10 Biodata Penuh Peserta Kilauan Emas Musim 5 Kembali Menyengat..!!!

Peminat industri hiburan di Malaysia khasnya golongan emas mesti tak sabar menonton program realiti Kilauan Emas yang bakal menyaksikan peserta-peserta veteren yang berumur 40 tahun dan ke atas ni berentap setiap minggu menghiburkan penonton dengan kelunakan dan kelantangan volal masing-masing bagi merebut gelaran juara Kilau Emas musim ke 5.


http://selongkar10.blogspot.com/2015/05/10-biodata-penuh-peserta-kilauan-emas.html

10 Finalis Kilauan Emas 5 telahpun dipilih menerusi proses ujibakat yang dijalankan diseluruh negara. Jadi jom kita selongkar dan berkenalan dengan para peserta kilauan emas musim ke 5 kalini

1. Aling
Nama penuh Aling: Mursalim Bin Muhidin
Asal: Sandakan, Sabah
Umur Aling: 44 tahun
Jumlah anak: 6 orang anak
Kerjaya: Pengawal keselamatan
Hobi: Bermain muzik
http://selongkar10.blogspot.com/2015/05/10-biodata-penuh-peserta-kilauan-emas.html

Selain bekerja sebagai pengawal keselamatan, beliau juga selalu bermain muzik bersama abangnya. Beliau telah mencuba nasib dalam Kilauan Emas bukan saja untuk musim kelima ini, malah sejak dari musim kedua lagi.

Tagline : Ok bah jo, peace!


2. Logan

Nama Penuh Logan : Wan Muhammad Logan bin Wan Abdul Rahman
Kerjaya : Usahawan di Ampang, Selangor.
Umur 44 tahun
Asal : Johor Bahru, Johor
Jumlah Anak : 3 Orang Anak
http://selongkar10.blogspot.com/2015/05/10-biodata-penuh-peserta-kilauan-emas.html

Pada tahun 1997, beliau pernah merakamkan album bertajuk ‘ELGI’ solo di bawah syarikat Polygram Records. Beliau mengundurkan diri dari dunia seni selepas mengalami kemalangan di Langkawi. Atas sokongan dan dorongan dari ahli keluarga dan rakan-rakan, beliau mula menyanyi semula bersama kumpulan Enava di sekitar Kuala Lumpur.

Tagline : Kasi Pecah!

Teruskan Selongkar...

3. Hassan
Nama Penuh Hassan : Hassan Bin Idris
Asal : Kampung Baru, Kuala Lumpur
Kerjaya :Ahli Muzik
Hobi : Bermain Muzik & Menyanyi
http://selongkar10.blogspot.com/2015/05/10-biodata-penuh-peserta-kilauan-emas.html
Beliau merupakan bekas gitarist kumpulan The Strollers dan telah merakamkan album bertajuk ‘Waiting Is…’ di bawah syarikat CBS. Beliau juga pernah merantau dan bermain muzik di Eropah. Selain The Strollers, beliau merupakan pengasas kumpulan Headwind suatu ketika dahulu. Sekarang, beliau masih lagi aktif dalam bidang muzik dan nyanyian, serta telah menubuhkan kumpulan The Bagooz bersama anak lelaki tunggalnya. The Bagooz kini mendapat tawaran membuat persembahan di restoran-restoran dan majlis-majlis sekita Kuala Lumpur, Selangor, dan Negeri Sembilan.

Tagline : Take 5, rock n’ roll!

4. Hasbi 
Nama Penuh Hasbi : Wan Mohd Hasbi
Asal : Alor Setar, Kedah
Kerjaya : Pemuzik
Jumlah Anak : 2 orang

http://selongkar10.blogspot.com/2015/05/10-biodata-penuh-peserta-kilauan-emas.html
Sekarang bekerja sebagai pemuzik jalanan sepenuh masa bersama band yang diberi nama Labu Labi & Naga Bara. Beliau juga merupakan bekas vokalist kumpulan Storm suatu ketika dahulu. Selain bermain muzik, beliau juga mendapat jemputan sebagai DJ di majlis-majlis perkahwinan.
Tagline : Syok ooo, sempoi bak ang!


5. Lina
Nama Penuh Lina : Hazlina Wati Binti Zainuddin
Asal : Negeri Sembilan
Kerjaya : Guru Vokal
http://selongkar10.blogspot.com/2015/05/10-biodata-penuh-peserta-kilauan-emas.html
Hazlina Wati binti Zainuddin, atau dikenali sebagai Lina, merupakan seorang guru vokal bagi persatuan-persatuan dan kelab-kelab ghazal sekolah di Muar & Batu Pahat, Johor. Walaupun dilahirkan di Negeri Sembilan, beliau telah dibesarkan oleh datuk dan neneknya di Muar, Johor. Beliau juga mempunyai kumpulan ghazal yang diberi nama Saujana, dan pernah menjadi johan 3 tahun berturut-turut bagi pertandingan ghazal peringkat kebangsaan. Beliau mempunyai matlamat tersendiri untuk memartabatkan irama asli & ghazal supaya diterima ramai.

