15 Barang Yang Perlu Buang Walaupun Sayang..!!!

Korang simpan sebab sayang nak buang kan tapi buat apa kalau dah tak guna terutama sekali kalau dah rosak. Kalau simpan pun buat penuh rumah dan bersepah sana sini. Jadi sambil kemas rumah esok tengok sekali barang-barang ni.


1. Surat, bil dan kad ucapan lama
Yang ada sentimental value bole simpan, yang lain sila buang terutama surat dan yang dah bertahun-tahun tu.

2. Pen yang dah takde dakwat
Sebab lama sangat simpan sampai dakwat kering.

3. Bekas makanan yang tak pakai
Nak buang sayang tapi tak guna pun.

4. Paper bag
Orang pompuan suka simpan benda ni banyak-banyak. Tak payah simpan nanti dapat lagi.

5. Botol-botol
Simpan sebab nak jual kat pusat recyle tapi tak juga pergi.

6. Majalah lama
bila dah banyak majalah lama ni akan makan ruang dan kemungkinan dimakan anai-anai.

7. Kasut lama

kalau elok lagi boleh beri orang tapi kalau dah lusuh dan tak sampai hati nak derma pejam mata buang.

8. Stokin hilang pasang
Takkan nak pakai stokin lain sebelah kot.

9. Barang elektrik rosak
Sebab kita beli mahal jadi bila dah rosak pun sayang nak buang. Penyelesaiannya jual kat pusat kitar semula, dapat jugak sikit modal.

10. Payung rosak
dah rosak tu buang la, jangan simpan depan rumah.

11. Krim dan alat kosmetik lama
Cuba check almari mekap tu ntah-ntah banyak barang expired termasuk krim atau losen badan yang tak pakai-pakai.

12. Pakaian lama
ini paling banyak, memang sayang nak buang jadi sebaiknya kita derma atau beri kat orang. Pakaian yang agak2 dah enam bulan tak pakai-pakai dalam almari tu boleh la korang asingkan.

13. Kotak – macam bekas makanan jugak, kotak kotak ni kita simpan konon nak guna untuk letak barang tapi dah berhabuk tak juga guna.

14. Kalendar tahun lepas
yang ni memang ramai yang simpan. Tak tahu la nak buat apa.

15. Makanan expired
cuba tengok dalam gerobok tu, selalu ada saja perencah, makanan dalam tin atau biskut yang dah lebih tarikh.

P/S : Aduh-aduh sayang..kenapa susah buang..aduh aduh sayang.sayang...aduh sayang... ":)

No comments

Powered by Blogger.