30 Senarai Penuh Lagu Berentap Separuh Akhir Muzik-Muzik 29 (2014)..!!!

Muzik Muzik Separuh Akhir kini kembali dengan edisi ke-29 bagi meneruskan kesinambungannya dengan menampilkan 30 buah lagu untuk berentap menempa nama ke Anugerah Juara Lagu 29. Pastinya ramai yang tertanya-tanya dan tidak sabar untuk mengetahui penyanyi dan lagu manakah yang akan beraksi di atas pentas separuh akhir Muzik Muzik bermula November ini?

Separuh Akhir Muzik-Muzik ke 29 (2014)

Popular dengan paparan carta lagu tempatan dan persembahan artis yang menarik, program ini juga bertujuan untuk memartabatkan industri muzik tanahair terutamanya memberi pengiktirafan kepada komposer, penulis lirik dan penggubah lagu. Seperti sebelumnya, MUZIK MUZIK 29 masih mengekalkan sistem pencalonan baru iaitu berdasarkan carta lagu popular stesen radio tempatan untuk menzahirkan keseimbangan, dimana setiap lagu dipilih berdasarkan citarasa pendengar dari pelbagai faktor yang berbeza seperti demografi, genre dan peringkat umur.

30 lagu yang layak untuk bersaing dalam peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik ke-29. 10 lagu akan bersaing pada setiap minggu dimana persaingan akan berlangsung pada 14, 21 dan 28 November 2014. 
Teruskan Selongkar...

Berikut Media Hiburan Online kongsikan senarai penuh 30 lagu yang bertanding dalam separuh akhir Muzik Muzik ke-29. 
Minggu Pertama Separuh Akhir Muzik-Muzik 29 2014
14 November 2014
1. Akhir Penantianku (Alif Satar) 
2. Gilalah (Stacy) 
3. Cinta Tak Pergi (Yana) 
4. Romancinta (Mojo) 
5. Cinta Makrifat (Ronnie & Marsha) 
6. Hilang (Najwa Latiff) 
7. Si Putih Si Merah (Black & RJ) 
9. Dunia & Syurga (Akim Ahmad) 
10. Malaikat (Hazama) 

Persembahan Artis Jemputan : Amir Ukays
Minggu kedua Separuh Akhir Muzik-Muzik 29 2014
21 November 2014
1. Dipintu Syurga (Dayang Nurfaizah) 
2. Rindukanlah (Encik Mimpi) 
3. Ayuh Tinggalkan Dia (Encik Mimpi) 
4. Aku Juga Manusia (Amir Jahari) 
5. Dia Yang Kau Pilih (Faizul Sany) 
6. Matahari (Hafiz) 
7. Gadis Jolobu (Dato Hattan & Waris) 
8. Arjuna Beta (Fynn Jamal) 
9. Pasti Sempurna (Kristal & Ronnie) 
10. Kau Pergi Jua (Iamneeta & Najwa Latiff) 
11. Infiniti Cinta (Zizan & Kaka)

Persembahan Artis Jemputan : Elly AXL's
Minggu ketiga Separuh Akhir Muzik-Muzik 29 2014
28 November 2014
1. Jodoh Berdua (Hafiz Hamidun) 
2. Rentak Laguku (Bunkface & Amy Search) 
3. Mewangi (Akim And The Majistret) 
4. Percayalah (Indah Ruhaila) 
5. Sesal Separuh Nyawa (Alyah) 
6. Al Haq Yang Satu (Mawi & Dato AC Mizal) 
7. Lelaki (Yuna) 
8. Tak Pernah Berjumpa (Forteen) 
9. Apa Khabar (Joe Flizzow & SonaOne)
Persembahan Artis Jemputan: Ezad Exists


Para penonton berpeluang menyaksikan persembahan artis-artis pujaan mereka secara percuma di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam atau secara langsung di TV3 pada jam 9 malam hingga 10.30 malam.

Lagu manakah yang disenaraikan sebagai finalis yang akan berentap dalam anugerah Juara Lagu ke 29? Sama sama kita nantikan

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post