10 Fakta Menarik Tentang Kedai Perkakasan Rumah Mr. DIY..!!!

Fakta-fakta menarik tentang Mr Diy yang kini banyak terdapat cawangannya di shopping mall terkemuka. Terkenal dengan barangan perkakasan rumah yang mudah didapati disini menjadikannya kedai pilihan ramai





1. Cawangan yang pertama MR.D.I.Y. dibuka di jalan Tunku Abdul Rahman pada bulan julai 2005. Ini bermakna MR.D.I.Y sudah berusia 10 tahun.




2. Slogan kami adalah “Always Low Price” yang mana bertepatan dengan apa kami lakukan. Kami sentiasa mengekalkan harga rendah kepada pelanggan kami.



Teruskan Selongkar...

3. Purata keluasan kedai kami adalah 10,000 kaki persegi yang mana ianya memberi satu pengalaman membeli-belah yang selesa dan baik untuk anda serta keluarga anda.



4. Kami sangat suka bahan binaan berasaskan kayu dan batu bata! Kerana kami adalah MR. “Do It Yourself”, anda boleh melihatnya di seluruh reka bentuk kedai kami. Pada masa sekarang ianya merupakan identity korporat kami. Tetapi adakah anda tahu bahawa anda mungkin tidak dapat mencari kayu dan batu bata dalam kedai anda sendiri?



5. Adakah anda tahu bahawa kami menawarkan lebih daripada 30,000 jenis produk yang mana terdiri daripada barangan perkakasan rumah, alatan berkebun, barangan elektrik, alatan tulis, barangan sukan, aksesori kereta, barangan permainan dan juga barangan kosmetik serta barangan kemas.



6. Ya, kuning adalah warna kesukaan kami.



7. Logo korporat kami adalah animasi kartun tukul yang mana menunjukkan symbol bagus ibu jari, ini menggambarkan kemesraan kami dengan anda.





8. Anda boleh mencari kedai kami di kawasan rumah kedai, di pusat membeli-belah atau di pasaraya yang berdekatan dengan kawasan anda.



9. Kini anda boleh temui kami di cawangan-cawangan Tesco, Aeon dan Aeon Big yang terpilih diseluruh negara. (Aeon dahulunya dikenali sebagai CARREFOUR).



10. D.I.Y. sekarang boleh didapati di negeri-negeri seluruh Malaysia termasuk Selangor, Kuala Lumpur, Melaka, Johor, Pahang, Pulau Pinang, Kedah, Perak, Negeri Sembilan dan Sabah! Apabila anda mencari sesuatu atau apa sahaja, kami lah tempat anda harus tuju. :)

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post