12 Senarai Pemenang Pencarian Dewi Remaja Dari Tahun 1985 - Sehingga Kini

Pencarian Dewi Remaja Merupakan pertandingan ikon gadis remaja Malaysia yang dianjurkan oleh majalah Remaja terbitan kumpulan Karangkraf. Pertandingan ini selalunya di selang seli dengan pertandingan untuk versi lelaki iaitu Hero Remaja.



Jadi jom kita imbas senarai pemenang-pemenang dan bintang yang dilahirkan dari siri Pencarian Dewi Remaja dari awal penganjurannya di tahun 1985 sehinggalah sekarang

Edisi 1 - Pencarian Dewi Remaja 1985/1986



Pencarian dewi remaja yang pertama dianjurkan adalah di tahun 1985

Paling kiri - Sharifah Sheril Aida, bekas penyanyi, ibu saudara kepada Scha Al-Yahya (Juara Dewi Remaja 05/06) No. 2 dari kiri - Rehana Yasin, pelakon Gila-Gila Remaja bersama Faizal Hussein

Tengku Anis - Pemenang Pencarian Dewi Remaja yang pertama di tahun 1985 / 1986

Cantiknya Dewi Remaja pertama tahun 1984/1985, Tengku Anis Tengku lsmail. 

Edisi 2 - Pencarian Dewi Remaja 1987/1988


Atas sambutan menggalakkan, pencarian dewi remaja diteruskan di tahun 1987 dan telah menobatkan supermodel Aleeza kassim sebagai pemenang.


Paling kiri - Sharifah Shawati, pembaca berita TV3
nO 2 dari kiri - Mimi Wahedah, model
nO 4 dari kiri - Lily Patra, pelakon
nO 6 dari kiri - Aleeza Kassim, pelakon (pemenang Dewi Remaja tahun tuh)
nO 10 dari kiri - Azah Aziz, pelakon (kini menetap di Perancis)


Pemenang utama pencarian Dewi Remaja 1987


Aleeza Kassim - pemenang pencarian dewi remaja 1987 / 1988

Kalau dilihat, Aleeza kassim tampak jauh berbeza dari penampilannya sewaktu menyertai pertandingan dahulu tapi masih gorgeous.

Edisi 3 - Pencarian Dewi Remaja 1990/1991


nO 3 dari kiri - Kuza, pelakon
nO 4 dari kiri - Umie Aida, pelakon & penyanyi (ketika tuh pakai nama Ermie Zura dalam Dewi Remaja)
nO 6 dari kiri - Jasmeen Dhillon, pemenang tahun tuh
nO 7 dari kiri - Irene Santiago, model
nO 9 dari kiri - Jasmin Hamid, model, pelakon yang masih hot (masa ni dia umur 17 tahun)
nO 13 dari kiri - Roslinda Rasul, bini Joe Wings


Sofea Jane (paling kanan), Jasmin Hamid (Dua Dari kanan), Umie Aida (Tiga dari kanan)


Finalis sewaktu berentap di final Pencarian Dewi Remaja



Jasmeen Dhillon pemenang pencarian dewi remaja 1990 / 1991 menewaskan peserta lain.

Cover menampilkan Jasmine Dillon Sebagai pemenang

Edisi 4 - Pencarian Dewi Remaja 1994/1995

Wan khatijah, Wanita kacukan Melayu dan Perancis ini merupakan pemenang utama Pencarian Dewi Remaja keempat bagi sesi 1995/1996. Anak kelahiran Terengganu ini, kemudiannya mula mendapat perhatian dalam industri seni tempatan ke dunia modeling, pengacara tv rancangan dan turut melibatkan diri di dalam bidang lakonan.
Wan Khatijah (pemenang) - pelakon
Rozita Che Wan (pemenang Jun, tarik diri di final) - pelakon 

Cover Majalah Remaja Menampilkan Wan Khatijah sebagai Juara

Edisi 5 - Pencarian Dewi Remaja 1997/1998

Jualiana Banos sewaktu ditabalkan sebagai Dewi Remaja


Juliana Banos, kacukan Melayu, Perancis dan Sepanyol ini merupakan Pemenang Dewi Remaja 1997 / 1998 - Juliana Banos bergiat aktif dalam bidang nyanyian dan sempat merakamkan beberapa buah album selepas disambar syarikat produksi ternama KRU Record. Juga pernah berlakon dalam filem filem Gila-Gila Pengantin dan filem Gerak Khas The Movie II.