Tagline : Lina Pun Boleh!


6. Norya

Nama Penuh Norya : Noor Hayati Slamat
Asal : Batu Gajah, Perak
Kerjaya : Suri Rumah
Umur : 54 Tahun
Status : Ibu Tunggal
Hobi : Menyanyi
http://selongkar10.blogspot.com/2015/05/10-biodata-penuh-peserta-kilauan-emas.html
Beliau gemar menyanyi sejak muda lagi, dan ingin membawa bakat nyanyiannya ke satu tahap yang lebih tinggi. Selain Norya, ahli keluarganya juga terlibat dalam aktiviti nyanyian dan muzik, bahkan mereka mempunyai family band sendiri dan sering dijemput untuk membuat persembahan di majlis-majlis.
Tagline : Aje Gemor!

7. Asmah
Nama Penuh Asmah : Norasmah Binti Ibrahim
Asal : Setapak, Kuala Lumpur
Kerjaya : Pengusaha Warung Makan
Umur : 51 Tahun
http://selongkar10.blogspot.com/2015/05/10-biodata-penuh-peserta-kilauan-emas.html
Beliau telah lama berkecimpung dalam bidang nyanyian asli dan sering menyertai pertandingan-pertandingan irama asli sehingga ke peringkat akhir. Ilmu dan bakat yang dianugerahkan telah diturunkan kepada anak-anaknya yang kini bergiat aktif dalam bidang nyanyian lagu-lagu tradisional dan. irama asli. Selain itu, beliau juga bekerja sambilan mengajar anak-anak muda teknik nyanyian lagu-lagu irama asli.
Tagline : Tiru Macam Saya


 8. Ann
Nama Penuh Ann: Nurashikin Ibrahim
Asal : Shah Alam, Selangor
Kerjaya : Doktor
Umur : 46 Tahun
Hobi : Menyanyi
http://selongkar10.blogspot.com/2015/05/10-biodata-penuh-peserta-kilauan-emas.html

Nurashikin binti Ibrahim, atau lebih dikenali sebagai Ann, merupakan seorang doktor yang kini bekerja di Kementerian Kesiahatan Malaysia. Beliau berumur 46 tahun, mempunyai 3 orang anak, dan kini menetap di Shah Alam , Selangor. Walaupun bekerja sebagai seorang doktor, Ann mempunyai minat dalam bidang nyanyian sejak kecil lagi. Beliau sering membuat persembahan di majlis-majlis kementerian dan majlis-majlis formal.

Tagline : Positif selalu, sihat minda.


9. Zaman
Nama Penuh Zaman : Shahrul Zaman Bin Kamaludin
Asal : Kuala Lumpur
Kerjaya : Pelakon & Pengarah
Umur : 49 Tahun
Hobi : Menyanyi
http://selongkar10.blogspot.com/2015/05/10-biodata-penuh-peserta-kilauan-emas.html
Shahrul Zaman bin Kamaludin, atau Zaman, merupakan seorang pelakon dan pengarah di Malaysia. Beliau berumur 49 tahun dan berasal dari Kuala Lumpur. Sebelum menceburi bidang lakonan dan pengarahan, beliau pernah bekerja di Bank Bumiputra sehingga tahun 1995. Selain berbakat dalam bidang lakonan, beliau juga meminati bidang muzik dan nyanyian, serta pernah merakamkan lagu bersama Eddie Hamid pada tahun 1999. Beliau juga aktif dalam seni silat cekak Hanafi dan sering mendapat tawaran menjadi tenaga pengajar bagi kelab silat di universiti-universiti sekitar Selangor & Kuala Lumpur.

Tagline : Yakinkan diri, luaskan seni

10. Zul
Nama Penuh Zul : Dzulkiffli Jalil
Kerjaya : Ahli Muzik
Jumlah Anak : 5 Orang 
Umur : 54 Tahun
http://selongkar10.blogspot.com/2015/05/10-biodata-penuh-peserta-kilauan-emas.html

Beliau bergiat aktif dalam dunia seni sejak usia muda lagi. Pada tahun 1983, beliau pernah merakamkan sebuah album bertajuk ‘Halilintar’ di bawah Warnada Records bersama kumpulan Headlight. Beliau juga pernah merantau hingga ke Indonesia untuk mencari pengalaman dalam bidang muzik.

Tagline : Ya Lah Tu!

http://selongkar10.blogspot.com/2015/05/10-biodata-penuh-peserta-kilauan-emas.html
Siapakah yang bakal dinobatkan sebagai bintang yang berkilau di Kilauan Emas Musim ke 5 ni? sama sama Saksikan program realiti tv Kilauan Emas Musim ke 5
Yang disiarkan selama 7 minggu bermula 15 april 2015 setiap hari rabu jam 9.00malam
Saluran : Astro Proma 105 & Maya HD 135

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post