8 Jenis-Jenis Rakan Dalam Group Whatsapp, Korang Jenis Yang Macamne..!!!!


Jenis-Jenis Rakan Whatsapp Yang Perlu Diketahui


Ada orang beli smartphone semata-mata nak berwhatsapp. Itu memang ada dan itu perkara yang normal kerana mengikuti perkembangan terkini.
Boleh kata hampir semua rakyat Malaysia guna mesengger seperti Whatsapp dan Telegram dalam pada masa yang sama kita akan jumpa rakan-rakan whatsapp yang berkelakuan pelik dan kadangkala menyakitkan hati pun ada. 🙂
Nak tahu Jom terjah!
Jenis-Jenis Rakan Whatsapp Yang Perlu Diketahui

Tabiat Rakan Whatsapp Yang Perlu Diketahui

1) Silent Group Member
Mesti ada dalam group dalam senarai kenalan kita yang tak pernah nak cuba untuk mengatakan ‘salam’ apatah lagi ‘hello’ dalam group walaupun sentiasa kekal dalam group. Ramai yang tidak suka dengan orang yang tidak aktif dalam group sebab sukar mendapat sebarang cadangan atau pendapat termasuk dalam memberi maklum balas. 

Teruskan Selongkar...



2) Message Forwarder
Yap, mesti ada jenis salah seorang ahli dalam group yang gemar forward mesej yang berbentuk lawak, isu semasa dan pelbagai mesej yang merepek sama ada di dalam group atau pun secara personal.
Tapi sila pastikan mesej yang hendak diforwadkan or dikongsikan yang berkaitan dengan berita adalah berpandukan fakta yang benar. Jangan sekadar berkongsi tapi tak tahu sama ada berita yang disampaikan betul atau tak.
Kalau mesej berita yang disampaikan adalah tidak betul takut-takut terlibat dengan fitnah. Lebih baik kurangkan forward mesej seperti berikut.
Lagi satu, paling annoyinng bila mana mendapat satu mesej yang mengatakan apabila sudah membaca kongsilah dengan 10 rakan yang lain sebagai tanda anda sayang kepada mereka. euwww~

3) DP (Display Picture) Stalker.
Mungkin ada beberapa dikalangan pengguna Whatsapp/Telegram selalu check DP dan status orang orang lain untuk melihat perkembangan terkini rakannya. Dan mungkin berlumpa-lumba untuk mendapatkan DP yang cantik berbanding DP rakan-rakannya begitu juga dengan status pada whatsapp.
Sebahagian pengguna Whatsapp juga gemar mengkritik atau bertanya DP yang digunakan pada Whatsapp/Telegram secara direct. Contoh DP ialah selfie kat pantai, stalkler akan tanya bercuti kat mana? Pantai mana yang ko pergi? Pergi pantai tak ajak dan sebagainya.
Kalau di Telegram, pengguna boleh melihat DP terkini dan terdahulu rakan punya berbanding DP pada whatsapp yang terhad pada 1 gambar DP sahaja.

4) Pencuri Status
Dah tengok DP, tengok pula Status kalau agak-agak menarik je status tu mesti ada yang akan cilok status tersebut pastu jadikan status sendiri dalam whatsapp atau pun ambil status tersebut dan berkongsi at media social seperti facebook dan twitter tanpa pengetahuan owner status whatsapp sendiri.
Jenis-Jenis Rakan Whatsapp Yang Perlu Diketahui
Ada orang tak kisah status kena cilok tapi ada beberapa orang ambil kisah tentang hal ni.  Paling tak bestnya bila mana status yang dicilok mengaku status yang dicilok tu original dari dia.  Itu memang dasar tak tahu malu!

5) Raja/Pemaisuri Emoticon
Jenis yang macam ni mesti akan respond dalam bentuk smileys. Smiley bentuk piramid, smiley untuk hari tertentu seperti hari raya dan korban, smiley yang panjang pastu diakhiri dengan perkataan tak penat ke scroll bawah je?. 😀
Jenis-Jenis Rakan Whatsapp Yang Perlu Diketahui
Terpulang pada individu masing-masing, ada yang suka dan ada yang tidak suka kalau smiley terlalu kerap digunakan lagi-lagi kalau smiley ‘kitaran semula’

6) Voice Note User
Ada jenis yang malas nak taip then guna voice note dan kadangkala kalau digunakan selalu agak rimas sebab kena pakai earphone kalau nak dengar voice note dengan lebih jelas.

7) No Reply
Whatsapp sekarang dah update yang terbaru dengan tick berwarna biru menandakan penerima sudah membaca.
Jenis-Jenis Rakan Whatsapp Yang Perlu Diketahui
Tapi cuba bayangkan kalau si penerima tak reply mesej yang telah dihantar. Padahal mesej yang dihantar tu sangat urgent tapi penerima buat dek je. Panas tak panas kalau yang macam ni.  Bersabarlah dengan jenis rakan whatsapp yang macam ni. 😀

8) Admin Suka Invite ahli
Ada orang tak suka admin group yang invite masuk dalam group secara tiba-tiba tanpa kebenaran. Dari group sekolah, group kelas, group sukan, group bergosip Opss, group affiliate dan sebagainya.
Kemudian, group pula yang diinvite tak berapa nak meriah just sekadar ada mesej good morning pastu good night. Better leave dari menyemakkan dengan lambakan group yang kurang aktif.

No comments

Powered by Blogger.