Breaking News
recent

7 Jenis Kondom Yang Memberikan Pengalaman Seks Baru..!!!

Rasai pengalaman berbeza bersama pasangan anda dengan kondom. Ya, mungkin ada sesetengah orang yang kurang gemar ‘asakan’ bersama kondom kerana memberi rasa kurang selesa kepada si dia. Tahukah anda, terdapat pelbagai jenis kondom yang boleh dicuba mengikut ‘selera’ pasangan anda. Mana nak tahu jika tak cuba kan? Entri kali ini memperkenalkan tujuh jenis kondom yang boleh dicuba ketika ‘bermesra’!


1. BERAROMA

Kondom berperisa ini memiliki aroma yang dapat menutupi bauan lateks. Aroma yang biasa terdapat pada kondom adalah aroma daripada buah-buahan seperti strawberi, coklat, durian, pisang dan pudina. Aroma ini terbukti dapat membangkitkan keghairahan si pengguna.

Teruskan Selongkar...




2. POLOS (EASY ON)
Kondom jenis ini tidak memiliki tekstur atau bentuk. Ia mudah untuk digunakan kerana mengandungi pelincir yang memudahkan pemakaiannya. Bentuk kondom yang fleksibel ini akan mengikut bentuk alat kelamin si pemakai.

3. BERGARIS (RIBBED)
Kondom jenis ini mempunyai tekstur bergaris di sepanjang kondom. Tekstur tersebut dapat meningkatkan rangsangan kepada wanita saat zakar menyentuh organ kelamin wanita.



4. EKSTRA TIPIS (EXTRA THIN / SUPER THIN)
Kondom yang paling popular digunakan. Ramai lelaki berasa terganggu akibat daripada ketebalan kondom yang digunakan. Kondom daripada jenis ekstra tipis ini ternyata membuatkan si pemakai berasa seolah-olah tidak memakai kondom sewaktu melakukan hubungan intim.


5. BERBINTIK (DOTTED)
Kondom berbintik ini terbukti dapat meningkatkan rangsangan dalam setiap gerakan. Tekstur bintik sepanjang kondom juga dapat memberikan kejutan sensasi tersendiri.


6. SPIRAL
Bentuk kondom dengan tekstur spiral di penghujungnya ini sememangnya diperbuat untuk mendapatkan dan memberikan rangsangan dalam setiap gerakan.


7. BAGGY
Kondom baggy adalah kondom yang memiliki ruang lebihan besar di penghujungnya.Ruang lebihan ini berfungsi sebagai ruang udara untuk memaksimumkan pergerakan alat kelamin lelaki. Ia juga berfungsi menampung sperma dalam kuantiti yang banyak.

No comments:

========================================================================================== ✔ Selongkar10 ~ Pelbagai Info Menarik Dalam Bentuk Angka =================================================================================
Selongkar10. Powered by Blogger.