9 Jenis Ragam Kereta Idaman Orang Malaysia..!!!

KERETA IDAMAN ORANG MALAYSIA

Assalamualaikum.

Pernah tak anda terfikir bagaimana kah rupa bentuk kereta idaman orang Malaysia? Setelah memandu sejak tahun 1983, melihat dan memerhatikan sikap pemandu di negara kita, dan membaca komentar serta kritikan dlm majalah kereta di negara kita maka saya percaya inilah rupa bentuk kereta yg ideal bagi kebanyakan pemandu di Malaysia:

1. Mempunyai lampu depan yg paling besar dan terang. Klu boleh lampu putih yg boleh membutakan pemandu lain. Gril depan tak perlu ada. Yg mustahak lampu. Klu keseluruhan bhg depan dipasang lampu lagi bagus.

2. Lampu signal depan dan belakang opsyenal. Tak ada pun takpa sbb orang Malaysia jarang2 guna signal. Selalunya kita belok masuk simpang tanpa signal walaupun org lain tunggu nak keluar simpang dah setengah jam. Jadi signal tu tak ada pun takpa.

3. Lampu belakang yg besar. Klu boleh sepanjang bhg belakang. Bagus lagi klu terang dan warna kuning. Biar pemandu kereta di belakang jadi silau atau buta terus.

4. Tingkap yg besar dan kalau boleh tak perlu ada cermin. Ini memudahkan pemandu kita buang sampah keluar di jalan. Maklumlah kita ada kertas tisu, pampers anak2, pembalut coklat, botol dan tin minuman, kulit pisang dan durian utk kita baling keluar tingkap kereta kita. Ia juga memudahkan kita tunjuk muka bengis mcm Jagindas dan Buragas kpd pemandu lain.

5. Eksoz paling besar. Klu boleh biarlah sampai kucing jantan dan betina boleh masuk berasmara dlm tu. Bunyi eksoz tu hendaklah cukup kuat. Klu boleh biarlah sampai org perempuan terkejut hingga jatuh peranakan mereka.

6. Spoiler biar cukup besar dan tinggi. Ini boleh digunakan sbg ampaian sidai baju. Boleh juga utk panjat ambik buah rambutan bila balik kampung.

7. Roda paling besar dan lebar. Klu boleh biar kecik sikit saja daripada roda steamroller.

8. Body paling low. Spring suspension hendaklah dipotong supaya badan kereta berada setinggi 2 inci dari tanah. Ini akan mengurangkan gayat serta memudahkan pemandu kita mengukir awan larat pada hump atau bonggol di jalan. Selain itu ia menghalang kucing dan anjing daripada tumpang tidur di bawah kereta kita.

9. Stereng yg dilengkapi komputer riba atau sekurang2nya smartphone. Ini akan membolehkan orang Malaysia menyiapkan kerja sambil memandu. Bukan hanya hantar mesej malah boleh update posting Facebook dan wsapp serta tangkap natang Pokemong sekali. Klu boleh pasang printer sekali pada dashboard.

Demikianlah rekabentuk kereta idaman orang Malaysia. Harap Proton atau Perodua cepat2 hasilkan prototype sebelum idea ini dicuri oleh Honda atau Toyota...

No comments

Powered by Blogger.