10 Petua Dapur Untuk Yang Baru Bergelar Isteri..!!!

Selain petua malam pertama, petua ini juga penting. Sebabnya inilah cara yang boleh menambat hati suami. Kan orang tua selalu cakap kalau cara tambat hati suami adalah melalui perutnya. So yang ini kena mahir dulu. Tapi sebelum korang masak, VK nak kongsi asas macam mana nak pilih sayur, ikan atau ayam yang segar.


Jadi dapatlah uolls sediakan yang terbaik untuk suami. Barulah encik suami sayang.

1. Ayam – pastikan daging dan kulitnya warna merah. Kalau dah warna biru jangan beli pulak, itu tanda daging ayam sudah busuk.
Teruskan Selongkar...

2. Ikan – cari ikan yang nampak berkilat, kemudian tengok mata pulak. Cari yang mata warna cerah dan berlendir. Ini tanda ikan baru.

3. Udang-
warna masih merah dan kulit belum tanggal. Jangan beli kepala udang dah hitam dan badan lembik

4. Kerang- cengkerang tertutup. Ada juga yang pilih isi kerang yang warna merah terkeluar sedikit. Tanda kerang masih baru.

5. Ketam – kalau beli ketam bunga tengok warna cengkerangnya, terutama bahagian atas dan juga pada sepit. Kalau ada warna kebiruan, itu tanda ketam segar. Lepas tu timbang ketam guna tangan saja.Yang berat tanda isi padat.

6. Kobis - pilih yang ringan dan bila potong nampak rongganya besar. Kobis ini selalunya manis dan sedap.

7. Sawi – pilih daun lebar tapi batang kecil. Sawi yang batang besar biasanya pahit.

8. Timun- pilih yang lurus dan panggkalnya tak banyak warna hijau. Timun yang banyak warna hijau selalunya pahit.

9. Tomato- pilih yang ada sikit warna hijau, jangan semua merah. Ini tanda isinya padat dan ranggup. Tomato yang warna merah semuanya tanda dah betul-betul masak dan tak tahan lama sangat.

10. Keledek- pilih yang bentuk lurus, kulitnya bersih.

No comments

Powered by Blogger.