Cover menampilkan Juliana Banos sebagai Dewi Remaja 1998/1999

Walaupun dah lama tak muncul di mana-mana media, semua still ingat dengan kemenangan Juliana Banos pada Dewi Remaja 1998/99. 👸🏻👸🏻 Jun dikatakan memang dijangka menang walaupun bersaing sengit dengan finalis, Wardina Safiyyah & Beatrice Au, tapi Jun menurut juri lebih outstanding & punya displin tinggi. . Zaman tu memang semuanya slim & tinggi-tinggi! Glamazon gituuuu.. 😘

Peserta lain
  • Juliana Banos (pemenang) - penyanyi & pelakon
  • Rita Rudaini - pelakon
  • Julia Hana - pelakon
  • Wardina Safiyya - pengacara, pelakon
  • Azlina Aziz @ Mimie Aziz - model

Edisi 6- Pencarian Dewi Remaja 2002/03





Annahita Bakavoli pemenang Pencarian Dewi Remaja 2002 / 2003 

Berasal dari Pulau Pinang. Annahita berketurunan campuran Melayu dan Parsi. Merupakan pengacara rancangan Hits 1 dan rancangan sihat jelita malah turut berlakon dalam siri sitkom popular Spanar Jaya.

Peserta lain
  • Annahita Bakavoli (pemenang) - pelakon & pengacara
  • Pushpa Narayan (tempat kedua) - pelakon , finalis Miss Malaysia Universe 2004 (no 2)
  • Siti Fazurina - pelakon, pelawak
  • Zarynn Min - pelakon
  • Nadia Danish Hanif - kakak kepada pelakon Nora Danish
  • Wawa - pembaca berita NTV7
  • Loo Mei Lin - finalis Miss Malaysia Universe 2004 (no 3)
Edisi 7 - Pencarian Dewi Remaja 2005/2006

Top 5 Dewi remaja 2005

Scha Al Yahya Sewaktu di Crown sebagai Dewi Remaja 2005/ 2006 oleh Annahita


Cover Remaja selepas Scha Al-Yahya menjuarai pertandingan Dewi Remaja


Mula dikenali selepas lakonannya dalam drama bersiri Awan Dania mula menarik perhatian ramai peminat seni. Siapa sangka, personaliti bersahaja Scha berjaya menambat juri untuk dinobatkan sebagai pemenang.

Peserta lain
  • Sharifah Nor Azean Syed Mahadzi atau Scha Al Yahya (pemenang) - pelakon, isteri Awal Ashaari
  • Ivy Lee (tempat kedua)
  • Izreen Azminda (berkongsi tempat ketiga) - pelakon
  • Nicolita Sanseh (berkongsi tempat ketiga)
  • Wan Hasaida (Dewi Persahabatan & berkongsi tempat ketiga)
  • Rebecca Nur Islam (Dewi Favourite)
Edisi 8 - Pencarian Dewi Remaja 2009/10

Pencarian dewi remaja diteruskan pada tahun 2009 dan 2010. Menyaksikan peserta favourite Anzalna tidak terpilih sebagai top 5 di malam Finale

 Senarai peserta Finalis Dewi Remaja 2009 / 2010

Neelofa sewaktu dicrown sebagai pemenang


Neelofa - Pemenang Pencarian Dewi Remaja 2009 / 2010
Berasal dari kelantan, Bintang Neelofa terus terserlah apabila mendapat pelbagai tawaran sebagai seorang pelakon, pengacara dan model iklan. Antara drama lakonannya ialah Kasih Najihah, Tahajud Cinta, Kitab Cinta, dan Jiwa, Lara dan Kau Yang Terindah. Filem lakonannya ialah Azura, Hantu Kapcai, Lemak Kampung Santan, SAM dan Taiko. 


Cover Dewi Remaja 

Peserta lain

  • Neelofa (pemenang) - pelakon & pengacara
  • Izara Aishah (tempat kedua) - pelakon
  • Shangkaree Nadarajan (tempat ketiga) - finalis Miss Malaysia Universe 2014
  • Anzalna Nasir - pelakon
  • Zarina Jamalullaill - pelakon
  • Siti Azar Ameerah - pelakon
  • Mas Hazirah @ Iraa - pelakon
  • Anis Al- Idrus - pelakon
  • Ramona Ros Qadira @ Ramona Zamzam
  • Mia Ali
  • Syatilla Melvin - adik Syafiqah Melvin (Gadis Melayu)-pelakon
  • Hafizah @ Fizz Sulaiman
  • Nadiey Hana
Edisi 9 - Pencarian Dewi Remaja 2014/2015
Tanggal 24 mei 2015 lalu telahpun berlangsung acara finale Pencarian Dewi Remaja 2014/2015 bagi menobatkan dewi remaja yang baru dan telah menobatkan Raysha Rizrose, adik kepada pelakon Nelydia Senrose

Top 5 Finalis Dewi Remaja 2014/2015

Para pemenang di malam Pencarian Dewi Remaja 2014 / 2015

Keputusan Penuh Dewi Remaja 2014/2015
Juara - Raysha Rizrose
Tempat Ke 2 - Syamin Farid
Tempat Ke 3 - Balqish Maarif
Dewi Persahabatan - Fify Azmi
Dewi Favourite - Mawar Rashid
Dewi Berseri (Fair & Lovely) - Raysha Rizrose
Dewi Menawan - Syamim Farid

Raysha Rizrose dinobatkan sebagai pemenang Dewi Remaja 2014/2015 di usia 18 tahun ~ Peserta termuda di pentas Dewi Remaja kali ni.

