12 Finalis Bella Jom Kurus - Cabaran 60 Hari Musim Ke 2 (2016)..!!!

Setelah berjaya merubah kehidupan 12 orang wanita tahun lalu, program realiti pengurusan berat badan, Astro Bella Jom Kurus kembali lagi dengan cabaran yang pastinya lebih hebat!

Tahun ini, tempoh latihan dan program digandakan kepada 60 hari agar para peserta dapat menimba lebih ilmu di samping mengalami transformasi diri dengan lebih berkesan lagi.

Tahun lalu, peserta dari Johor, Yana telah muncul juara musim pertama rancangan ini apabila beliau berjaya menghilangkan 12 kg dalam tempoh 30 hari.

Siapakah peserta #AstroBellaJomKurus pilihan anda?  
 

1. Fatin

 Teruskan Selongkar...

2. Fiqa

3. Hajar

4. Hanis

5. Hartini

6. Ishrah

7. Izyan

8. Marina

9. Yana

10. Natrah

11. Shelly

12. Sri



Pelbagai cabaran yang menguji ketahanan fizikal dan mental mereka bakal menanti para peserta Astro Bella Jom Kurus Cabaran 60 hari. Apa yang pasti, cabaran yang lebih mencabar bakal disajikan buat para peserta tahun ini!

Pemenang ABJK akan berpeluang untuk memenangi hadiah utama berupa RM 30,000.00, sebuah trofi beserta hadiah-hadiah menarik yang lain. Wang tunai RM 5,000 pula bakal menanti pemenang Anugerah Pilihan Penonton.


Astro Bella Jom Kurus Cabaran 60 Hari dijangka menemui penonton Astro Bella Oktober ini, hanya di saluran 133 (Astro Bella) dan tayangan serentak dalam definisi tinggi (HD) di Astro Mustika HD, saluran 134.

www.astrogempak.com.my/astrobella. Teruskan sokongan anda dan dapatkan perkembangan terkini di media sosial dengan #astrobellajomkurus #cabaran60hari

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post