Bagi anda yang berusia 30 tahun ke atas, anda mungkin akan tertanya-tanya apa yang akan berlaku pada masa depan dan apa pencapaian yang telah anda lakukan. Untuk menjadi lelaki matang dan sempurna, kami senaraikan lima perkara yang anda perlu tinggalkan sebaik saja menginjak 3-0!

1. Berhenti mengambil makanan segera
Kami bukan memaksa anda menjadi 'vegetarian' tetapi apalah sangat sekiranya anda boleh meluangkan masa untuk beberapa minit menyediakan makanan sendiri di rumah. Terdapat banyak resipi mudah lagi berkhasiat boleh diperolehi di kedai buku atau di Internet. Bayangkan jika anda terus mengamalkan makanan segera, penyakit seperti serangan jantung dan darah tinggi amat mudah menyerang di usia 30.

2. Elak memandu secara tidak berdisiplin 

Hampir sejuta pemandu mati setiap tahun akibat melanggar lampu isyarat. Kebanyakan orang-orang muda bertindak memandu dengan laju tanpa mengambil kira pemandu dan pejalan kaki lain yang turut berkongsi jalan raya. Jika anda sukar untuk meninggalkan tabiat memandu dengan laju, mula fikirkan bagaimana situasi anda bangun pagi di hospital tanpa kaki!

Teruskan Selongkar...

3. Tinggalkan tabiat suka berhibur
Tidak ada salahnya anda bercuti, menonton wayang atau bersukan tetapi menghabiskan masa di kelab-kelab malam dan menjejakkan kaki ke konsert bukanlah pilihan bijak untuk anda. Berhenti segera jika anda mahukan kualiti tidur yang baik, rehat yang mencukupi dan gaya hidup yang bersih. Hiburan boleh menyebabkan anda terus leka dan ketagih kerana faktor persekitaran. Di usia 30, anda perlu memikirkan gaya hidup yang sempurna sebelum terlambat.

4. Jangan boros berbelanja
Di usia 30 ke atas, pastinya anda mula memikirkan untuk kehidupan berkeluarga dan memiliki aset harta sendiri seperti rumah dan kereta. Mulakan menyimpan dengan membahagikan pendapatan bulanan anda bermula dengan menyelesaikan pembayaran penting, keperluan sehinggalah baki untuk simpanan. Jika anda berjaya menyimpan lebih banyak setiap bulan, anda tidak perlu berhutang untuk mengadakan majlis perkahwinan.

5. Lupakan fesyen budak-budak


Jika anda merasakan memakai baju-t bersaiz S dan seluar jeans koyak adalah masih relevan, percayalah bahawa fesyen itu sudah lama berlalu. Hari ini, anda memerlukan penampilan yang lebih dewasa, matang dan seiring dengan usia anda. Jangan kerana anda merasakan baju-t cetakan 'Superman' adalah sesuai dan bergaya untuk anda hari ini, sebenarnya anda akan dijadikan bahan ketawa orang-orang muda sekeliling anda.

Perubahan itu perlu seiring dengan usia supaya kita tidak berada di takuk yang lama. Perlu ingat, biarpun usia semakin meningkat tetapi jiwa masih muda dek kerana gaya hidup yang positif!

Via : Selongkar10
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook / Instagram / Twitter