10 Kemalangan Lori Terbalik Sehingga Melimpahkan Muatan Ke Atas Jalanraya

Sekarang ni macam-macam cerita tentang kemalangan kita dengar saban hari di dada akhbar, berita.
ada yang cedera parah. ada yang sampai kehilangan nyawa. Kemalangan yang mengakibatkan limpahan muatan ke atas jalan raya.



1. Kemangalan Lori Muatan Khinzir
Sekinchan – Sebuah lori yang sarat dengan muatan ba.bi terbalik dalam satu kemalangan di Pasir Panjang pagi tadi.



Lori yang membawa haiwan ba.bi itu dikatakan terbalik apabila pemandu lori berkenaan gagal mengawal kenderaan kerana dikatakan di pandu dalam keadaan yang laju.



Gambar kemalangan tersebut turut dikongsikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi melalui akaun Instagramnya.



“Lori ini pagi tadi yang potong kita, bukan main laju (pemandu lori) bawa, macam lipas kudung.



“Sampai (saya) terpaksa tukar baju, sebab terkena segala yang tak patut” menurut saksi kejadian Mimie Honey Nizam Mimie di laman Facebooknya.

Teruskan Selongkar...2. Kemalangan Lori Muatan Kaki Ayam Terbalik
Kemalangan di KM92 Lebuhraya Utara Selatan(Sungai Petani)..Sebuah lori muatan kaki ayam kemalangan dan kaki ayam berterabur..


Kaki ayam bertaburan di atas jalan raya manakala tiga cedera ringan apabila lori yang membawa bungkusan kaki ayam terlibat dalam kemalangan membabitkan 11 kenderaan di KM92.4 Lebuhraya Utara-Selatan kira-kira pukul 6.30 pagi tadi. - Foto Bernama

keadaan jalan yang licin kerana kaki ayam tersebut menyebabkan 7 buah kenderaan lain pula terbabas selepas hilang kawalan. Kejadian berlaku pagi tadi..

2. Kemalangan Lori Muatan Anak Ayam

Kes ini berlaku di china timur di Shandong. Kemalangan melibatkan lori membawa anak ayam. Sebanyak 10 ribu ekor anak ayam yang sekurangnya bernilai $7,800.








Mesti suasana riuh rendah dgn bunyi cip cip cip si kuning comel ni kan...




Alolo kesiannya pasti ada yang terkorban di sebalik tu


Cubaan menyelamatkan anak ayam yang tinggal



3. Kemangalan Lori Muatan Ikan Keli

GUIZHOU (China): Pintu bekalang sebuah lori yang sarat muatan ikan keli tiba-tiba terbuka menyebabkan hampir tujuh tan ikan berkenaan bertaburan di jalan raya di Kaili dekat sini.



Ribuan ikan itu melimpah di atas jalan raya berkenaan menyebabkan laluan itu menjadi licin dan dipenuhi ikan keli.


Bagi melancarkan trafik, pihak bomba dengan kerjasama orang ramai terpaksa mengambil masa kira-kira dua jam bagi memungut semula ikan-ikan seberat lebih 6,800 kilogram itu.

5. Lori Pasir Terbalik
DAMANSARA - Sebuah lori yang membawa muatan pasir dilaporkan terbalik di KM15.5, NKVE menghala Subang, hari ini.


Keadaan lori dengan pasir bertaburan atas jalan di Damansara.
Penolong Pengarah Operasi dan Penyelamat Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 12.53 tengah hari.
Menurutnya, jentera pertama tiba tujuh minit selepas itu diketuai Komander Operasi, PBK II Jaswan dan lima anggota dari Balai Bomba Penyelamat Damansara.

"Setibanya di lokasi kejadian dapati memang benar berlaku kemalangan.
"Bagaimanapun, pemandu terlibat tiada dilokasi dan gagal dikesan," katanya.
Menurutnya, bomba kemudian menjalankan kerja-kerja membersihkan pasir yang bertaburan atas jalan.

6. Lori Gas Silinder Terbalik

Utara selatan higway...
Mghala utara..
Selepas terowong menora...





Lori tanker gas selinder terbalik... jalan mghala utara dttup sepenuhnya..
Elakk kesesak dgn mengunakn jln lama melalui tol jelapang... dan kluar semula dri tol kuala kangsar..

