7 Taman Tema Air Terbesar Di Dunia..!!!

Main air memang sudah menjadi kelaziman sedari kanak-kanak lagi dah sukakan main air.  Si mak dan ayah juga tidak ketinggalan, anak nak main air terpaksa la turutkan juga. Pasti aktiviti main air antara yang menjadi pilihan untuk dihabiskan ketika waktu lapang.

Kalau nak mandi pantai mungkin terdedah dengan pelbagai anasir asing seperti obor-obor, pantai bergelora, pukulan ombak serta keadaan air yang tidak menentu. Jadi taman tema air menyajikan keriangan yang sama ditambah dengan pelbagai jenis tarikan seperti papan gelungsur, kolam yang luas dan banyak lagi pasti menarik kunjungan anda.
 Jom kita selongkar 7 water park terbesar di dunia:



1. Water Country, AS

 
Water Country merupakan wahana kolam renang yang terletak di Virginia, Amerika Serikat. Water park ini ternyata sudah ada sejak tahun 1950 silam. pastinya keceriaan aja yang dapat digambarkan apabila anda berada di sini.

2. Wet n' Wild Water World, Australia
Wet n' Wild merupakan water park terbesar di Australia, letaknya di Oxenford Queensland. Tidak seperti kolam renang biasa, di Wet n' Wild anda dapat nikmati sepanjang tahun setiap hari kerana taman tema air ini tidak pernah tutup.

Di water park ini tersedia wahana yang bisa memacu adrenalin. Salah satunya yang paling menarik adalah Tornado. Anda akan dibawa berputar-putar di udara sebelum kemudian dihanyut ke dalam kolam.

Teruskan Selongkar...


 
3. Las Cascada Water Park, Karibia
Las Cascada Water Park adalah wahana kolam renang yang sudah ada sejak tahun 1985. Kolam ini merupakan water park terbesar di Karibia yang terletak di Puerto Rico.

4. Noah's Ark Water Park, AS

Nah, kalau yang satu ini adalah water park terbesar di Amerika Syarikat, namanya Noah's Ark WaterPark, letaknya di Wisconsin.Water park ini memiliki lebih dari 60 papan luncur. Wow!

Salah satu papan luncur yang paling terkenal adalah Time Warp. Dari ketinggian lebih dari 70 kaki (sekitar 21 meter), Anda akan dibawa meluncur turun dan menghempas air di kolam.

5. Schlitterbahn, AS
Selain Noah's Ark WaterPark, Amerika Serikat juga memiliki water park Schlitterbahn. Letaknya di Texas. Dalam bahasa Jerman, Schlitterbahn bererti jalan licin.

Schilterbahn ini dibuka di 3 tempat lainnya di Texas South Padre, San Antonio, dan yang paling cantik adalah di Galveston.

6. World Water Park, Canada
Siapa sangka, di dalam pusat membeli belah Edmonton Mall terdapat water park yang begitu megah, iaitu World Water Park. Indoor water park ini memang menjadi salah satu tempat rekreasi pilihan di Kanada.

7. Sunway Lagoon, Malaysia
Sunway Lagoon adalah water park terbesar di Malaysia, tepatnya di Kuala Lumpur.  Selain taman tema airnya yang besar, terdapat juga tarikan lain seperti Wild Wild West, Extreme Park,

Selain renang dan bermain papan luncur, Anda juda dapat berjemur seperti di tepi pantai. Sunway Lagoon menyediakan arena yang menyerupai pantai lengkap dengan pasir putih dan pohon palma.

P/S : Bangga sekejap... ;)

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post