25 Lukisan Jenazah Anak Kecil Syria, Aylan Kurdi Yang Terdampar Di Tepi Pantai Dari Pelukis Seluruh Dunia

ISTANBUL, Khamis – Dengan sebelah muka menghadap ke pasir, mayat Aylan Kurdi, 3 tahun, terbaring setelah hanyut dan terdampar di pantai Bodrum di Turki.

Dengan memakai baju merah, seluar biru dan berkasut, Aylan dikenalpasti oleh pihak berkuasa Turki sebagai salah seorang daripada 12 warga Syria yang mati akibat bot yang mereka naiki karam sebelum sampai ke Greece.Media Turki memberitahu keluarga Aylan berasal dari bandar Kobani di utara Syria, berdekatan sempadan Turki, satu kawasan yang menyaksikan pertembungan antara militan IS dan tentera Kurdi beberapa bulan lalu.


Susulan dari itu, gambar arwah adik Aylan yang menjadi viral apabila ditemui terdampar di tepi pantai dan menyentuh perasaan Apabila pelukis2 dari seluruh dunia mengabadikan gambar arwah Aylan Kurdi, 3 tahun dalam bentuk karya.

Gambar adik Aylan terdampar di pantai juga adalah "The Most Powerful Photo Of 2015..."  Sama sama kita hayati karya yang disampaikan oleh pelukis2 di seluruh dunia mengenai gambar arwah adik Aylan yang menjadi viral apabila ditemui terdampar di tepi pantai




Teruskan Selongkar...!!!













 






Setakat ini, daripada kesemua 23 orang yang menaiki dua bot itu, lima kanak-kanak dan seorang wanita disahkan mati, tujuh orang telah diselamatkan manakala dua lagi berjaya ke pantai menggunakan jaket keselamatan.

Dua orang dilaporkan masih hilang.

Kejadian ini telah mendapat perhatian dunia khususnya rakyat Turki.

Di twitter, hashtag #KiyiyaVuranInsanlik (manusia terdampar) menjadi trending tertinggi dan gambar Aylan menjadi viral di media sosial.




Sementara itu, pihak tentera berkata pasukan penyelamatnya telah menyelamatkan ratusan nyawa migran di laut antara Turki dan Greece dalam beberapa hari kebelakangan ini.

Puluhan ribu rakyat Syria terpaksa keluar dari negara mereka menuju ke Eropah akibat peperangan yang berlaku.

Mereka menggunakan bot melintasi laut Turki seterusnya menuju ke Greece sebagai pintu masuk ke negara-negara Eropah lain.

Mengikut laporan agensi bantuan kemanusiaan, pada bulan lepas setiap hari seramai 2,000 orang telah bergerak ke Greece.

Pasukan pengawal pantai Greece pula dalam kenyataannya berkata, satu kapal yang membawa 1,800 migran dan pelarian telah tiba di satu pelabuhan di Athens.

Gambar Aylan mencetuskan desakan pelbagai pihak supaya masalah migran yang masuk ke Eropah diselesaikan dengan cara terbaik.

Innalillahiwainnalillahirajiun sedekahkan Al-fatihah kepada mereka yang telah pergi semoga ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman

Al-Fatihah

#KiyiyaVuranInsanlik

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post