16+ Artis Malaysia Yang Berkahwin Sepanjang Tahun 2015

Perkahwinan menyatukan 2 jiwa menjadi satu. selepas menempuh berbegai rintangan dalam perkenalan akhirnya diijabkabulkan sebagai pasangan pengantin.


Perkahwinan selebriti terkemuka negara antara yang sering mendapat perhatian masyarakat. Jadi Jom kita selongkar selebriti yang melangsungkan perkahwinan di sepanjang tahun 2015

1. Hanez Suraya & Romie Razin
14 Mac 2015



Hanez Suraya telah sah menjadi isteri Romie pada jam 11.25 pagi Sabtu,14 mac 2015 di Masjid Putra,Putrajaya hanya dengan sekali lafaz. Aktres tersebut telah menerima mas kahwin sebanyak RM20,000 manakala wang hantaran pula telah dirahsiakan jumlahnya.

2. Shamsul Baharin & Siti Elizad
11 Jan 2015



Berita tentang pernikahan pelakon yang semakin popular semenjak membintangi drama Teman Lelaki Upahan ini mendapat perhatian ramai selepas beliau mengakui bukan sengaja mahu merahsiakan rumahtangga yang dibina sejak Januari lalu.

Siti Elizad dan Shamsul Baharin Rahman telah selamat diijabkabulkan pada bulan 11 Januari yang lalu yang disempurnakan bapa pengantin perempuan sendiri, Mohd Sharifuddin Baharuddin di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Pada majlis itu, pihak lelaki menyerahkan mas kahwin sebanyak RM777, tujuh dulang hantaran dan berbalas sembilan dari pihak perempuan. Manakala, wang hantaran pula dirahsiakan.

Teruskan Selongkar...
3. Azri AF9 & Salma Mentor 5
31 Jan 2015



Tahniah diucapkan kepada bekas juara 'Mentor 5' Salma apabila telah selamat bergelar isteri dengan kekasihnya, Azri AF9 pada 31 Januari 2015.Majlis pernikahan mereka diadakan di Masjid Al Kautsar, Tawau Sabah tepat jam 11 pagi.

Salma yang berwakil walikan bapanya menerima mas kahwin bernilai RM300 berserta wang hantaran berjumlah RM10 ribu termasuk tujuh dulang hantaran. Sementara itu, Salma membalas dengan sembilan dulang hantaran.

4. Zul Huzaimy & Nur Ernawati
20 Feb 2015



Tahniah buat Zul Huzaimy dan juga Nur Ernawati di atas penyatuan dua hati ini yang berlangsung pada 20 Februari lalu. Sungguh manis kami lihat gambar pasangan ini di hari bahagia mereka.

Zul Huzaimy pada majlis tersebut sentiasa ditemani oleh anaknya, Awal Haziq hasil perkahwinan dengan bekas iterinya, Nor Dalilah Muhammad sebelum mereka bercerai pada 1 Julai 2010.

5. Fadzil Zahari & Yana Samsudin

13 Feb 2015



Fadzil Zahari & Yana Samsudin selamat bergelar suami isteri dengan sekali lafaz.Mengambil tempat di kediaman keluarga pengantin perempuan di Yong Peng, Johor pasanganYana Samsudin dan Fadzil Zahari selamat diijabkabul dalam satu majlis sederhana yang diadakan selepas solat Jumaat hari ini. Mereka dinikahkan oleh jurunikah Imam Shamsul Rizalars.

Pihak lelaki telah menyediakan lima dulang hantaran manakala pihak perempuan telah membalas dengan tujuh dulang hantaran. Pihak lelaki telah menyediakan mas kahwin sebanyak RM10,000 dan wang hantaran sebanyak RM50,000 sebagai pelengkap hantaran.

6. Idris Koh keng Hui & Najwa Mahiaddin

26 Mac 2015



Tahniah kami ucapkan kepada penyanyi, Najwa Mahiaddin yang dijadualkan bakal menamatkan zaman bujang dengan jejaka pilihan hatinya, Idris Koh Keng Hui pada 26 Mac ini di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, di Sri Satria, Presint 16, Putrajaya.

Malah menurut sumber, kad jemputan juga telah diedarkan kepada tetamu Najwa dan Idris sebelum ini telah melangsungkan majlis pertunangan pada 8 Disember tahun lalu dengan rombongan pihak lelaki membawa tiga dulang berbalas lima daripada pihak perempuan.