Cover Yang Menampilkan raysha Sebagai pemenang


Edisi Ke-10 - Dewi Remaja 2018/2019
Selepas melepasi pelbagai halangan dan cabaran, Haneesya Hanee berjaya meraih gelaran juara Dewi Remaja 2018/2019.

Menepati ramalan, gadis manis berusia 18 tahun itu berjaya menewaskan empat finalis lain iaitu Affie Rania, Anna Jobling, Tia Sarah dan Sherin Amiri di episod akhir pencarian Dewi Remaja 2018/2019.

Juara Dewi Remaja 2018/2019
Haneesya Hani

Pemenang Utama Dewi Remaja 2018/2019


Dari Kiri Tia Sarah (Tempat Kedua) Tengah Hanesya Hani (Juara) Kanan Sherin (Tempat Ketiga)

UPDATED!
Kemenangan Haneesya & Title 2 dewi remaja Ditarik
Majalah Remaja melalui satu sidang media mengesahkan Gelaran Dewi Remaja 2018/2019 milik Haneesya Hanee, 18, telah ditarik balik.


Haneesya yang sebelum ini dinobatkan sebagai juara pertandingan tersebut terpalit dengan kontroversi susulan penularan video aktivitinya bersama rakan-rakan di kelab malam.


Haneesya Menyerahkan kembali Crown, Trofi & Selempang kemenangan kepada editor Majalah Remaja, Faiz Aiman.

Manakala pemenang kedua, ketiga dan lain-lain masih kekal sama. Mereka akan mewakili Dewi Remaja untuk sebarang aktiviti.  



Buat pertama kali dalam sejarah cover dewi remaja tidak memaparkan pemenang

Edisi Ke-11 - Dewi Remaja 2019 / 2020
Setelah 7 episod berentap akhirnya tiba malam finale dan telah menobatkan pemenang yang baharu.
Sebanyak 5 finalis berentap di malam finale terdiri daripada Shaza, Syamira, Amanda, Nyna dan Adriana.

 

Juara : ShazaBae
Tempat Kedua : Adriana Ghafar
Tempat Ketiga : Nyna Harizal
Tempat keempat : Syamira
Kelima : Shatirah Amanda


Tahniah kepada juara Dewi Remaja 2019/2020, Shaza Bae



Cover Majalah Remaja sebagai Dewi Remaja


Edisi Ke-12 - Dewi Remaja 2022
Setelah 8 episod berentap akhirnya tiba malam finale dan telah menobatkan pemenang yang baharu.
Sebanyak 10 finalis berentap di malam finale.

Top 4 Dari kiri Kimberly (Tempat Ketiga), Bee (Tempat Kedua), Tracie (Juara) & Alyssa (Tempat Keempat)


 Tracie, 21 dari Sabah muncul juara bagi edisi Dewi Remaja 2022


Kredit Cover Digital Majalah Remaja Oktober 2022


Tracie Sinidol Menghiasi majalah Remaja edisi Digital Dewi Remaja


Edisi Ke-13 - HeroDewi Remaja 2022
Setelah 8 episod berentap akhirnya tiba malam finale dan telah menobatkan pemenang yang baru.
Sebanyak 6 finalis berentap di malam final. 



Juara Dewi Remaja 2023 : Nurel Bahrin
Naib Juara : Arabella
Dewi Inspirasi Yaya Empire HeroDewi Remaja 2023 : Adrina


P/S : Tahniah diucapkan kepada semua pemenang ~ Smoga Pertandingan Dewi Remaja terus successs di masa akan datang



Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook / Instagram / Twitter

3 Comments

Apa Kata Anda?

  1. celah mana plak ogy ahmad daud masuk dewi remaja..kak ogy dr 70an, 80an lg dh start berlakon..klau tahun 91 kak ogy dh dkt 30..x layak masuk dewi remaja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adalah ogy baju kuning..mungkin masatu x dak sekatan umo macam sekarang..

      Delete
  2. Ada ka sofea jane masuk dewi remaja eh??..konpius semenet

    ReplyDelete
Previous Post Next Post