Breaking News
recent

10 Lapangan Terbang Terbaik Dunia 2015..!!!

Lapangan terbang itu yang diuruskan oleh Changi Airport Group, syarikat milik pemerintah; mengendalikan kira-kira 6,400 penerbangan setiap minggu dan menghubungkan Singapura dengan lebih 300 bandar raya di 60 buah negara di serata dunia.

SINGAPURA – Lapangan Terbang Antarabangsa Changi di sini sekali lagi dipilih sebagai lapangan terbang terbaik dunia oleh para penumpang pesawat buat tiga tahun berturut-turut menerusi Anugerah Lapangan Terbang Sedunia Skytrax.

Ini merupakan kali keenam terminal Changi yang dibuka sejak 1981, dipilih sebagai lapangan terbang paling digemari di dunia oleh badan penyelidik pengangkutan udara antarabangsa ditubuhkan pada 1989 dan berpusat di London, Britain.

Lapangan terbang itu yang diuruskan oleh Changi Airport Group, syarikat milik pemerintah; mengendalikan kira-kira 6,400 penerbangan setiap minggu dan menghubungkan Singapura dengan lebih 300 bandar raya di 60 buah negara di serata dunia.



Teruskan Selongkar...

Lebih 100 syarikat penerbangan beroperasi di tiga buah terminal di Changi melibatkan kapasiti 66 juta penumpang setahun dan ia lapangan terbang awam ketiga Singapura selepas Paya Lebar, Seletar dan Kallang ditutup kerana faktor tanah sempit.

Anugerah Lapangan Terbang Sedunia itu adalah berdasarkan kepada pencalonan yang diterima setiap tahun daripada sekitar 13 juta pengguna di 112 buah negara dan kajian meliputi 550 buah lapangan terbang utama dari seluruh dunia.

Tinjauan secara online itu menilai tahap kepuasan pengguna hasil 39 penunjuk prestasi bagi produk dan khidmat, pendaftaran penerbangan, ketibaan dan perlepasan pesawat, pemindahan penumpang, beli belah, keselamatan dan imigresen.



Pencapaian cemerlang Changi memegang rekod hatrick turut menjadi berita paling gembira buat warga Singapura yang secara kebetulan bakal menyambut perayaan jubli emas hari kemerdekaan ke-50 tahun negara itu pada 9 Ogos depan.

Lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang, Malaysia berada dalam kedudukan ke-19, naik satu anak tangga berbanding tahun lalu; manakala jirannya, Bangkok, Thailand (ke-47) dan Jakarta, Indonesia (ke-57).


Anugerah Lapangan Terbang Terbaik Dunia 2015
  1. Changi, Singapura
  2. Incheon, Seoul, Korea Selatan
  3. Munich, Jerman
  4. Chek Lap Kok, Hong Kong, China
  5. Haneda, Tokyo, Jepun
  6. Zurich, Switzerland
  7. Central Japan, Nagoya, Jepun
  8. Heathrow, London, Britain
  9. Schiphol, Amsterdam, Belanda
  10. Beijing Capital, China
Kategori Khusus Lapangan Terbang Paling Baik Dunia 2015
  1. Hotel Lapangan Terbang Terbaik = Crowne Plaza, Changi, Singapura
  2. Penambahbaikan Terbaik = Charles de Gaulle, Paris, Perancis
  3. Terminal Wilayah Terbaik = Central Japan, Nagoya, Jepun
  4. Hidangan Restoran Terbaik = Chek Lap Kok, Hong Kong, China
  5. Pengalaman Santai Terbaik = Changi, Singapura
  6. Pengurusan Bagasi Terbaik = Haneda, Tokyo, Jepun
  7. Petugas Lapangan Terbang Terbaik = Taoyuan, Taiwan

P/S : Tahniah diucapkan...satu tamparan hebat buat KLIA

No comments:

========================================================================================== ✔ Selongkar10 ~ Pelbagai Info Menarik Dalam Bentuk Angka =================================================================================
Selongkar10. Powered by Blogger.