7. Amir Raja Lawak & Nur Syafinaz

14 Mac 2015



Difahamkan Amir dan isterinya, Nur Intan Syafinaz diijabkabulkan pada 14 Mac 2015 secara sederhana kediaman pengatin perempuan dia Kampung Kubu Gajah.

8. Fad Bocey & Nur Syahirah

14 Mac 2015



Alhamdulillah. Setelah bergelar tunangan selama beberapa jam, terkini Fad Bocy dan gadis pilhannya telah pun selamat bergelar suami isteri. Bertempat di Jitra, Kedah, pasangan sejoli itu tampak manis dengan persalinan serba putih.

9. Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar & Sarimah Ibrahim

2 April 2015



Tahniah diucapkan kepada pelakon dan pengacara Sarimah Ibrahim kini sudah bergelar isteri kepada cucu kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar atau lebih dikenali sebagai Tunku Jamie kira-kira jam 12.28 tengah hari 2 april 2015


10. Taufik Batisah & Sheena Akbal

4 April 2015



Tahniah kami ucapkan kepada Taufik Batisah kerana telah selamat bergelar suami kepada Sheena Akbal dalam majlis pernikahan yang berlangsung pada hari ini. Taufik telah dinikahkan sendiri oleh ayah pengantin perempuan dengan sekali lafaz sahaja.


11. Sam Bunkface & Aida Azira
26 April 2015



Sam Bunkface telah selamat bergelar suami kepada Aida Azira dalam satu majlis yang diadakan di Dewan Sapura Building, The Mines hanya dengan sekali lafaz.

Pasangan ini telah dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah, Masjid Al-Islam Serdang Jaya, Ustaz Mohd Ramizi. Pengantin lelaki menyerahkan tiga dulang hantaran berbalas jumlah yang sama daripada pihak pengantin perempuan.

Aida telah menerima mas kahwin berjumlah RM 1000, senaskah Al-Quran, sebentuk cincin, sehelai sejadah dan sepasang set telekung. Pihak lelaki pula dibalas dengan sebentuk cincin,snaskah Al-Quran dan sehelai sejadah.


12. Fahrin Ahmad & Elena Hani Eleas
9 Mei 2015



Dengan hanya sekali lafaz sahaja Elena Hani Eleas sah jadi isteri Fahrin Ahmad tepat jam 10:40 pagi di Pusat Konvensyen Darby Bukit Kiara di hadapan Ustaz Shahriman Ali Pitchay yang merupakan Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Orang Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Elena Hani Eleas merupakan seorang bekas peguam dan sekarang ini merupakan Pramugari syarikat penerbangan Emirates.


Shah Jaszle & Hanis Husna
1 Mei 2015


Tahniah kami ucapkan kepada Shah Jaszle dan juga Hanis Husna kerana telah bergelar suami isteri pada 1 Mei lalu. Shah Jaszle dilihat memuatnaik gambar Hanis berpakaian lengkap dengan kapsyen ringkas, finally!!!.

Rami Alashkar & Ramona Zam zam
1 Mei 2015


Setelah hampir dua tahun bercinta dengan jejaka dari Palestin, Rami Alashkar yang menetap di Malaysia, Pelakon filem Jengka Ramona Zamzam akhirnya selamat bergelar isteri petang 11 mei 2015 dengan hanya sekali lafaz pada majlis pernikahan yang berlangsung di Kayangan Heights, Shah Alam, Selangor.

Menurut Ramona dia sudah lama mengenali Rami ketika sama-sama menuntut di Kolej Segi, di mana ketika itu Ramona dalam pengajian diploma dan Rami pula sedang mengambil ijazah sarjana muda. Tambahnya, sikap Rami yang cukup menyenangkan membuatkan dia selesa bersama jejaka berusia 27 tahun itu.


Mohd Daud McKienzie & Lana Nordin

15 Mei 2015



DENGAN sekali lafaz, aktres kontroversi dan pelakon seksi, Lana Nodin atau nama sebenarnya, Mazlina Hasan Nodin, 35, selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, David McKienzie atau nama Islamnya, Mohd Daud McKienzie, 35, di Hotel Palace of Golden Horses, Seri Kembangan, hari ini.

Pasangan ini telah dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan Masjid Al-Islah Serdang Raya, Seri Kembangan, Ustaz Mohd Ramizi Ramli dengan mas kahwin berjumlah AS$10,000 (RM32,000) tepat jam 10.35 pagi.


