4 Aplikasi Android untuk Jadi Lelaki Yang Cool..!!!

Tak tahu resipi, tengok youtube. Tak tahu pilih diet sesuai, download apps makanan. Semuanya jadi mudah sekarang. Kalau nak jadi lelaki yang cool pula macam mana? 


Jom selongkar empat aplikasi dalam platform Android yang boleh anda muat turun sekarang.

1. HOW TO TIE A TIE

 
Memang boleh stress kalu tak kena gaya ikat tali leher. Senang saja, muat turun aplikasi ini. Siap ada step by step dan pelbagai jenis ikatan tali leher untuk pelbagai acara
berbeza. Dengan adanya aplikasi ini, dalam kereta pun ada boleh belajar cara mengikat tali leher dengan betul.

2. URBAN DADDY 


Aplikasi sesuai untuk anda yang mencari teman wanita yang secocok dengan anda. Ia juga memaparkan lokasi kedai, tempat istirahat berhampiran untuk memudahkan anda mencari spot untuk lepak bersama kawan-kawan.

Teruskan Selongkar..



3. EVERNOTE 
 
Kalau anda jenis lelaki yang sibuk dan banyak kerja perlu diselasaikan dalam satu-satu masa, maka Evernote sesuai untuk anda. Evernote membolehkan anda mencatit agenda-agenda penting dan tugasan harian anda dalam bentuk teks, foto, video dan suara. Bila semuanya sudah disimpan, tunggu sahaja notifikasi auto yang untuk memastikan anda tidak terlepas melakukan tugasan yang diperlukan.

4. COOL GUY-STYLE APP 

 
Buat lelaki yang kantoi memilih gaya pemakaian yangs esuai untuk diri sendiri. Banyak idea-idea pemakaian lelaki boleh anda jadikan 'modal' dalam aplikasi Cool Guy ini. Selepas ni,
tak perlu risau kena gelak dengan member-member lagi!

Kredit : Maskulin

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post