16 Jejaka Finalis Mister Malaysia United Pageants 2016

Secara rasminya, Malaysia United Nation Pageants (‪#‎MUNP‬) memperkenalkan 16 peserta yang dipilih mewakili 16 buah negeri untuk bersaing dalam pertandingan pageant lelaki terunggul di negara ini iaitu Mister Planet Malaysia 2016 (‪#‎MPM2016‬).


Menerusi beberapa peringkat saringan termasuklah ujian kecerdasan mental dan kecergasan fizikal, inilah 16 yang terbaik berbanding ramai lagi calon lain yang telah mengikuti program pendek sesi uji bakat yang diadakan bermula April sehingga Oktober tahun ini.


Tahniah diucapkan buat kesemua finalis dan diharap, peluang yang telah diberikan dapat digalas dengan baik, sekali gus berjaya dinobatkan sebagai juara Mister Planet Malaysia yang baharu.


Selain pemenang tempat pertama, finalis lain yang komited juga berpeluang untuk diangkat sebagai Mister Malaysia mewakili negara ke peringkat dunia dalam beberapa pertandingan francais yang lesennya dimiliki oleh MUNP seperti Mister Global Malaysia, Mister United Ambassador Malaysia, Mister United Continent Malaysia dan Mister Pan-Continental Malaysia.

Khaza Mizty



Bertemakan ekopelancongan domestik, MPM2016 yang memasuki musim ketiga mendapat kerjasama agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan serta diberi pendedahan awal berhubung banyak aspek yang membentuk personaliti para finalis.


Bukan sahaja diberi pendedahan mengenai dunia fesyen, mereka turut berkesempatan mengenali lapangan seni lain seperti lakonan, iklan komersil dan sebagainya.


Pageant bukanlah model tetapi peranannya lebih besar daripada itu iaitu menyediakan platform lebih baik untuk setiap finalis dalam membina sahsiah diri, seterusnya mampu dijadikan ikon oleh generasi muda lain.

Pada masa yang sama, kempen melestarikan alam menjadi tunjang utama penganjuran program ini bagi memastikan kesinambungan untuk generasi akan datang agar dapat menghirup udara bersih tanpa toksik.





























 



Justeru, buat semua penyokong MPM selama ini, teruskan sokongan anda terhadap peserta pilihan masing-masing dan setiap kritikan membina diharap dapat dilontarkan demi kebaikan bersama.

Sekian, wassalam dan terima kasih.

Photo credit goes to @mistercarrotino / Mister Razzswill Hassan

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post