Hairul Azreen & Hanis Zalikha
5 Jun 2015



Hairul Azreen dan Hanis Zalikha sah bergelar pasangan suami isteri jam 3.50 petang semalam (5 Jun 2015) dengan hanya sekali lafaz. Pasangan itu bernikah di kediaman keluarga Hanis di Rumah kediaman Hanis Zalikha di Bukit Jelutong, selepas solat Jumaat. Pasangan ini dinikahkan bapa Hanis sendiri iaitu Zainal Rashid Mohd Zain sambil disaksikan Imam Kedua Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Ustaz Mohd Syuhud Razali.


W.A.R.I.S & Izzati Amirah

3 Ogos 2015



Tahniah diucapkan kepada penyanyi Hip Hop yang terkenal dengan lagu-lagu berdialek Negeri Sembilan, Waris yang kini sah bergelar suami. Waris atau nama sebenarnya Muzzammil Alias, 26, telah sah bergelar suami kepada Izzati Amirah Kamaruddin, 26, seorang pegawai kewangan di Menara OSK.

Abby Abadi & Muhamad Faizal Zakaria

14 Ogos 2015



Tahniah kepada Abby Abadi dan juga suami, Muhamad Faizal Zakaria yang selamat diijabkabul pada pukul 3.30 petang 14 ogos 2015 di Masjid As-Sobirin Keramat hanya dengan sekali lafaz.

Nubhan & Afifah Hidayah Ahmad Tawfek
29 Ogos 2015




Hanya dengan sekali lafaz penyanyi yang juga merupakan bekas pelajar AF6 Nubhan 29, selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, 26, pada Sabtu.

Pasangan tersebut dinikahkan di rumah pengantin perempuan di Seremban 2 pada jam 3.45 petang.

Akad nikah pasangan itu disempurnakan oleh Penolong Pendaftar Nikah dan Cerai Seremban 2, Hj Wan Nawang bin Hj Wan Sulong dan berwalikan bapa pengantin perempuan Hj. Ahmad Tawfek bin Zulkifly dengan mas kahwin sebanyak RM 1000.


Nad Zainal & Muhammad Faliq
18 Disember 2015


Setelah dilanda pelbagai kontroversi hangat yang mengaitkan Nad Zainal dengan beberapa pelakon terkenal, Nad Zainal akhirnya sah bernikah dengan pilihan hatinya iaitu muhammad Faliq. Majlis perkahwinan itu telah diadakan di Rooftop Hotel Bukit Jelutong, Shah Alam dan dihadiri oleh saudara dan rakan terdekat.

Nad menerima mas kahwin bernilai RM350 dan majlis ini telah diadakan secara tertutup di mana hanya melibatkan ahli keluarga sahaja di Bukit Jelutong.
Manakala majlis persandingan juga diadakan di lokasi yang sama, pada sebelah malam The Roof Garden Hotel, Bukit Jelutong, yang mana dihadiri teman rapat, sanak saudara dan rakan media.

Raja Farah & Iskandar Ismail
6 September 2015


Raja Farah dan Iskandar Ismail nampak seperti pinang dibelah dua. Senyuman pun tampak lebih kurang sama. Memang seiras sangat-sangat wajah pasangan pengantin baru ini. Semoga masjid yang dibina akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Sememangnya, berita mengenai perkahwinan aktres filem Haq itu memberi kejutan kepada banyak pihak, terutamanya kepada mereka yang betul-betul mengikuti kisah peribadi Raja Farah.
Mana tidaknya, keputusannya untuk bertunang pada 9 Ogos lalu juga sudah cukup membuatkan ramai yang tertanya-tanya perihal tindakannya. Ini kerana ketika itu dia masih lagi boleh dikatakan baru sahaja bertukar status janda selepas bercerai dengan suami terdahulu, Megat Bashirun Qhuyum Zakaria, 30, pada Mei lalu.

Ini secara tidak langsung menjadikan majlis pernikahan yang berlangsung hari ini adalah kurang sebulan selepas dia memilih menjadi tunangan kepada lelaki yang berasal dari Kuala Lumpur itu pada 9 Ogos lalu. Satu lagi kejutan buat teman-teman seperjuangannya saat dilayangkan kad jemputan.

 Shukri Yahya & Tya Adnan
20 november 2015


Hanya dengan sekali lafaz pelakon Shukri Yahaya telah sah bergelar suami kepada Tya Adnan dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di Masjid Tuanku Zainal Abidin, Putrajaya pada jam 3.36 petang 20 nov tadi.

Pasangan itu dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan dan Perceraian Putrajaya, Muhd Redza Ahmad dan berwakil walikan bapa Tya sendiri iaitu Ahmad Adnan Ishak.

