5 Info Menarik Tentang Gajet Refurbished..!!!

Refurbished Tu Apa?

Biasanya, kalau gajet rosak atau dah tak dipakai, kita mesti buang je kan? Ya lah, nak simpan pun tak ada gunanya. Bila nak tukar gajet pula, mesti lah beli yang baru. Tak kisah lah berapa harga pun, asalkan dapat pakai komputer atau fon pintar yang terbaru di pasaran.






Tapi, tahu tak ramai yang dah amalkan konsep “refurbished” sekarang ni. Masih tak tahu apa sebenarnya refurbished tu? Ini jawapannya…


Teruskan Selongkar...


1. Refurbished tu mesra alam

Pernah tak terfikir, apa jadi pada komputer atau fon pintar yang kita buang? Kebiasaannya, barangan elektronik ni dicampak saja ke tanah pelupusan sampah. Lama-kelamaan, sisa elektronik dari barangan ni akan meresap ke tanah dan masuk ke dalam sumber air kita. Jom kita bersama-sama mengurangkan pencemaran pada tahap permulaan dengan menyokong pembelian barangan refurbished 😉


2. Refurbished tu beri nyawa kedua


Nyawa kedua? Ya, bila kita refurbished barangan elektronik, kita menghidupkan semula barangan yang tak digunakan. Kadang-kadang tu rosak sikit je pun, tapi dah tak dipakai. Sedangkan barang tu boleh dibaiki, bahagian yang rosak diganti, dan dijual semula melalui proses refurbished.


3. Refurbished tu mutu, keunggulan


Jangan pandang barang refurbished sebelah mata, tau. Proses refurbished ni ada piawaian yang tinggi. Kualiti barangan refurbished biasanya hampir sama dengan yang baru, dan ada jaminan lagi. Nak hantar untuk servis pun, tak ada masalah.


4. Refurbished tu jimat, bro!


Kalau suka barangan berjenama tapi tak nak terlebih berbelanja, refurbish pilihan paling tepat. Barangan yang biasanya nak mimpi pun tak mampu, boleh jadi milik kita. Bayangkan, kalau beli yang baru harga ribu-ribu boleh dapat satu je. Kalau beli refurbished, mungkin boleh dapat 2-3 dengan harga yang sama. Tak ke berbaloi macam tu?


5. Refurbish tu untuk semua


Mengikut kajian, cuma 35% daripada rakyat Malaysia ada komputer atau laptop di rumah. Dengan komputer refurbished, kos untuk setiap rakyat Malaysia miliki satu komputer jadi lebih rendah. Jurang digital pun lebih senang untuk dikurangkan. Kalau bukan sekarang, bila lagi, kan?

Jadi, nak refurbish atau beli baru? Pilihan di tangan anda. Kalau anda pilih refurbished, pastikan beli dari penjual yang boleh dipercayai macam CompAsia yang sememangnya dah membina nama di Asia ni. Barulah tak menyesal.





Kredit : CompAsia

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post