10 Tweet & Status Artis Yang Menjadi Viral Di Laman Sosial Sepanjang 2015..!!!

Sejak adanya laman sosial seperti FB, Twitter, Instagram dan sebagainya, sejak itulah kita dapat lihat bagaimana tulisan dan pemikiran artis-artis kita. 

Yang memberi motivasi seperti Datuk Fazley, Hafiz Hamidun pun ramai, tetapi tidaklah menjadi viral sangat berbanding 10 terhangat di bawah yang Media Hiburan senaraikan ini.

Ramai lagi, namun ini dulu yang kami sediakan.

Jom kita refresh semula.


10. Kenyataan Kevin - #gemoksiawesome
Kenyataan Abam Bocey iaitu Gemuk is awesome mendapat perhatian Kevin Zahari. 



9. Afdlin Shauki - Zamani menyanyi tangan bergari
Penyanyi Zamani yang disuruh menyanyi dengan tangan yang bergari mendapat perhatian netizen. Afdlin Shauki turut memberi komen dan mendapat perhatian juga dari PDRM. 


  
Teruskan Selongkar...

8. KJ - Tall, Dark, Handsome
Komen YB Khairy Jamaluddin terhadap lelaki KPOP dan meminta semua wanita kembali kepada lelaki tall, dark, handsome, hangat diperkatakan. Lelaki sudah pastinya menyokong YB KJ.




7. Datuk Siti Nurhaliza - Safe flight dear...
Mesej Datuk Siti Nurhaliza kepada Ronaldo dengan ucapan 'safe flight dear'. Walaupun sekadar ucapan biasa namun kerana ia terlalu sweet dan ditujukan pula kepada Ronaldo, terus menjadi viral.
 

6. Zed Zaidi - MH 370
Tweet Zed Zaidi mengenai kapal terbang MH370 yang hilang dari radar mendapat kecaman ramai. Akhirnya Zed memohon maaf dan mengakui kesilapannya yang tidak sensitif. 




 5. Rita Rudaini - 'Spenda'
Perang rumah tangga di laman sosial antara Rita Rudaini dengan bekas suaminya. Paling diingati sudah pastilah komen Rita mengenai 'spenda' (seluar dalam) yang dakwanya tidak pernah bekas suaminya belikan. 

 
4. Fasha Sandha - To Nora, Thank You Very Much


Tulisan panjang lebar Fasha Sandha baru-baru ini turut mengundang pelbagai spekulasi. Lebih-lebih lagi apabila turut mengaitkan nama Nora Danish dengan ucapan thank you very much. Faham kan maksud tu..

3. Datuk Siti Nurhaliza - Keguguran
Pagi yang gempar dan sedih apabila Datuk Siti Nurhaliza mengumumkan bahawa dia keguguran di laman Instagram. Cerita ini begitu cepat tersebar. 


 

2. Azwan Ali - Menate
Dari orang tidak tahu apa itu Me'nate terus popular restoran tersebut. Alkisahnya Azwan Ali salah faham apabila salah seorang followernya menulis 'Me'nate'. Bukan nak kata binatang tetapi memang nama restorannya Me'nate. 

 

1. Fazura - #KimK
Ini satu lagi salah faham. Yang dimaksudkan oleh penulis adalah Kim Kardashian tetapi yang difahami oleh Fazura adalah Kim*k. Cerita ini masih lagi trending dan mendapat perhatian ramai dengan hashtag #KimK



P/S :  Apa yang buruk kita jadikan tauladan yang baik kita jadikan teladan....Ok sekian..
Kredit : MediaHiburan

No comments

Powered by Blogger.