita yang proses kontraksi begitu menyakitkan. Apabila doktor mencadangkan untuk menggunakan kaedah Caesarean, itu membuatkan saya lagi tidak sabar menunggu kerana saya berada di luar bilik bedah.
Lan Kristal & Sheila
Anak Ketiga
Nama Anak : Muhammad
7 Julai 2014
"Alhamdulillah...Isteri saya dah selamat melahirkan hero kami MUHAMMAD pd jam 4:24 pagi td. Terima kasih kpd semua yg mendoakan ya! Nanti saya upload pic hero kami...:)", ujar Lan menerusi laman facebook dan twitternya.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga 5 Disember 2009 yang lalu dan dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan sebelum ini.
Scha Al-Yahya & Awal As-Ashaari
Lara Alana (Anak Pertama)
Semalam, 22 Julai 2014 bersamaan 24 Ramadhan, kami telah menyambut kelahiran bayi perempuan seberat 3.17kg at 1750H. Baby & her mother are in a good shape. Alhamdulillah dan terima kasih diatas doa semua." Untuk rekod, Awal dan Scha telah mendirikan rumah tangga pada 4 Mei 2012 di Hotel Pullman Lakeside, Putrajaya.Pelakon Irma Hasmie dan suami, Redza Syah yang telah dikurniakan cahaya mata kedua, Sabtu 18 Julai 2014 lalu. Menerusi foto dan status yang dimuat naik oleh Redza Syah, pasangan ini telah dikurniakan seorang anak perempuan.
"Assalammualaikum...Segala puji hanya untuk Allah SWT...Selamat datang ke dunia ni sayang, ikrar kami untuk menjaga & bertanggungjawab ke atas dirimu sebagai hadiah yang tidak ternilai dari Allah...jadilah anak yang solehah itu harapan kami...Daddy, Mommy @irmahasmie & abang #redzasyahirfhan love you for the sake of Allah SWT...Lillahitaala," tulisnya.
Ally iskandar & Farah Lee
Tahniah diucapkan kepada pengacara Ally Iskandar yang kini bergelar bapa apabila isterinya, Farah Lee telah selamat melahirkan anak sulung mereka pada 7 Ogos lalu.
Menerusi perkhabaran yang diumumkan menerusi akaun Facebook miliknya, Farah telah melahirkan bayi perempuan di sebuah hospital swasta di Shah alam, pada jam 9 malam.
"Alhamdulillah perjalanan bersalin sangat dipermudahkan. 4 cm to fully dilate only took about 10 minutes and less than 1 hout in labour room. Tapi, boleh mengigau bila teringat balik pertempuran semalam. patut bersalin itu ganjarannya syahid," tulisnya.
Selamat berpantang buat Farah Lee, semoga cahaya mata ini akan membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah kepada ibu bapanya.
Noryn Aziz & Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad
Nama anak : Raja Bariq Umar Shah Anak Pertama
25 Ogos 2014
Tentunya kehadiran cahaya mata ini amat dinantikan oleh Noryn dan suami kerana sebelum ini Noryn pernah mengalami keguguran.
Sabhi Saddi & Rosi Aswani
Anak Kedua
4 September 2014
Tahniah buat penyanyi kelahiran Sabah, Sabhi Saddi dan isterinya Rosi Aswani yang telah dikurniakan cahaya mata yang kedua pada 4 September yang lalu. Rosi telah selamat bersalin di Hospital Pakar Shah Alam.
Kebetulan kegembiraan berganda apabila kelahiran anaknya juga adalah sama dengan tarikh lahirnya sendiri.
Nurul Syuhada Nurul Ain & Raja Amir
Kembar sepasang ~ Raja Abdul Mateen (boy) & Raja Nour Emaan (Girl)
21 September 2014
Nurul memberitahu telah dikurniakan seorang anak lelaki dan seorang perempuan. Proses kelahiran dilakukan secara normal untuk seorang bayi, manakala seorang lagi melalui pembedahan. "Wajah anak saya ni sukar untuk dipastikan mengikut wajah siapa. Bukan apa, dia masih bayi dan kadangkala susah nak memastikannya," ujar Syuhada
Untuk rekod Nurul Syuhada dan suami, Raja Amir Shah Raja Azwa telah selamat diijabkabulkan pada 16 Julai 2011 dalam majlis yang berlangsung di binjai On The Park, KLCC.
Rozita Che Wan & Zain Saidin
Aaisyah Dhia Rana ~ Anak Pertama
1 Nov 2014
Zahid AF & Sarah Julifa Yusof
4 Nov 2014
Anak Pertama
Jutaan tahniah diucapkan kepada Zahid AF yang kini telah pun bergelar
seorang bapa. Isteri pengacara radio Era FM ini iaitu Sarah Julifa
Yusof, 26, telah pun selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka, di
Hospital Tunku Azizah, Sri Rampai, Kuala Lumpur petang semalam.
Fasha Sandha & Jejai
Anak Kedua
Putri Raysha Jemaima
Perempuan 7 Nov 2014
Pelakon Fasha Sandha disahkan oleh suaminya, Jejai di laman sosial Instagram selamat melahirkan bayi keduanya sebentar tadi. Difahamkan Fasha Sandha dan puterinya selamat dilahirkan dan bayinya kini berada di dalam keadaan sihat. Jejai yang bersyukur dengan kurniaan ilahi itu turut berkongsi nama puterinya iaitu Putri Raysha Jemaima.
Suki Low & Jeremy Chong
Anak Pertama
1 Dis 2014
Suki & Suami
Juara program realiti One In A Million (OIAM) musim pertama terbitan
8TV, Suki Low selamat melahirkan anak lelaki diberi nama Chong Ethan 1
Disember lalu.
Bayi itu dilahirkan secara normal di Hospital Columbia Asia dengan berat 3.25 kilogram sekitar 9 pagi.
Suki berkahwin dengan pengurusnya sendiri, Jeremy Chong pada 12
Disember 2012. Perkenalan sejak 2007 antara mereka akhirnya membuahkan
benih cinta setahun kemudian.
Tahniah mereka yang menimang cahaya mata buat tahun 2014..Pastikan ianya memberikan sinar baru dalam kehidupan
Untuk mengikuti pautan Anak Selebriti Yang Lahir Sebelum ini, Klik
Tahniah diucapkan
http://gambarawekmelayu.com/gambar-bayi-comel/
ReplyDeletecomel2 je semua
ReplyDeleteComelnya anak che ta gebu
ReplyDeleteBestnya.... masing-masing.. ;))))
ReplyDelete