8 Nama Jalan Sekitar KL Yang Ditukar Sempena Nama Agong

Nama-nama jalan di sekitar Kuala Lumpur yang selama ini sudah dikenali bakal diberikan nama baharu oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).



DBKL menukar nama-nama jalan tersebut sempena nama raja-raja yang pernah ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong. Dalam kenyataan media yang ditandatangani Pengurus Perancangan Korporat DBKL, Dr. Ismail Tapa, tindakan penamaan semula tersebut adalah sempena nama raja-raja yang pernah ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Nama-nama baharu itu akan mula digunakan pada Rabu, 26 November.



Nama-nama jalan baharu tersebut ialah:

1. Jalan Duta akan ditukar menjadi Jalan Tunku Abdul Halim

2. Jalan Khidmat Usaha akan ditukar menjadi Jalan Sultan Haji Ahmad Shah

3. Jalan Ipoh (dari persimpangan Jalan Segambut  sehingga persimpangan Jalan Pahang) akan ditukar menjadi Jalan Sultan Azlan Shah

4. Persiaran Duta akan ditukar menjadi Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin

5. Jalan Khidmat Setia dan Jalan Ibadah akan ditukar menjadi Jalan Sultan Mizan Zainal Abidin

6. Lebuhraya Mahameru akan ditukar menjadi Lebuhraya Sultan Iskandar

7. Persiaran Mahameru akan ditukar menjadi Persiaran Tuanku Ja'afar

8. Jalan Semarak akan ditukar menjadi Jalan Sultan Yahya Petra

Sekian

Kredit : AstroAwani

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post