18 Keputusan Penuh Pemenang Anugerah Skrin ASK2014..!!!

Senarai Penuh Keputusan Pemenang Anugerah Skrin 2014

Drama terbitan Al Hidayah Production berjudul Matahari Terbit Lagi diangkat sebagai Drama Terbaik, Anugerah Skrin 2014 (ASK 2014) yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, malam Jumaat. Drama yang diterajui oleh pelakon Syed Ali, Mubarak Majid, Mimi Ernida dan Shawal Ruslan itu menewaskan drama lain seperti Balqis.



Matahari Terbit Lagi turut menggondol anugerah bagi Pengarah Terbaik iaitu Azeli Mohammad dan Pelakon Lelaki Drama Terbaik melalui Anuar Chew Abdullah dan anugerah daripada kategori teknikal iaitu Lakon TV Terbaik.

Manakala, pelakon cilik Puteri Balqis pula diumumkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik Drama menerusi drama Balqis. Antara calon yang tewas dalam kategori tersebut adalah Normah Damanhuri, Nad Zainal dan Melly Amelin.

Dalam pada itu bagi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Drama dimenangi oleh Namron menerusi lakonan cemerlangnya dalam Balqis. Manakala Nabila Huda membuat kejutan apabila memenangi kategori Pelakon Pembantu Wanita Drama menewaskan calon-calon seperti Didie Alias, Fauziah Nawi, Izreen Azminda dan ElFaeza.

Pengarah dan barisan pelakon filem Tanda Putera yang memenangi kategori Filem Terbaik ASK2014.

Bagi kategori Filem Terbaik berpihak kepada karya terbitan Pesona Pictures berjudulTanda Putera arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba yang dibintangi oleh Rusdi Ramli, Faezah Elai dan Linda Hashim.

Datin Paduka Shuhaimi Baba diumum sebagai Pengarah Terbaik Filem. Manakala Zizan Nin turut memenangi kategori Pelakon Pembantu Terbaik Filem.

Lakonan berkesan Sharifah Amani dalam Psiko Pencuri Hati telah membawa tuah kepadanya apabila dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik Filem.

Manakala Namron merangkul trofi Pelakon Lelaki Terbaik Filem menerusi filem yang sama.

Sementara itu, bagi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem dan Pelakon Pembantu Terbaik Filem dimenangi oleh Zizan Nin (Tanda Putera) dan Natasha Hudson (Lemak Kampung Pandan).

Kesemua pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan menerima sebuah trofi.

ASK 2014 pada tahun ini mengangkat tema prestij dan angun dan siaran langsung itu dihoskan oleh Fahrin Ahmad.

Anugerah Skrin ASK 2014 TV3. Majlis berprestij ASK 2014 telah berlangsung pada Jumaat 7 November 2014 bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur. Siaran secara langsung turut disiarkan menerusi TV3 bermula pada pukul 9.00 malam. Berikut adalah keputusan penuh Anugerah Skrin ASK 2014 TV3.

Kategori lain turut menampilkan barisan artis seperti Amy Search, Fauziah Datuk Ahmad Daud, Datuk Yusof Haslam, dan Ziela Jalil sebagai penyampai anugerah.

Manakala persembahan pada malam itu diserikan oleh Hafiz Suip, Black, Lan Typewriter, Nora Danish, Fathia Latif, Aziz M.Osman, Ruminah Sidek dan Erma Fatimah.

Secara keseluruhan, ASK 2014 mempertandingkan sebanyak 31 kategori meliputi drama, filem dan penerbitan dalaman.

Berikut adalah senarai penuh pemenang Anugerah Skrin 2014
KATOGERI DRAMA

DRAMA TERBAIK
Matahari Terbit Lagi

PENGARAH DRAMA TERBAIK
Azeli Mohammad (Matahari Terbit Lagi)

PELAKON LELAKI TERBAIK DRAMA
Anuar Chew Abdullah (Matahari Terbit Lagi)

PELAKON WANITA TERBAIK DRAMA
Puteri Balqis (Balqis)


PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK DRAMA
Namron (Balqis)


PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK DRAMA
Nabila Huda (Balqis)

DRAMA RANTAIAN TERBAIK
Ummi (Filmscape Sdn Bhd)

DRAMA KOMEDI TERBAIK
Nasi Ayam Duda

LAKON TV TERBAIK
Eenaz Mokhtar (Matahari Terbit Lagi)

DRAMA BERSIRI TERBAIK DI LAMAN SOSIAL
Ariana Rose

DRAMA PREMIUM TERBAIK
Carlos Bolos (Frontrow Pictured Sdn Bhd)


KATEGORI FILEM

FILEM TERBAIK
Tanda Putera

PENGARAH TERBAIK FILEM
Datin Paduka Shuhaimi Baba (Tanda Putera)

PELAKON WANITA TERBAIK FILEM
Sharifah Amani (Psiko Pencuri Hati)


PELAKON LELAKI TERBAIK FILEM
Bront Palarae (Psiko Pencuri Hati)


PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK FILEM
Natasha Hudson (Lemak Kampung Santan)

PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK FILEM
Zizan Nin (Tanda Putera)


LAKON LAYAR TERBAIK
Hand Isaac (Lemak Kampung Santan)

KATEGORI PENERBITAN DALAMAN


RANCANGAN DOKUMENTARI/MAJALAH TERBAIK
Dengan Basikal Aku Menjelajah : Cahaya Misteri Arrora Borealis ( TV Alhijrah)

RANCANGAN BUAL BICARA TERBAIK
MHI (Misi Mencari MH370)

RANCANGAN HIBURAN TERBAIK
Rockestra – TV9

RANCANGAN ANUGERAH TERBAIK
Anugerah Juara Lagu 28 -TV3


RANCANGAN REALITI TERBAIK
Bintang Mencari Bintang – TV3

LAPORAN KHAS / BERITA TERBAIK
Buletin Utama (Kude Kelate)

KATEGORI TEKNIKAL

VIDEOGRAFI TERBAIK
Mohammad Mohd Rameli

SUNTINGAN TERBAIK
Self Made – 8TV

PENATAAN CAHAYA TERBAIK RANCANGAN SIARAN LANGSUNG TERBAIK
Shout Award 2013 – 8TV

PENATAAN BUNYI TERBAIK RANCANGAN SIARAN LANGSUNG
The Ultimate Song : Grand Finale -8TV

REKA BENTUK SET TERBAIK
Anugerah Juara Lagu 28 – TV3

MONTAJ TERBAIK
Anugerah Juara Lagu 28 – TV3


Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post