7 Fakta Menarik Kemenangan Tontowi Ahmad-Liliyana Natsir Beregu Campuran Indonesia..!!!

Beregu campuran Indonesia, Tontowi Ahmad-Liliyana Natsir merangkul pingat emas Olimpik Rio 2016 selepas mengalahkan pasangan Malaysia, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying, 21-14, 21-12, pada aksi final di Riocentro Pavilion, malam tadi. Berikut adalah tujuh catatan menarik hasil kemenangan mereka.

1. Tontowi (Owi) dan Liliyana (Butet) tak pernah tewas dalam semua perlawanan sepanjang Olimpik Rio 2016. Bermula dengan kemenangan ke atas regu Britain, Thailand, Cina dan pasangan Indonesia serta dua kali menewaskan beregu Malaysia dan kedua-duanya menang dengan straight set.

Teruskan Selongkar...



2. Kejayaan mereka adalah pencapaian pingat emas pertama bagi beregu campuran. Sebelum ini, pencapaian terbaik acara ini adalah sekadar meraih dua pingat perak.

3. Liliyana Natsir adalah menjadi wanita Indonesia kedua yang meraih pingat emas Olimpik selepas kejayaan Susi Susanti di Olimpik Barcelona 1992.

4. Bagi Liliyana Natsir, pingat kali ini adalah yang kedua bagi dirinya selepas meraih pingat perak di Olimpik Beijing 2008 ketika berpasangan dengan Nova Widianto.

5. Sejak badminton diperkenalkan pada Olimpik 1992, Indonesia hanya gagal meraih pingat emas pada Olimpik London 2012, bahkan pada temasya itu, Indonesia gagal meraih sebarang pingat.

6. Emas yang diraih Owi dan Butet adalah pingat emas ketujuh bagi Indonesia di temasya Olimpik sejak mengambil bahagian pada tahun 1952 ketika Olimpik Helsinki. Menariknya, semua emas itu disumbang acara badminton.

7. Pingat emas diraih Owi dan Butet pada 17 Ogos 2016, emas ketujuh Olimpik pada era pemerintahan Presiden Indonesia ketujuh, Joko Widodo sebagai hadiah khas sempena hari kemerdekaan republik itu yang ke-71
 

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post