Nama brand yang internasionally...baru orang nampak kelass... ada ummpphhh... disebabkan itulah agaknya jenama-jenama di bawah ni dipandang sebagai jenama luar padahal sebenarnya adalah asli dari Malaysia.
BONIA Corporation Berhad telah ditubuhkan sejak 1974 oleh S.S. Chiang.
Seperti orang selalu kata , hidup ini penuh dengan kejutan bukan? Jika selama ini anda terlalu mementingkan jenama dan barangan luar
negara, mungkin anda perlu berfikir sekali lagi kerana artikel ini
mungkin mengubah anda.
Sebagai contoh, adakah anda yakin San Francisco Coffee berasal dari San Francisco atau negara barat yang lain ? Opss…maaf ya, sebenarnya ianya berasal dari Malaysia! Apaaaa???…
Hah… Jadi jom kita selonkar antara jenama terkemuka yang sebenarnya berasal dari Malaysia
1. Bonia
Ramai yang menyangka Bonia adalah produk Italy. Mungkin kerana namanya yang seakan-akan nama dari Itali. Sememangnya jenama Bonia sangat dikenali. Lagi-lagi kualiti produk
yang dipersembahkan oleh jenama ini setaraf produk terkemuka
antarabangsa. Ini adalah produk yang boleh dibanggakan. Produk Bonia
berinspirasikan produk negara Italy.
2. San Francisco Coffee
Bermula pada tahun 1997. Restoran ‘coffee’ ini dimiliki oleh Lyndarahim Ventures Sdn. Bhd. dibawah Datuk Abdul Rahim Zin.
Hah, restoran ini kini mempunyai 27 cawangan dalam Malaysia dan Singapura.
Anda suka menjamu selera di restoran ini?
Restoran ini yang sangat popular ini bukan dari Manhattan yer. Ianya diasaskan oleh George Ang and Dr. Jeffrey Goh.
“People are always surprised when they discover The
Manhattan Fish Market is a Malaysian brand. What amazes them more is how
well we have performed within such a short span of time,” George Ang,
The Star.
4. Fipper
Ini merupakan selipar yang menjadi pilihan zaman ini kerana keselesaan dan reka bentuknya yang ‘simple and nice’. Ramai menyangka ianya berasal dari California taw. Pengasasnya, Jack Lim mencipta jenama ini pada 2008 dan selipar ini berasaskan getah dari Thailand
5. Ogawa
Nama jenama ini sememangnya menggunakan ayat jepun sehingga tiada yang menyangka dari Malaysia. Pengasasnya ialah Wong Lee Keong and Lim Poh Khian. Mereka mencipta jenama ini sejak 1996 hingga ianya kini dikenali umum.
6. British India
Mendengar namanya je tiada satu pun elemen Malaysia..British dan India..dua nama international...siapa yang akan menyangka Butik pakaian terkemuka ini yang sebenarnya adalah berasal dari Malaysia.
7. 1901 Food For Friendship
Jenama makanan segera yang ringkas dan menyajikan sesuatu yang segera.
8. Gardenia
Gardenia Food Industries telah ditubuhkan di Kota Kinabalu, Sabah oleh pengasasnya Datuk Wong Tze Fatt. Sehingga hari ini, "resipi orignal Uncle Slocumm ini 'masih dilakukan pada label roti.
9. Lewre
Lewre sebenarnya diciptakan oleh Lew - Datuk Lewre Lew. Sejak ia dilancarkan pada tahun 1997, jenama telah menjadi banyak dicari oleh celebs dan royalti. Dan kini rekaannya meliputi adalah seluruh dunia.
10. Beryl’s
Coklat Beryl & Confectionary telah ditubuhkan pada tahun 1995. Dibuat menggunakan biji koko dari Ghana, ia mempunyai lebih dari 70 jenis coklat termasuk perisa durian dan cili. Malah rasa durian mempunyai penggemar yang lebih besar di Taiwan berbanding di Malaysia sendiri!
Ini menunjukkan produk Malaysia sememangnya berkualiti dan setanding dengan produk antarabangsa.
P/S : Jom beli produk tempatan!