7. Van bawa Syiling Terbabas
Van yang membawa muatan wang syiling berjumlah Rm36,000 pecah tayar dan terbalik. Akibatnya , ribuan syiling 10sen 0.20sen bertaburan di atas jalan raya

 
dan sepertimana sifat rakyat Malaysia yang prihatin ada yang mengutip dan membawa pulang wang syiling terbabit


Perjalanan dari ibu kota ke ipoh itu mulanya lancar sehinggalah tiba kira-kira 1 kilometer selepas susur Bukit Beruntung tiba-tiba tayar belakang van pecah.



Van ini terus hilang kawalan lalu terbabas ke laluan kiri dan merempuh besi penghadang.
Kredit : ondascene

8. Kemalangan Lori Beras Terbalik

KUALA KUBU BHARU - Jika bulan lepas ada pesta kutip duit syiling di Seremban, semalam pula ada pesta kaut beras di Kilometer 394.4 Lebuh Raya Utara-Selatan arah ke Selatan berhampiran Behrang-Tanjung Malim di sini.



Pesta kaut beras pada pukul 9.15 pagi itu berlaku apabila beratus-ratus kilogram beras daripada sebuah treler membawa muatan beras tumpah apabila kenderaan berat itu merempuh sebuah lori membawa muatan pasir.


Akibat perlanggaran itu juga, kelindan treler membawa beras maut manakala pemandunya cedera parah.

Mangsa yang terkorban Hanafi Mohd. Daud, 19, manakala mangsa yang cedera, Ahmad Rozlin Ahmad Murad, 22. Muatan pasir dalam lori itu juga tumpah. Pemandu dan kelindan lori pasir itu tidak cedera.

Pemangku Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Selangor, Supritendan Ismail Ibrahim berkata, sebelum kejadian itu, dua buah kenderaan itu dalam perjalanan dari utara menuju ke selatan untuk untuk menghantar muatan masing-masing.

9. Kemalangan Lori Tepung Terbalik
Alor Setar: Pemandu lori dan dua kelindannya parah akibat tersepit selepas lori seberat lapan tan yang sarat dengan muatan tepung gandum dinaiki mereka terbabas dan terbalik di Kilometer 53.9 Lebuhraya PLUS arah utara berhampiran Plaza Tol Alor Setar Selatan, di sini, pagi tadi.



Dalam kejadian 11 pagi itu, lori yang dipercayai dalam perjalanan dari Pulau Pinang itu dikatakan membawa muatan tepung seberat kira-kira 10 tan ke bandar raya ini.



Semua mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan kira-kira 20 minit oleh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Raja dan Alor Setar yang kemudian menghantar mangsa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, untuk dirawat.



Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Penguasa Bomba Nur Hafizah Muhammad Lukman berkata, pihaknya menerima panggilan pada 11.06 pagi dan anggotanya tiba di lokasi pada 11.21 pagi.

Katanya, anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit dan menghantar mereka dengan kenderaan Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) dan ambulans ke HSB untuk dirawat.
Sumber Info:Zuliaty Zulkifli Selasa, 7 April 2015 @ 2:01 PM

10. Kemalangan Lori Muatan Air Terbalik

TERBALIK…..Keadaan lori yang terbalik di Lebuhraya Tawau-Lahad Datu


Menurut beberapa saksi yang menyaksikan tragedi tersebut menjelaskan, lori berkenaan dipandu laju telah terbalik apabila cuba mengelak sebuah kenderaan yang hendak memotong kenderaan lain arah bertentangan.
Keadaan cemas ini menyebabkan pemandu lori berkenaan secara tiba-tiba menekan brek secara mendadak sehingg lori tersebut terbalik. Pemandunya tersepit dan mengalami kecederaan parah di bahagian bahu.

11. Treler Susu Terbalik Di Bachok

Treler muatan susu yang dalam perjalanan menghantar bekalan sekitar Bachok berkenaan terbalik menyebabkan ribuan stok susu bertaburan di atas jalan.ORANG ramai dilihat mengutip susu dari treler yang terbalik di simpang tiga Kampung Tawang di Bachok, 





Dalam kejadian itu, pemandu dan kelindan hanya mengalami cedera ringan. Tindakan orang ramai mengutip susu yang bertaburan itu mendapat perhatian warganet dan setakat ini belum dapat dipastikan perbuatan mereka mendapat keizinan pemilik syarikat susu berkenaan atau tidak.


P/S : Bayangkan lori yang besar pun boleh terbalik..boleh pecah tayar.. sentiasa lah berhati-hati di jalan raya.. malang tu tidak berbau

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post