Shukri  menyerahkan mas kahwin berupa wang tunai berjumlah RM300. Walaubagaimanapun, pasangan ini tidak mendedahkan jumlah mas kahwin mahupun hantaran kerana tidak mahu menunjuk-nunjuk. Malah, Shukri tidak menerima sebarang tajaan buat majlis raja seharinya dan lebih selesa untuk menggunkan wang hasil titik peluhnya sendiri bagi perkahwinan beliau.
Pihak lelaki turut turut memberi tujuh dulang hantaran yang merupakan senaskah Al- Quran, set minyak wangi,telekung, beg tangan,set alat solek, kek dan sirih junjung.

Tya pula membalas dengan sembilan dulang hantaran yang mengandungi senaskah Al-Quran dan tasbih, sepasang kasut, kek, komputer riba, jam tangan, set wangian, coklat, buah-buahan dan sireh junjung.

Shuk SYJ & Sera
20 Disember



Tahniah kami ucapkan kepada pelawak Shuk daripada kumpulan SYJ yang telah selamat bernikah dengan gadis pilihan hatinya pada 20 Disember lalu bertempat di Kampung Ulu Sapi, Sandakan, Sabah.
Tidak ramai yang mengetahui bahawa Shuk sudah berkahwin dengan gadis yang dikenali sebagai Sera kerana majlis beliau berlangsung secara tertutup dan sederhana.  Bahkan, Shuk baru sahaja berkongsi foto majlis perkahwinan beliau di Instagram.

Alif Satar & Sha Dila Halid
15 September


Tahniah diucapkan kepada penyanyi dan pengacara, Alif Satar. Hanya dengan sekali lafaz beliau akhirnya bergelar suami kepada Sha Dila Halid, 30, dalam satu majlis yang diadakan di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur kira-kira jam 11.40 pagi 15 september

Pasangan itu dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam Wilayah Persekutuan, Mohd Zaki Mahmood kira-kira pukul 11.40 pagi. Sha Dila diwalikan oleh bapanya Halid Mohamad.

Alif atau nama sebenarnya Muhammad Alif Mohd Satar, 24, memberikan mas kahwin sebanyak RM80 manakala wang hantaran RM19,000. Rombongan lelaki turut membawa lima dulang hantaran dan dibalas tujuh dulang oleh pihak perempuan.

Zaim Helmi Zaini & Nur Damia 
25 Disember 2015


Pada 25 Disember lepas, pengacara Malaysia Hari Ini (MHI) iaitu Zaim Helmi Zaini, 29, telah melangsungkan pernikahan dengan pilihan hatinya Nur Damia Mohamed Nasir, 28, di De Palma, Ampang. Pernikahan disahkan dengan sekali lafaz.




Nabila Huda & Mohd Izwan Johar
25 Disember 2015

Tanggal 25 Disember 2015, kira-kira jam 9.20 pagi, Nabila Huda telah pun selamat bergelar isteri kepada Mohd Izwan Johar di Masjid Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam. Akad nikah telah dilangsungkan oleh ayah Nabila Huda iaitu Amy Search. Mohd Izwan menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 kepada Nabila. Bagaimanapun, pasangan ini merahsiakan jumlah wang hantaran. Pihak lelaki memberi lima dulang hantaran manakala pihak perempuan membalas tujuh dulang.



Marsha Milan Londoh & Mohamed Shaifu Nizam
31 Disember 2015


Selebriti serba boleh, Marsha Milan Londoh telah selamat bergelar isteri kepada jejaka idamannya iaitu Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail dalam majlis pernikahan yang berlansung di kediaman pengantin lelaki di Green Lane, Pulau Pinang.


Aktres jelita itu telah menerima mas kahwin berjumlah RM1,001 manakala jumlah wang hantaran dirahsiakan jumlahnya. Pihak lelaki memberi tujuh dulang hantaran dibalas sembilan dulang hantaran oleh pihak perempuan.

Majlis pernikahan dibuat secara sederhana yang dihadiri oleh ahli keluarga terdekat kedua belah pihak dan juga sahabat handai kepada pasangan berkenaan.

Tahniah diucapkan kepada pasangan mempelai.. Smoga berkekalan dah berbahgia selamanya sehingga ke akhir hayat.


Via : Selongkar10
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook / Instagram / Twitter

3 Comments

Apa Kata Anda?

  1. Tahniah diucapkan kepada smua..smoga berkekalan sehingga ke akhir hayat

    ReplyDelete
  2. woww meriahhnya... Untunglah dapat kahwin

    ReplyDelete
  3. Shah Jaszle dah kahwin dah.... Melepass

    ReplyDelete
Previous Post Next Post